Friday, December 12, 2014

Kembara Turkey - Part 6 The Spice Bazaar Istanbul

Lepas ke Grand Bazaar aku terus ke Spice Bazaar. Lebih ramai pengunjung di sini dan sesak jugak.
Spice Bazaar ni boleh akses di Eminonu (daerah Fatih). Dekat Masjid baru tu. Aku rasa sini lagi meriah dan berwarna-warni.
Letih jugak nak panjat bukit sini sebab dari Spice market ni boleh akses ke Grand Bazaar. Akan melalui kedai baju pengantin, kedai kain dan cadar bagai, dan kedai pakaian.
Aku tak beli papepun sini..sebab aku dah soping habis kt Sultanahmet semalam.
So ni cuci mata dan banyak Turkish delight yang ada. Di panggil Lokum disini.. rasanya macam dodol jernih dan ada pelbagai perisa seperti pistachio, strawberry, coklat,almond dll.
Aku beli dalam 5 kotak jgk dan harga depend. Semurah 5TL (RM10) dan keatas.
Ingat tak cerita Narnia? yang budak tu minta nak makan Turkish Delight dari Ahli sihir dan gitulah rupanya.
Ada yang bersalut icing ke powder apatah. Sedap jugak dan tak manis sangat seperti yang aku expect.
The Spice Bazaar (Turkish: Mısır Çarşısı, meaning Egyptian Bazaar) in Istanbul, Turkey is one of the largest bazaars in the city. Located in the Eminönü quarter of the Fatih district, it is the most famous covered shopping complex after the Grand Bazaar.
eminonu

sesak jgk kt sini
Eminonu..tempat orang makan Balik ekmek (sandwich ikan segar dari bot)
spice market..letih nak jalan dengan berbukit muka buminya

tempat idaman kaum hawa

semua high kualiti

sesak walau low season

sabun pelbagai

kain-kain


spices

macam-macam ada..sedia duit je

Serbuk rempah ratus


Kedai souvenir

Turkish delight..dijual dalam kotak dan boleh lah nak borong

si mata biru (evil eye)  yang byk dijual di turki untuk elak nasib malang
kekacang dan buah kering
barangan tembaga

Ikan pun ada

No comments:

Post a Comment