Thailand Chirstmas trip

bulatan Hat Yai
Trip ke Hat Yai ini adalah short gateway sempena cuti krismas. Tak takut kena bom ke? macam tahun lepas yang kena bom menjelang krismas kat Danok tu?? orang tanya. Mak pun takut uolls..tapi beranikan diri.
Sebab kesian bebudak nak masuk Hat Yai Ice Dome tu. Trip ni pergi semasa hari krismas, 25hb Disember.
Jadi imigresen di Bukit Kayu Hitam tentulah sesak yakmatt..penuh dengan orang dari KL, Selatan nun dan Penang. Mak tak rela beratur panjang-panjang dan bagi seringgit kt abg kastam Thailand tu. aku nak VIP lane kalo bagi seringgit tu (banyak santek muka)
Pilihan yang ada adalah masuk Thailand menerusi Imigresen Durian Burung (di Kuala Nerang Kedah) iaitu Imigresen Kota Putra dan akan masuk dekat Banprakob imigresen Thailand. Akan melalui pekan Na Thawi dan terus ke Songkla.
Imigresen ni sangat best sebab takde orang. Tak payah beratur bagai..lega.
Macam biasa, masukkan seringgit ke dalam passport sebelum dapat cop Thai tu.
Jauh jugak dari Banprakob ni nak ke Songkhla..dalam dua jam jugak.
Sepanjang perjalanan ada tempat yang dilimpahi air banjir. Dari Banprakob  terus ke Aquarium Songkhla dan Pantai Samila.
Trip kali ni pergi dengan van Thailand dan pakej semua. Dua hari semalam je.
Aku imagine Hat Yai adalah sesak..tapi tak sangat. Sebab semua takut kena bom agaknya.
Tempat-tempat menarik yang boleh uolls pergi jika mengunjungi Hat Yai- Songkhla ni adalah:

- Samila beach
- Songkhla Aquarium
- Hat Yai Ice Dome
- Greenway night market
- Hat Yai Plaza
- Kem Gajah/Chang Puak Camp
- I city Dannok
- Khlong Hae (pasar terapung)
- Cable car (aku tak pi)
- Central Festival Market ( shopping komplek paling besar di wilayah Songkhla)
- The Great Serpent Nag in Songkhla ( tugu naga tepi pantai)
- Kuil Kuan Yin (terletak atas bukit)
- Songkhla zoo

Imigresen Banprakob

Lengang..bahagia hidup



Kat sini tak payah nak scan beg apa macam nak masuk Malaysia nun. Dari Thai nak masuk malaysia adalah azab
Then...kita pi Samila beach dulu. Pantai Samila ni memang jadi tempat wajib untuk dijenguk jika ke Hat Yai dan Songkhla.
Yang Golden mermaid dia meletup sangat tu. Kena beratur nak amik gambar dengan retis mermaid ni. Laut adalah bergelora dan angin agak kuat. Ada penjual buah menjinjing jualan serta gerai jualan tepi pantai ni.
kucing dan tikus..tom and jerry

Pantai Samila yang agak berangin


The Golden mermaid yang perasan retis ngalahkan  Tom Cruise sebab semua kena beratur nak beergambo

Gerai-gerai jualan:



No comments:

Post a Comment