Thursday, December 25, 2014

Slovakia - Part 1 Dari Budapest ke Bratislava

Danube river passage
Perjalanan dari Budapest mengambil masa selama 2 jam setengah ke Bratislava Slovakia menaiki bas Eurolines. Bas bergerak jam 3 ptg dan sampai jam 5.50ptg. Harus dah gelap bila sampai ni.
Orang tak ramai sangat dan tiada border check yang perlu. Bermakna last cop passport aku adalah semasa memasuki Hungary dan bila memasuki Slovakia dan Austria nanti dah tak perlu border check. Rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk masuk Slovakia, hanya passport je.

Slovakia menggunakan matawang Euro dan masa aku cakap dengan Mr Farhan, owner hotel kat Budapest tu, dia kata tak banyak pekara yang boleh di buat di Bratislava ni. Spend sehari semalam pun dah cukup.
Perjalanan bas berjalan lancar melalui lebuhraya dan suasana dah gelap ketika tu. Banyak lori dan kenderaan berat keluar masuk ke Budapest dan ke Slovakia.
Hujan rintik membasahi bumi.
bas stesen Bratislava


Bratislava Old Town
Aku sampai di Bratislava ketika hari dah gelap. Seperti jam 9 malam. Hujan masih turun membasahi bumi dan cuaca sangatlah sejuk. Aku berjalan dari stesen bas Bratislava atau dipanggil Autobusova Stanica.
Dari stesen bas tu aku ikut kaki ke kiri. Selepas berjalan selama dalam 20 minit, jumpa taman yang famous kat Bratislava tu, di tebing sungai Danube. Duduk berehat hilangkan penat dan lapar. Makan nasi goreng bekal Budapest. Dalam kesejukan malam, rasa sangat sedap dan nikmat. Kelihatan warga Bratislava membawa anjing bersiar-siar di kawasan promenade ini. Lepas makan aku teruskan misi mencari hostel..setelah 2 jam berjalan, kaki adalah penat dan letih. Jumpa hotel mahal, ahh sukarnya hidup dalam bajet yang ketat walaupun hanya 2 minggu merantau.
Setelah puas berusaha, jalan lorong ke lorong, berpatah balik dan bertanya manusia yang di temui, aku give-up. Sebab hari dah lewat sangat dan aku hanya singgah semalam disini. Can't take more than that.
Akhirnya aku ambil teksi, tunjukkan dia nama hostel yang aku print dari hostelworld itu. Patio Hostel.
Dia tahu alamat dan aku dicaj 6euro (Rm24). Hostel ni agak kedalam dan signborad yang kecik menyukarkan pencarian.

Tiba dihotel ramainya umat...ramai backpackers dari US dan Russia. Kena tunggu agak lama baru dapat check-in. Aku ambil dorm female, 14euro (Rm61). Aku terus masuk bilik tu, ada 4 katil dan 2 yang telah berpenghuni. Tak sempat berbasa basi, aku terus mandi dan tido. Pukul 3 pagi bangun sebab lapar dan makan lebihan nasi goreng seorang diri di pantri. Hostel ni memang glamer dan meriah dengan young backpackers..happening. Masa aku lepak kat pantri tu pun ada mat saleh mana tah baru balik clubbing datang pantri. Memang sepanjang kat Europe ni sebab waktu malam yang panjang buatkan aku terjaga awal dalam pukul 3,4 pagi dan lepas tu kena tido balik. Dua kali tido..pulak tu bangun tengah malam haruslah lapar.
Kerana perbezaan waktu...aku sering terjaga dan tido ikut waktu Malaysia..kena adjust setahun dua kot baru ok..konon. 
ni hostelnya..amik dari google


Add caption

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry yan..saya terdeleted komen awk..tu banana buka blog dlm hp..waktu kerja xpasti plan..tp kedai tutup awal Dari summer rasanya

      Delete