Monday, January 5, 2015

Cara-cara naik kapal terbang di KLIA

manusia yang tido di KLIA
Kali ni aku nak post satu entry cara nak naik flight di KLIA. Sebab bukan semua orang pernah naik di KLIA termasuk aku sebelum ni. Almaklum pelanggan setia 'now everyone can fly" . Jadi mak adalah jakun tahap dewata raya.
Sadiskan?? sedangkan orang Malaysia pun tak penah rasai kehebatan KLIA yang tiap tahun masuk dalam top ten SkyTrax best Airport in the world..(tahun 2011,2012) jadi aku memang sedaq diri aku golongan picisan.
Untuk itu, aku telah qada' kejakunan aku dengan tido di KLIA semalaman... tanpa gangguan siap cas henpon dan berselimut. Mimpi di atas kerusi KLIA yang agak selesa tu. Dan tinggalkan token air liur tak basi di kerusi . Tidur di KLIA bagi aku senang, takde gangguan cuma tunggulah time orang dah balik hantar nenek, tok sedara, pakcik bapak tiri diorang balik dulu sebelum ko dapat landing.
Walau ko tengok ramai je mamat Bangladesh, India dok tido terbongkang atas kerusi tu dan nampak fourty packs dikala orang tengah sesak tu, tak sampai hati Mak nak ikut tido beramai-ramai tengah alam tu. Nanti ramai beno nak berkenalan.

Tak seperti Airport India, hanya orang yang book flight je boleh masuk (kena tunjuk boarding pass)  jadi laki bini pun semua kena dok tunggu luar, yang mana bagusnya sebab airport tak sesak. KLIA agak sesak sehingga jam 11 malam..lepas tu pilih lah tempat nak landing. Aku pilih di sudut kerusi tepi dinding dan tido aman hingga ke pagi. Backpack mak tapir tu letak atas troli yang bertindak sebagai dinding. Guna sweater sebagai jaket dan beg duit sebagai bantal. Kroh..kroh..kroh dengan sweet dream dating Tom Cruise kat Vienna.
Flight esok pagi dengan Qatar Airways.

Kemudian pagi tu..mak dok usha-usha cemana nak scan beg, scan segala macam di LCCT nun.
Kemudian mak tengok ramai warga India dan Bangladesh dok beratur bawak LCD segala tu untuk scan kat kastam..mak pun gigih ikut depa. Salah nok! ini untuk excess baggage sajok.. Sebab kat LCCT kena scan baggage maka aku pun gigih nak buat macam tu. Jadi di KLIA tak perlu scan baggage tu..ia akan scan nanti oleh airlines.
Kita hanya perlu scan hand luggage dan body sahaja masa nak ke balai berlepas tu. (2 kali scanning).

lobby kat KLIA
Untuk tak bagi uolls pusing 4ribu kali macam mak ni, maka Mak baik hati bagi guide untuk uolls yang first time nak naik flight kat KLIA.
Jadi inilah proses sebenar masa aku check-in di KLIA..senang sangat dan tak rumit macam airport tambang murah nun. Iskk..perbezaan kelas sungguh terasa..macam amik business class dan ekonomi class bezanya.
Walau zaman Antara Dua Darjat dah berlalu tapi jurang antara makcik kaya dan makcik miskin tetap wujud.

1. Mula sekali sampai airport naik ke tingkat atas..ikut je orang. Ada walking escalator untuk yang malas nak berjalan kat certain area.
Kemudia tengok kaunter airlines mana kau naik..Qatar ke, Turkish ke, MAS ke..bila dah buka baggage check-in counter terus pergi ke sana. Timbang berat dan bagi passport serta boarding pass kat staff tu.Beg tu akan dipos terus ke aircraft. Tak payah buat macam LCCT nun, kena scan sebelum drop kat kaunter.
kaunter airlines

2. Lepas tu lenggang kangkung bawak hand luggage ke pemeriksaan kastam. Dia akan scan beg dan body sekali. Untuk yang ni, mak cadang tak perlu pakai seluar yang kena pakai belt. Hazab okeh sebab mak kena tanggal belt depan tu jugak dan angkat baju Mak yang vogue... Jadi pakai lah seluar yang legging ke, janji takde steel. Sebab masa ni kita akan kalut jugak dengan nak letak gadjet dalam box dan lain-lain. Tapi kalo uolls nak jugak pkai belt buleh je, tayang sikit six packs kat abang kastam tu.

