Ole-ole yang harus di beli dari Sarawak

To all, setiap kali pergi bercuti memang kita akan beli buah tangan untuk orang terdekat.
Ole-ole yang ditunggu. Tak kira bos ke, kuli ke yang pergi memana, benda ni ko tetap kena hulur.
Souvenir tipikal bagi setiap tempat tentunya Fridge Magnet, key chain, t-shirt statement tempat tu, beg atau makanan.
Jika pergi Kuching, benda yang selalu dibawa pulang sebagai ole-ole adalah:

1 .Kek Lapis Dayang Salhah - tak nak yang jenama lain..nak yang ni jugak (mengada sungguh eh). Rm10/pek
RM10/pek
2. Gambir Sarawak -sendiri mau ingat..tak tanya rega. Untuk tenaga batin dan sakit gigi.
gambir sarawak dan ubt kuat
3. Beg etnik Sarawak -ya, untuk statement bahawa beg ni den boli dokek Kuching nun, yang ado benang  color meriah tu dan terang yakmat. Ada yang Rm15, Rm10 dan ikut size
RM50-70

RM10-50

4. T-shirt Sarawak - ni kat memana pun kena beli..I love NY ke, I love Kuching ke..memang kena bawak lik selai dua. Ada yang Rm30 utk 2 lai, selai Rm10 pun ada ikut gred kain.
Dan t-shirt..yang kain elok 2 helai Rm30. Yang kain kurang tu..selai Rm10. untuk budak-budak 3 helai Rm10.
RM12-30 selai

5. Rempah ratus- seperti belacan Bintulu, rempah laksa Sarawak dan lada . Satu pek besar pes laksa Rm8 (utk 8 org mkn), kecik RM10 utk 3 pek (satu pek 4 org mkn)

6. Pua Kumbu - ni untuk gantung kat hall..lagi besar lagi puas ati. Ni ada yang Rm30-50 keatas

Pua Kumbu
7. Ikan terubuk masin - ini kalo tak reti nak beli meh den ketok kepala 40 kali. Goreng garing-garing..campur bawang dan cili..yum nyum..perhhh. Harga seekor ada Rm8,10 dan ke atas
RM8 utk yg kecik
8. Patung dan ukiran kayu Sarawak untuk hiasan rumah..ni aku tak tengok rega.mahai kekdahnya. Mana ada barang hiasan rumah yang murah-murah
rega den taktau
9. Kuih muih -seperti kuih cincin dll..yang ni sepek Rm4,5 dan ke atas



10. Fridge magnet, key chain, gelang dll. FM murah..4 keping Rm10, ada sekeping rm2, dan key chain 10 pcs untuk Rm10.



beg lagi





FM, keychain dan sebagainya



7 comments:

  1. welcome to Sarawak..Kek Lapis Sarawak harus ada di bawa balik..

    ReplyDelete
  2. Yang ke sebelas.... Cawat orang asli! He He He...

    ReplyDelete
  3. Sue Bee, thanks.
    SS. good idea..nanti mak pergi belek cawat dia, hehe

    ReplyDelete
  4. Hi, bole kmk nanya, yg ni dekat kuching area mana utk mbeli barang ni?

    ReplyDelete
  5. Apa nama tempat tok ..maok beli baju..biak murah2

    ReplyDelete
  6. Kalau nak beli by online mcm mnaa yaa??

    ReplyDelete