Romania - Part 2 Malam pertama di Brasov

suasana gelap..tp pic ni awal pagi


Aku berjalan sambil dukung mak tapir tu lepas keluar dari stesen keretapi Brasov. Hari dah makin gelap dan sejuk. Menggigil dibuatnya.
Jalan dah lama tapi satu hapa hotel tak jumpa. Yang aku jumpa depan stadium tu ada la, hotel ala Sheraton ke apa..tak mampu cek oiii. Dah lama jalan tu aku give-up. Yang aku tengok semua apartment dan kawasan perumahan. Last sekali aku nekad tanya pada seorang lelaki yang tengah berjalan.
 Orang Romania ni kurang reti Bahasa Inggeris tapi suruh aku ikut dia jalan. Sambil tu dia cakap Romania dengan aku. Mulut adalah bau beer ke apa. Tapi biasalah kan..dah budaya depa. Dia bawa aku masuk lorong kecik dalam kawasan perumahan. Dicelah tu jugaklah ada pompuan dan lelaki tengah bergaduh..si perempuan dok menangis sambil jerit dan sandar kat dinding .Aku dah cuak. jalan tu sunyi dan sepi, jauh sedikit dari jalan utama. Aku dok fikir kalo kena rompak camna aku nak lari dan macam-macam lagi benda yang teruk.Tawakkal je mampu.

Jauh jugak dia bawak aku dan sampai ke kawasan taman perumahan. Dia tunjuk aku hotel..macam rumah  hotel tu. Dia ikut aku masuk..dan tanya reception berapa rate. Suasana dalam reception tu suram gila dengan lampu merah terpasang. Semua lelaki yang dok minum dan hisap rokok dalam tu. Ngeri jugak pikir. Lepas tu budak reception bawa aku ke atas, jalan simpang siur sampai ke bilik. Dia tunjuk bilik..tanya aku setuju ke tidak. Aku setuju je..mana nak cari lagi hotel lain.
Then aku turun bawah..lelaki tadi tunggu aku. Aku masukkan tangan dalam beg..dia maybe ingat aku nak bagi dia duit tapi dia buat isyarat tak nak. Aku cakap terima kasih dan tunduk sikit kat dia. Dia pun keluar. Baiknya la haiii siap tunjuk jalan pastu siap tunggu aku setel..tah mana dia nak pergi sebenarnya yang aku ganggu plan dia. Thanks man.
Then aku bayar harga bilik..tak perlu deposit apa, semalam 65 leu (lebih kurang Rm63) dan aku amik 2 malam jadi 130leu. Sebab letih sangat nak check-in awal pagi esok, aku decided nak stay 2mlm di Brasov.
Aku sebenarnya taktau plan apa dan ke mana aku nak meneroka sini sebab ikut plan aku sebenarnya berhenti di Bucharest so banyak info yang survey adalah mengenai Bucharest.  Dan aku print pun adalah hostel di Bucharest bukan di Brasov. Tapi redah je lah kan? Kata nak adventure sangat.
Matawang Romania adalah lebih kurang nilai dengan matawang RM. Senang nak kira.
Aku settel ke bilik dan rehat. Masak maggi dan bubur segera, makan dengan sardin.
Paling nikmat makan dalam musim sejuk. Masa tu baru tau nikmat sardin yang sebelah mata pun ko tak pandang kat tanahair. (bagus jugk so bila travel kena makan sardin ko tak jemu)
kawasan hotel..di taman perumahan
ni receptionnya..bygkan dgn lelaki ramai dok lepak sini minum..

tempat berehat setelah penat kesana kemari
 Lepas makan aku rehat dan tido. Takde internet di hotel ni dan yang penting ada heater.
Jenguk keluar tingkap..banyak bas yang park sini. Dan lelaki yang ramai-ramai tu mungkin driver bas yang singgah tido disini.
Aku pilih untuk berada 2 malam di Brasov untuk melepaskan lelah..bayangkan dari KL-Istanbul, aku berkejar ke Bulgaria, tido semalam cuma dan memang masih berbaki rasa penat tu.
Jadi Brasov adalah tempat aku re-energize. Berapa puluh jam aku naik flight, kemudian bas, then terus ke lalu Bulgaria. Ahh..memang di Brasov cukup sesuai kerana terlalu sejuk dan malas jadinya nak keluar dan hari yang cepat gelap. Walau katil buruk 'kriok kriok' namun ia adalah syurga persinggahanku.


4 comments:

  1. Assalamualikum...maklumat yg menarik sedikit sebanyak membantu aunty yg akan ke Bucherest pertengahan Mac 2015 nanti.....

    ReplyDelete


  2. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


    Boleh WhatsApp saya. 01129180736. Saya nak minta tips. Kalau sudi

    ReplyDelete