3. Then masuk ke kawasan pemeriksaan passport. Untuk warga Malaysia, masuk je dalam Autogate (glass door..ruang letak passport tu, letak ibu jari kanan dan buat passport check-in di kiosk tu.). Ia akan scan passport serta cap jari. Bila dah ok, pintu otomatik terbuka dan bermakna kau dah dibenarkan keluar negara. Kemudian naik la Aerotrain  ke balai berlepas.
Jauh jugak dari sini nak ke balai berlepas tu... lalu kat kawasan luar bangunan. Orang selalunya sesak macam naik LRT jadi hati-hati ok.

4. Keluar Aerotrain tu, ikut gate mana ko nak berlepas nanti . Dekat gate ni selagi tak buka line dia jangan dok menyibuk nak masuk. Jangan tunjuk jakun sangat nak masuk awai sebab takut kapai terbang tinggal ( Mak le tu)..sebab takkan berlaku benda selagi tak chek kastam . Tunggu staf dan kastam mai buka gate ni. Sini jugak ada plug untuk cas dan kerusi untuk duduk serta 2 biji pc untuk hilangkan bosan.
Bagi yang suka perati orang macam Mak ni haa, masa ni lah ko nampak semua reception dok menunggu depan gate tu sambil pegang tanda nama Mr Ali Baba la, Mr Robert Downey Jr la.. ni tetamu VIP yang baru turun dari kapai terbang nun dan dia tak perlu berjalan, boleh naik buggy airport tu. Syok nya jadi VIP nih..mak feeling nak couple dengan Tom Cruise lak lepas ni.
departure gate

5. Bila dah sampai waktu untuk boarding, selalunya dalam 40 minit sebelum waktu kapal terbang berlepas, pintu gate tu akan dibuka. Ada pemeriksaan kastam sekali lagi untuk scan beg, body dan tanggalkan belt, semua gadjet elektronik dan lain-lain. Kemudian masuk dulu kat balai berlepas tu. Kat sini penumpang akan lepak sekejap..ada TV dan WiFi. boleh usha pilot mana-mana korang berkenan. Mak dok perhati apasal kalau pilot je mestilah dia handsome, tinggi dan stylo...muka adalah ala-ala Leonardo Di Caprio dalam Catch me if you can...pehtu semua orang tengok dia dengan rasa kagum. Takyah dok malu dik non, Mak tau korang pun sama dok usha pilot masa dia beratur nak cek kastam.

departure lounge
kat lounge ni sebelah flight je (tu pun nak habaq ka)

6. Tunggu sehingga staf airlines bagi masuk ke aircraft melalui aerobridge. Untuk bab ni, Qatar Airways akan panggil business class dulu masuk aircraft. Jadi Mak yang tak nyempat nak masuk aircraft tu tak boleh okeh (tak dengar announce utk business classs) ..kena tunggu tepi bagi laluan kat business class masuk dulu. Caitttt..lepas tu barulah golongan marhaean masuk last sekali. Aku musafir hina....sambil nyanyi hiba dalam hati. Kalo kapai terbang terhempas tak kira ko kelas apa semua sekali mati kan? tapi kata-kata tu tak laku disini nokkk.

