Saturday, December 13, 2014

Makan apa di Istanbul?

Bila pergi ke negara Islam, soal makan memang tak jadi isu.
Nak makan batu dan kayu sekali pun boleh. Sepanjang di Istanbul, aku makan ala kadar dan sekali je makan proper di restoren dekat Grand Bazaar.
Makan daging kebab, ada nasi sikit,salad dan french fries. Dia bagi garpu je ok, no spoon.
Tercekik mak, takde sos atau kuah. Toksah berangan nak minta kuah kari atau kurma.
Yang lain-lain aku makan burger yang sedap di Sultanahmet depan tram stop point tu, dagingnya berempah dan harga cuma 3TL.

Kemudian makan Balik Emkek yang terkenal tu, 6TL. Balik Emkek ni di jual atas bot, lepas Galata Bridge. Waterfront Eminonu dan Karakoy. Sandwich ikan ni memang popular sebab ikan segar dibelah dan digrill atas hot plate. Kemudian angkat terus letak dalam roti. Chef yang grill diatas bot, cashier dan tukang amik order kat daratan. Nak beratur membeli pun hazab jugak.
Tercekik juga! takde moist sama ada mayonis, butter atau sos (no complaint though,its a part of unique food everywhere) . Bawang banyak, ikan sedap dan fresh.
 Yang lain aku makan adalah jagung, buah berangan, roti keras (simit) dan yang paling sedap bagi aku adalah burger di Sultanahmet tu.
Then, makan mussel yang berinti nasi 1TL dapat 3pcs, agak masam sebab diperah lemon atasnya. Aku ada tengok Anthony Bourdain makan benda ni dekat Galata Bridge, aku cari tak jumpa dekat situ. Nampak macam sedap. Pakcik Tony ni benda apa yang dia makan nampak tak sedap??
Simit kalau nak amik yang macam roti lembut tu..aku amik yang keras tu sekali..adoi mmg keras sungguh,ada bijan ke apa tabur atasnya. Cicah dengan teh turki pun tak lembut..ni yang orang kata rebus tak empuk..Simit harga cuma 1TL (RM2).

penjual simit..dimana-mana ada.

Baklava ni aku makan dengan mata jeeeee

Burger ni sangat sedap..dagingnya homemade
jagung dan buah berangan bakar
benda ni sedap juga..manis
saja zoom kat mamat hensem ni..dia tokeh kedai ni kot

sedikit nasi,salad,kepingan daging kebab (macam smoke beef, masin)


makan sambil tengok gelagat manusia depan pintu masuk Grand bazaar
Kali ni baru makan kat restoren, harga 17.50TL
Ikan di gril atas bot....dan pass kat cashier a.k.a tukang amik order tu

Balik Ekmek , 6TL..fresh fish sandwich
penuh sesak
ni waktu siang..kat eminonu

sinin banyak jual tiket bosphorus tour dan makan balik ekmek

Kemudian makan stuffed mussel ni di Taksim area.

Kebab aku tak makan sebab dah jemu masa kat CEE asik makan kebab. (tu je yg halal)

3 comments:

  1. Kalu SS ke Istanbul... Hari2 talan kebab agaknye... He He He...

    ReplyDelete
  2. wow, keberanian Sis, meredah sorang2 sgt owesome.

    ReplyDelete
  3. SS,
    Boleh kurus tu klu asik makan kebab je..

    Zarina,
    thanks

    ReplyDelete