Saturday, January 10, 2015

Cabaran solo Backpack Turki dan Central Eastern Europe


Jika ko baca post-post aku mengenai backpack di Turki dan Central Eastern Europe (CEE), maka yang ko baca tu taklah banyak masalah yang aku highlightkan. Sebenarnya aku post ikut keadaan dan tempat dan tak nak jadikan post sesuatu tempat tu sebagai tempat yang bermasalah bagi aku. Sebab setiap tempat adalah unik dan ada cabarannya tersendiri.
Sebenarnya banyak cabaran sebagai solo backpacker ni..yang hanya kau merasai dan memahaminya.
Kau ikut naluri..kau ikut Mr.Instinct..tapi adakah semuanya smooth dan mudah?

dan setiap hari semasa travel tu otak sentiasa berkerja. Untuk mendepani cabaran seterusnya.
Di sini aku highlight kan cabaran aku semasa backpack disana:

1. Masalah bahasa - Tempat yang aku pergi, semuanya bukan menggunakan bahasa Inggeris. Negara komunis..Turkish dengan bahasanyalah, Bulgaria dengan cyrillicnya dan Austria dengan bahasa Germannya.
Tapi ini bukan masalah utama bagi aku kerana keindahan travel terletak bila ko bercakap bahasa isyarat dengan local dan strangers. Ko boleh buat muka comel ala penyanyi Korea Yoona dan boleh buat mulut itik.
Boleh angkat-angkat kening dan guna bahasa badan yang selim melim tu. Well, nak goda pun senang nokk kalo guna bahasa isyarat..kenyit mata dan wallah.. (itupun jika ko feeling Jennifer Lawrence dan dapat respon). Kalo bukan masalah kenapa dalam ni bubuh senah oii.. baik.. ni Mak jawab..masalah bahasa ni wujud bila time ko nak cepat, nak cari signage dan bila gelap gulita mengigil sejuk...time ko desperate. Time ko nak bersantai kat bar ke, minum tequila ke tu semua takkan ada masalah pasal ni.

2. Perubahan/ pekara yang tak dijangka - Ini adalah kerana aku yang gali lubang kubur sendiri. Aku bawa cash setakat Rm2900 dan takde kad kredit. Travel berani mati dengan tak bawak kad kredit kerana aku memang tak guna kad kredit. (book flight pinjam hakak punya hukhuk). Ini memang kalau ko yakin takpe tapi masalahnya Airlines yang selalu buat masalah. Tukar waktu flight, dan kena confirm. Katakan ko memang ikut time semasa travel dan ikut time flight berlepas masa ko book dulu, memang ko meraung disitu. Benda yang tak dijangka. Nak book tiket lain kad kredit takde. Nak beli tiket lain, duit ko cukup-cukup je untuk travel lagi 5 hari.
Macam aku, Turkish Airlines sesuka hati dia awalkan waktu flight 4 jam. Dari pukul 4.30 dia awalkan ke 12.55 tengahari. Nasib aku check email yang dah seminggu dia send tu di Budapest. Kalo tak, naya je sebab pukul 12 p.m tu aku mungkin masih membuta lagi atas katil ke atau dok berselfie lagi kat tengah bandar Vienna... Buatnya aku terkandas di Romania ke..kat Bratislava ke..dan sampai jam 2 petang di Vienna?? Sempat ko ligan ke airport dengan kastam cek bagai? Jadi memang kena prepare awal semasa nak catch flight. Spend satu hari untuk dia..biar ko tunggu pilot di airport takpe..jangan pilot kapai terbang tu tinggal ko sudah. Biar flight lagi 6 jam ke janji ko sampai awai dan takpayah nak feeling pi golek-golek kat pokok pine di kaki gunung Alps hari tu.

3. Tak book hostel dan hotel - Ini pun disebabkan kegigihan diri sendiri jugak. Aku jenis main redah. Aku bukan jenis book tiket hotel atau ketapi. Sampai suatu tempat, observe dan mulakan misi cari hostel. Jalan kaki 3km itu biasa untuk hostel hunting. Jika ko jenis orang yang book segala benda seperti tiket ketapi, hotel, tiket muzium hatta tiket masuk jamban sekalipun..you so out my league. Jadi cabaran aku adalah mencari tempat bermalam. Juga aku bukan jenis study peta sebelum sampai seperti study untuk final exam.
Oleh itu pahamkan perumpamaan 'rusa masuk kampung'. Ini bukan rusa masuk kampung lagi dah tapi lebih kepada dinosour masuk Tokyo. Celah mana dia nak cari landing spot?
Tapi yang mentelnya aku suka cara macam tu. Walau ia menyusahkan aku tapi aku sangat berpuas hati jika aku spontan.


