Kembara Turkey - Part 9 Malam terakhir di Istanbul

Petang ni adalah petang dan malam terakhir di Istanbul. Jadi aku berjaaln puas-puas sehingga ke Fatih/Beyazit area yang ada Bozdogan arch atau Valens Aqueduct. Dan seterusnya balik ke Sultanahmet untuk menikmati kali terakhir keindahan Blue Mosque dan Hagia Sophia. Aku jalan kaki ikut laluan tram (you can't get lost if you follow tram line) dan melalui kafe dan restoren yang fancy, yang mana ada live bread making depan guest.

live bread making 
Melalui cobbled street nya bercirikan tipikal pavement kuno. Melihat anjing dan kucing yang terjaga disini tapi tanpa najisnya. Melalui pokok-pokok yang tinggal ranting dan berdaun kuning.
Melewati bangunan dulukala yang masih utuh dan unik.

Valens Aqueduct (Turkish: Bozdoğan Kemeri, meaning "Aqueduct of the grey falcon"; Ancient Greek: Ἀγωγὸς τοῦ ὕδατος, Agōgós tou hýdatos, meaning simply "aqueduct") is a Roman aqueduct which was the major water-providing system of the Eastern Roman capital of Constantinople (modern Istanbul, Turkey). Completed by Roman Emperor Valens in the late 4th century AD, it was maintained and used by the Byzantines and later the Ottomans, and remains one of the most important landmarks of the city.
 The aqueduct stands in Istanbul, in the quarter of Fatih, and spans the valley between the hills occupied today by the Istanbul University and the Fatih Mosque. The surviving section is 921 metres long, about 50 metres less than the original length.[1] The Atatürk Bulvarı boulevard passes under its arches.

masih bertahan walau ribuan tahun
Dari situ, aku lepak kejap ditaman berdekatan yang mempunyai tugu manusia. Bentuk seperti penakluk Ottoman. (pakai serban). Ramai local lepak sini..berdekatan laut.
besar tugu ni
ramai yang amik angin


Seterusnya aku berjalan kaki ke Sultanahmet dalam petang gelap pukul 6 petang itu. Suasana agak sibuk dengan kenderaan lalu lalang, menuju kerumah mungkin setelah penat seharian berkerja. Suhu sejuk dan angin bertiup menusuk tulang.
Melalui kedai-kedai lampu, souvenir, carpet dan restoren.



kali terakhir memandangmu...

syahdu rasa hati
Di sini aku duduk bersendirian sehingga jam 9 malam. Menikmati segalanya kali terakhir..hembusan bayu Istanbul, samar cahaya Hagia Sophia dan Blue mosque, pancutan berwarna air terjun di taman, serta kesunyian dan ketenangan di sini yang entah bila akan dapat ku nikmati lagi. Melihat staf majlis perbandaran membersihkan kawasan square tersebut, menggunakan kereta mesin sapu tu....memang mereka menjaga sungguh kawasan ni. sebab tu sentiasa bersih je dan tenang. Ada yang mengutip sampah di kawasan rumput, menyapu kotoran di celah cobble stone yang tak dapat di capai oleh buggy pembersih tu dan get ready untuk esok. Polis Turki juga ada di semua kawasan tumpuan pelancong..seperti di Taksim, Sultanahmet, masjid-masjid, bazaar yang secara tak langsung buat kita rasa selamat. Turki memang kena sentiasa alert kerana ramai pelarian Syiria kat sini.
Rasa sungguh berat meninggalkan taman ini..Adakah hanya ini perasaan aku atau perasaan semua pelancong yang pernah ke sini?

Aku pulang menaiki tram ke Kabatas dan turun subway naik funicular untuk ke Taksim.
Dan aku berjalan-jalan sekitar Taksim Square yang sungguh happening dengan kedai berjenama, restoran-restoran mewah dan cafe comel, anak muda berlibur menyanyikan lagu dari band yang bermain di jalanan, serta manusia-manusia yang ingin ke kelab-kelab malam di sini.
Disini juga Istiklal avenue dekat sini.
İstiklal Avenue or Istiklal Street (Turkishİstiklâl CaddesiFrench:Grande Rue de PéraEnglishIndependence Avenue) is one of the most famous avenues in IstanbulTurkey, visited by nearly 3 million people in a single day over the course of weekends. Located in the historic Beyoğlu (Pera) district, it is an elegant pedestrian street, 1.4 kilometers long, which houses boutiquesmusic storesbookstoresart galleriescinemastheatreslibrariescaféspubsnight clubs with live music, historical patisserieschocolateries and restaurants.
The avenue, surrounded by late Ottoman era buildings (mostly from the 19th and early 20th centuries) that were designed with the Neo-ClassicalNeo-GothicRenaissance RevivalBeaux-ArtsArt Nouveauand First Turkish National Architecture styles; as well as a few Art Decostyle buildings from the early years of the Turkish Republic, and a number of more recent examples of modern architecture; starts from the medieval Genoese neighbourhood around Galata Tower and ultimately leads up to Taksim Square.
Ramai pelancong yang shoping disini. Ada satu exhibition mengenai Anatolia..aku bercadang nak masuk tapi tutup awal pulak.
Istiklal avenue

dekat Taksim


Selepas puas meneroka Taksim, aku pulang ke hostel jam 11 malam. Ada roomate baru dari  Russian yang baru check-in. Aku duduk di balkoni, melihat manusia lalu lalang dan jalan sempit Istanbul yang tidak rata.
Angin malam Istanbul masih bisa aku tahan, dan melepak bersama backpackers lain, berbual sehingga dinihari. Aku berikan sedikit makanan yang tertinggal seperti biskut, roti, nescafe segera kepada mereka memandangkan aku akan pulang ke tanah air.
Bercerita mengenai Istanbul merupakan satu rutin setiap malam kami dan apa yang kami lakukan hari ini. Kami memang orang asing di sini..setiap pagi setiap bakcpackers akan ke destinasi lain di Istanbul secara solo. Aku tak follow mereka dan sebaliknya kerana backpackers solo selesa berjalan sendirian tanpa perlu diteman dan menemani orang lain. Kami keluar tiap pagi berlainan masa dan kalau bersama pun akan berpisah di Taksim square untuk ke tempat yang ingin dituju. Bila dah selesa solo, kau rimas bila kena ikut dan di ikut orang. Like they said "single is simple, double is trouble' apply most of the time for solo backpackers.

Esok aku akan meninggalkan Istanbul jam 12.50 tengahari.
Ahh..meninggalkan Istanbul adalah benda paling berat pernah aku lakukan.
Tak pernah aku merasa begini..travel ke bumi asing sebelum ni yang buatkan aku rasa sampai takmo balik. Terlalu bahagia berada di Turki ni. Bangun pagi pun hati dah ceria..kena rasuk apakah??
Walau berjalan seorang diri sesat barat..namun seronok. Walau tak pergi kesemua tempat must-visit tapi tetap berpuas hati sekadar menikmati suasana Istanbul ni. Rasa nak bermastautin je dekat Istanbul ni.


suasana malam di Istanbul

2 comments:

  1. Aza!! Aku baca balik semua entry Turki ko! Ya Allah, betul cakap ko kan. Rasa terlalu bahagia tu. Aku xdapat nak hurai tapi aku rasa ko tau. Thanks for sharing ur stories! Kena bagi credit kat ko juga ni sebab entries ko among yang aku jadikan panduan bergambar haritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://azaleania.blogspot.com/2014/12/summary-backpack-solo-ke-turki-dan.html
      ko patut baca yang ni...dah lama aku tulis sblm entry turki

      Delete