7. Kemudian masa nak balik Malaysia juga sama, lepas turun kapal terbang, naik Aerotrain ke building utama. Then, lalu pemeriksaan autogate self check-in tu dan collect beg di belt seperti yang tertera kat board dalam airport tu. Lepas collect bag ada laluan scan kastam jugak sebelum keluar tapi taklah ketat pun. Mak lalu tepi je tak letak beg untuk scan pun. Feeling VIP.
Turun bawah dan pergi ke tempat bas pick-up untuk ke KL Sentral.

Naik bas ke KL Sentral RM10 dan dah selesai sudah cara nak naik kapai terbang di KLIA.
Area mak tido semalaman

cas henpon kat sini

walking escalator..tah betul ke dak term dia

Best top ten Airport in the World okeh...tapi skrg dah turun rating

25 comments:

  1. Mak usha2 Bangladesh tak mak? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS,
      Tak sampai hati nak usha,,, hehe

      Delete
    2. Bermalam kat KLIA lagi better dari kat KLIA2 rasanya... Sebab SS pon pernah jugak melangut lama kat KLIA tu... Boleh consider jugak nih...

      Delete
  2. Assalam. Luculah mak ni.. :) ... trime kasih sbb share .. :D

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha... mak owh mak...
    saya x percaya sungguh traveler tegar lagi awesome mcm mak ni buat entri step by step nk naik kapal terbang... comey sgt tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angin rajin dan idea ada..gigih menaip tau

      Delete
  4. Klia x sesat sbb dah terlalu bnyk kali g... jgn klia2.. hadoiii besaq glee... sesat barat... menci tau...

    Lcct lak cramp jammed sgt...

    Klia just nice ... ha ha ha

    ReplyDelete
  5. Kita penah tdo kt epot kuching... hi hi hi

    ReplyDelete
  6. kite suke entri ni... lg2 bab bangladesh n usya mamat pilot tuh,..!! hahahaha.. mmg lawak laa mak lampir.. kita siap terbayang lg keadaan tu..

    ReplyDelete
  7. kite suke entri ni... lg2 bab bangladesh n usya mamat pilot tuh,..!! hahahaha.. mmg lawak laa mak lampir.. kita siap terbayang lg keadaan tu..

    ReplyDelete
  8. Thanks for the info sis. Bnayak sangat membantu. Jazakallah. Saya juga antara marhaen yang pertama kali fly abroad pada January 2017. Cuma, flight saya nanti akan transit di Muscat, Oman utk bertukar flight dan pastu baru ke Milan. Cuma pertanyaan saya ,masa transit nanti, perlu ka saya risau pasal baggage? Adakah pihak airline sendiri yang akan uruska tuk pindah ke jet lain? Maaf kerana soalan betul2 tahap newbie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau transit baggage dihantar terus ke final destination.so takyah risau nk amik luggage..airline yg uruskan..jadi sampai milan nanti baru collect

      Delete
  9. Terima kasih...ilmu yg nampak sikit tp...cukup Besar utk org lain....

    ReplyDelete
  10. hari hari aku dok usha blog ko nyah..sebab nak cari kekuatan gitu...ni first time mak nak travel sensorang ke UK...aiyohh..bertabah le..selama ni mak travel bergerombolan...mudahan semuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..good luck yer..semoga semua selamat

      Delete
    2. tq for tips..insyAllah saya akan fly ke uk bulan 12 nnt..saya direct MAS dr alor star ke london..boleh x kalo check kn luggage terus as ke london?

      Delete
  11. hari hari aku dok usha blog ko nyah..sebab nak cari kekuatan gitu...ni first time mak nak travel sensorang ke UK...aiyohh..bertabah le..selama ni mak travel bergerombolan...mudahan semuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
  12. Thank sis berguna sngt sya nak tanya sikit bulan january 2017 sya akan flight dari kota kinabalu to bali tpi direct sye kene flight prgi KL lgi baru prgi bali , so sya kene check in luggage lagi ke tak pyh ..thanks before

    ReplyDelete