4. Cuaca, kesihatan dan persekitaran- Ini memang aku sengaja nak pergi musim sejuk. Jadi ko dah bawak winter coat segala yang bulu-bulu comel kat leher tu. kalo ko bawak glove jugak, ko memang over. Walau sejuk, salji takde kecuali di Romania. Masalah bukan pada winter coat ko yang ko bajet Kim Kardasian tu tapi masa kau meneroka tempat tu limited. Hanya 6-7 jam sahaja. Cabaran aku adalah setelah letih berjalan berpuluh km, jarang sangat naik tram dan subway.. ko penat nak bangun awal. Sounds like you torture yourself?..
Bila bangun lewat rugi masa. jadi apa penyelesaian ko? penat tak penat ko kena bangun awal. Nomad tak nomad, ko kena constantly move.
Kaki aku adalah pecah dan jari kaki terhimpit sesama sendiri masa disana..sakit sebab banyak berjalan dalam suhu sejuk tapi aku kuatkan jugak keazaman untuk harungi semuanya. Bibir pecah, tonsil dan meredah dalam hujan gerimis adalah tipikal weather in November. Itu belum masuk bab Ebola. Ughhh..mengerikan tapi hanya mampu bertawakkal. Kesihatan kurang memuaskan sebab tak cukup rehat.. dan kalo ko feeling nak datang berehat aku cadangkan ko pergi Pulau Tioman sajork.
Bukan senang ko nak ke sini dan 10 tahun sekali belum tentu.

5. Duit dan cash- Ini pun aku berani mati juga... (bila masa tak takut mati nihhh??)
 Perjalanan ke 6 negara dengan tempoh 2 minggu untuk Rm2900 wang tunai sahaja. Takde kredit kad. Ko gila?? jadi pape cemana orang tanya?? (cehh..macam ada orang nak tanya).
Kalo ko travel berdua takpe..share kos teksi, hotel. makan minum pun boleh kongsi segelas je dengan dua straw bajet romantik padahal cheapskate. Dan katakan ko kena pick poket, duit tercicir dan banyak lagi pekara ngeri berlaku..whats your plan B?? Takde plan B senah oiii..aku plan A semata. Jadi aku jaga duit tu seperti nyawaku...takde sorok dalam stoking ke, dalam spender ke, celah bra ke..nehi kabhi nehi.
Aku masukkan duit dalam beg jugak dan galas beg depan (small backpack). Macam orang mengandung. Jadi hasrat nak bajet vogue macam Katy Perry tu terkubur. Janji duhet aku selamat. Biar nampak Robert Downey Jr. lalu pun aku tetap galas depan..typical lousy backpacker..tapi mana lagi utama? So keep bear in mind, first thing first.


6. Feeling kesian, nak manja dan ada teman- Perasaan adalah benda yang paling melemahkan. Yang bisa buat kau terbunuh dan terdampar tepi jalan seperti pengemis. Kejam? ya. Takde hati perut? semestinya.
Pernah dengar 'Too much love will kill you"?
Semasa ko solo travel kalo ko ikut perasaan ko adalah bodoh. Seseorang pernah kata pada aku ''tok nenek setiap tindakan adalah akal, bukan hati''. Itu benar. Kalo ko kesian pada semua budak gipsi di Romania, dan sedekahkan mereka duit adakah ko dapat balik selamat sejahtera? mungkin ya,,mungkin tidak.
Untuk mengembara ko kena berhati kering. Perasaan kesian, simpati ada tapi tak perlu tunjuk. Setiap negara ada masalahnya..ko jangan nak tunjuk hero nak selamatkan semua orang. Ko bukan Iron Man.. (superman is so yesterday!). Itu tentang kemanusiaan. Belum soal hati. Di mana ada seorang jejaka kacak pelawa ko dinner. Hati ko kata 'ala..apa salahnya..gi dinner je pun'. Ya betul. Itu benih-benihnya. Aku tak perlu remind myself tentang hukum agama tapi common sense yang mungkin buat ko kena rogol dan dirompak dalam bilik hotel. Betapa ramai kena rogol dan rompak dengan intent sexual urge? Tapi tak report sebab malu.
Paranoid? seharusnya. Kau nak perasaan euphoria tu ke perasaan selamat yang takde degupan jantung yang kencang? berdebar-debar nak bertentang mata dengan dia? Ko travel solo. Bosan sesekali dan nak jugak teman bersembang. Normal. Tapi buat di tempat awam. Memang sesekali aku ikut Mr. Instinct dan tumpang strangers. Jangan berlebih-lebih dalam apapun terutama perasaan. (ya, aku hati batu)
Ingat apa tujuan ko datang. Nak cari teman berseronok? nak backpack tengok dunia?
Senang untuk tergelincir dari landasan bila mengembara solo dan ada pulak orang beri perhatian. Tepuk dada tanya akal..Aku mungkin terlalu banyak menonton Scam City atau terlalu minat Conor Woodman tapi sehingga kini ia membuatkan aku sentiasa alert.

