Friday, December 12, 2014

Kembara Turkey - Part 5 The Grand Bazaar dan Galata Bridge

Hari ni merupakan hari ketiga di Istanbul.
Cuaca adalah mendung, sejuk dan gloomy. Aku decided untuk jalan kaki turun bukit dari Taksim dan sampai ke stesen Kabatas. Naik tram dan berhenti di Karakoy. Dan jalan kaki menyeberangi Galata Bridge sambil melihat orang memancing sepanjang jambatan.

Dari jauh kelihatan masjid dengan menara tinggi berdiri megah. Air laut bersih dan kehijauan. Melihat lelaki Turki memancing dan dapat ikan sardin sampai 3 ekor sekali angkat pancing. Ada juga yang menawarkan servis gilap kasut disini.
bahagia hidup kalo dapat susuri jambatan ni tiap ari

selat Bophorus

Amboi pakcik ni..posing yer kat mak..kemain

damainya rasa jalan menelusuri galata ni..angin laut yang sejuk.. bertiup lembut
Seronok berjalan kat atas Galata ni..bayu selat Bosphorus yang bersih tu memang mendamaikan. Aku jalan kejap..pastu berenti merenung laut..dalam hujan ala manja tu. Happening kat sini dan walau ramai orang tapi tak sesak. Melihat tram melintasi jambatan...melihat lalu lintas merentasi selat..bertuah sungguh warga Istanbul dapat menikmati semua ni.
sepanjang Galata

Damai dan syahdu
laluan tram

ngadap restoren  tengah selat




Eminonu..tempat naik bosphorus tour dan feri
Eminonu waktu malam
Aku berjalan hingga ke Eminonu sehingga ke Sultanahmet untuk ke Grand Bazaar. Aku rasa dalam sehari aku berjalan dalam 10-20 km jugak..rasa seluar dah makin loose pun ya (kuruslah cepat ye).
Jumpa lelaki Turki yang nak teman dan aku pergi dengan dia lepas aku warning aku tak nak masuk kedai carpet dia.
Muka dia adalah seperti Al Pacino, educated dan seronok sembang dengan dia. Pernah tinggal di US dan Italy bila aku tanya cara speaking dia loghat European.
Mangkuk ni macam nak goda I je..haipp..body language tak menahan okeh.
Jalan agak lama dan akhirnya tiba di Grand Bazaar. Kalau dia takde aku mesti terpusing-pusing lagi. Semua orang kenal dia dan tegur.

Bila dah sampai Grand Bazaar dengan kejamnya aku cakap aku suka jalan seorang diri. Hehe..sebab aku nak amik gambar, menikmati suasana macam ribuan tahun dahulu bila pedagang arab bawak rempah ratus dan sutera sampai ke sini..bayangkan zaman tu yang hiruk pikuk dengan kuda, unta dan hamba sahaya.
Dia berat hati dan nak ajak aku minum, maaflah bang oii... I dok Istanbul tak lama, kalau nak layan orang jenuh aku punya plan dan trip ke parit. Dia bagi nombor henpon suh aku call nak jumpa malam ni. Aku macam biasa ok je, janji manis aku semua on je walau dengan 10orang pada masa yang sama.

Sejarah Grand bazaar ni:

Grand Bazaar (Bahasa Melayu: Pasar Agong atau Bahasa Turki: Kapalıçarşı, yang bermakna Pasar Teduh) di Istanbul adalah salah salah satu pasar teduh yang terbesar dan tertua di dunia, dengan lebih daripada 58 jalan diteduh dan 1,200 lebih kedai yang menarik di antara 250,000 dan 400,000 pelawat tiap hari. Dibuka pada 1461, ia terkenal dengan intan-berliannya, seni tembikar, rempah, dan kedai permaidani. Banyak dari gerai di bazaar dikelompokkan oleh jenis barangan, dengan kawasan khas untuk kot kulit, intan berlian dan yang serupa. Bazaar ini mengandungi dua bedesten (struktur pertukangan batu untuk penyimpanan dan penjagaan), pertama dari mana telah dibina di antara 1455 dan 1461 oleh perintah Sultan Mehmed yang Penakluk. Bazaar telah dibesarkan pada kurun ke-16, sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman yang Mengagumkan, dan pada 1894 berada di bawah pemgembalian utama berikutnya suatu gempa bumi.

Grand Bazaar mempunyai empat pintu utama terletak di hujung dua jalan utama yang menyilang berhampiran sudut barat daya bazaar. Satu jalan menggabung Masjid Bayezid II dan Dataran Bayezid dengan Masjid Nuruosmaniye.

signage pintu masuk

Pintu masuk
masih lengang..low season
pasar berusia ribuan tahun
siling antik
 Antara barang yang dijual adalah carpet, lampu aladin, souvenir, emas permata, baju bajan, dan macam-macam lagi. Aku juga perasan struktur siling dekat arch dia tu ada yang dah terkopek..mungkin dah lama sangat kot. Bumbung dalaman ni cantik dengan lukisan geometri dan berwarna kuning.

Ada paip dan tempat cuci tangan/minum/ amik wuduk yang diperbuat dari marble dan klasik. Yang sadis tu bila tengok aku je seller terus jerit "Malezia..come! come!" adoi.. apalah yang orang Malaysia dah buat kt sini sampai glamer sungguh jadinya kalau pergi memana pun di Istanbul.
Jenuh tepis pujuk rayu penjual.. I tak kaya macam orang Malaysia lain ok..I'm broke. Tapi depa pi pedulik hapa..asal nampak muka ala Malaysia je terus excited nak over peramah.
pelbagai lampu unik

pedang pun adooo
melepak tunggu customer

untuk minuman dan kemudahan awam..dari marble
carpet


souvenir yang bisa buat poket bocor

 Grand Bazaar ni ada banyak pintu masuk,dan dari Spice market pun boleh juga akses. Nak senang naik tram ke Sultanahmet dan landmark dia dekat rumah api tu belok kanan.
kebanyakan penjual adalah lelaki


evil eye

mistikal istanbul

Aku tak beli apapun dalam Grand Bazaar ni..sebab byk review kata mahal. So cuci mata je dan pusing pergi Spice Market pulak.
pesona cahaya
Keluar dari Grand Bazzar nak ke Suleymaniye mosque, ada publication corner.

byk buku

tugu apakah

ni low season..kalo peak season tak dapat aku bayangkan
Grand bazaar ni pernah jadi lokasi shooting Skyfall James Bond franchaise. Memang besaq gila, tak larat nak pi tengok semua kedai dalam ni. Nasib aku datang low season..kalo peak season jenuh sesak..berlaga bontot dan six pack jawabnya. Low season pun dah sesak..peak season mau pengsan

4 comments:

  1. Bila laa boleh sampai sini... Uhukkk Uhukkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh..dulu saya pun tak terfikir akan sampai. Tapi keazaman yang kuat bantu merealisasikannya.

      Delete
  2. Saya pegi masa musim bunga. Ya Ampunnnnnnn mmg jalan berlaga bontot ok. Siap sesatt sesat dlm tu. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bestnya g masa spring..mesti cantik..sesat lama tak

      Delete