Conor Woodman Istanbul Scam City episode
Oleh itu aku tak kisah buat temujanji dengan 10 orang pada masa yang sama pukul 8 malam dan ketika mereka menunggu aku sedang korek gigi dalam bilik air.


7. Rindu kampung halaman, ayam, itik dan  bantal busuk - Ko percayakah aku ada ayam itik tuh? yang ada hanyalah serpihan tabung ayam. Bagaimanapun ini adalah kerana aku rindu orang tersayang. takleh call dan dengar suara mereka. Aku tak buat roaming..dan hanya mesej Whatapps bila ada line internet kat hostel.
Dan masa ni aku pelik dengan orang yang sanggup tinggal anak bertahun-tahun tak balik jenguk. Hati apakah ko ni? Buat dari besikah..robotkah?. Bila rindu tu aku buka gambo,renung dan cium telepon tu, haha percaya tak. Macam drama pulak aku rasa tapi itulah kebenarannya. Yang ko tengok drama Mak dia cium gambo anak yang pergi study kat London..dan tak balik sebab kawin minah saleh pasal rindu..haaa itulah perasaannya. Lain kali jangan dok perlekehkan drama okeh? kerana scene tu memang berlaku di alam fana.


8. Manusia dan sikap - Ini adalah sikap unik seseorang manusia. tak kira bertamadun atau tak. Contoh masa aku nak masuk Bulgaria..nyaris tak dapat masuk kerana sikap kastam perempuan yang sangsi dengan status muslim aku. Memang patut kerana pernah terjadi peristiwa pengeboman di Burgas oleh warga Muslim Australia. Jadi benda ni ko tawakkal, tambah lagi dengan insiden kat Perancis, kita sebagai muslim makin di curigai. Kemudian mamat imigresen kat airport Vienna. Masa aku nak keluar dari Vienna ke Istanbul..dia tengok passport aku, dia tanya mana visa?
Aku jawab Malaysian tak perlu visa masuk Austria..ehhh dia jadi tak puas ati...buat muka pelik. Apa, ko ingat Malaysia lekeh sangatkah? Tau tak passport aku laku untuk masuk ke 80% negara dunia tanpa visa? Kau kerja imigresen takkan tak tau? takkan sesaja aku travel tanpa survey dulu dan cemana aku masuk negara ko tanpa visa?
Tapi takyah dok cari pasal, walau ko betul dan dia salah kau tak perlu berleter dan brag kat dia.. Biarkan.
Tu pahit manis seorang pengembara..jadi benda macam tu small matter je. Apapun kau kena waras dan tak emosi menghadapi semua perangai orang sepanjang ko travel. Tak kira ko penat macamana pun. Sakit hati macamana pun.
Yang lain adalah semasa aku tinggalkan mak tapir kat bangku taman di Bratislava, dan jalan jauh sedikit ( tapi masih dalam pandangan aku beg tu)  untuk amik gambo, Bila aku balik dekat mak tapir tu, ada sorang mamat Slovak tu ngaku tu beg dia. Dan dia datang dengan kawan-kawan dia. Ko berani ke nak jerit-jerit cakap tu beg ko? Nak aku tunjukkan ke bra dan spender aku kat dia? Dah sah-sahlah tu beg aku. Kemain mengaku tu bag dia. Tapi ko takyah over nak amok kat dia pasal tu. Ingat, ko kat mana? tu negara dia. Takyah cari pasal dan panjangkan. Amik beg dan blah,...bila aku dukung mak tapir tu, dia dok tak puas ati dan pandang-pandang aku.Keraskan hati...just leave.
Haih..suka hati dia je. Tapi itulah perangai manusia.

Sebenarnya ada lagi cabaran tapi aku tinggalkan pembaca blog buat seketika...to be continue.Tunggu Encik Imaginasi yang pergi ke Prague balik.


12 comments:

  1. Boleh tahan la cabaran tu...ape pun mmg kagum ngn awk pnya keberaniaan tu...

    ReplyDelete
  2. Assmuakum..dear u ada itinry x masa solo trip nih,lau ada do u mind to email me mnurhafizahayu@yahoo.com..tq so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm,
      Please check kt sini:
      http://azaleania.blogspot.my/2014/12/summary-backpack-solo-ke-turki-dan.html

      Delete
  3. Oleh itu aku tak kisah buat temujanji dengan 10 orang pada masa yang sama pukul 8 malam dan ketika mereka menunggu aku sedang korek gigi dalam bilik air....


    Kah kah kah...

    Hok ni... memang lah bertuah ko mak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...jgn masuk kategori holiday romance

      Delete
  4. Mak... kenapa nk susah payah travel sakit2 kepala camni?

    Tak takut ke mak g sorang?

    ReplyDelete
  5. Apa pun wa mmg tabik spring roll ngan mak.... hebat dowh... g europe bwk rm2900 je...

    Mak memang hebat....

    Wa nk selongkar lg travelog mak ni...

    ReplyDelete