Sunday, January 4, 2015

Thailand - Makan apa di Hatyai, Songkla dan Danok?

Makanan kat Hat Yai dan Danok memang tak jadi masalah sangat untuk orang kita.
Ramai muslim Songkla di sini.
Harga ikut kedai, ada murah dan ada yang cekik leher. Dan ada kedai yang beras dia boleh masuk dalam tekak..ada yang tak boleh nak telan.
Bau makanan kat Thai ni lain sikit..walau masak cara melayu tapi bau tak sama. Kurang umppp dan rempah kot. Okeh, abaikan review Mak yang perasan Chef Zubir Masterchef tu.
makan kat kedai ni..dekat Songkhla

lauk pauk

nasi campur kurang umphh pada aku tapi nasi goreng not bad
Ada jugak ikan bakar dan goreng yang dijual tepi jalan tu. Besar gedabak..cuma 6 hinggit je. Beli dan rasa muak pulak nak habiskan .Mengada nya ko ni??
ikan bakar Rm6

Ikan pari goreng

Makan nasi campur dan nasi goreng..dalam RM20..ikan beli asing.
Kemudian lepas dah check-in, makan pulak kat Hat Yai. Yang nasi lemak dia sedap dan glamer tu.
Memang sedap sungguh makan sini..nasi dengan ayam saiz biasa RM5 je dan takde ayam RM3. Yang besar 100bath (Rm10).
nasi goreng seafood
ni kedainya dan harga
nasi lemak yang sedap

Ada banyak gerai-gerai yang jual udang, ketam, sotong dan ikan goreng.

Terliur dak????
Kemudian depan pasar Hat Yai tu ada orang jual kuih apakah yang macam kuih cara tapi lebih gebu,lembut dan sedap. Makan dengan kelapa parut..harga 10 bath je ko (Rm1). Mak apalagi borong kuih tu tak hengat perut dah penuh.

sedap kuih ni
Kemudian kuih ni..macam pulut luarnya.
macam sedap tapi tak beli
Makan ni kat Danok
Kemudian on the way balik makan kat gerai Danok.
Makan nasi goreng seafood, tom yam, daging bakar, telur dadar dan nasi putih 2 pinggan serta teh o ais 3 baru RM25. Murahkan? Kedai ni memang famous dengan daging bakar. Tapi tom yam dia pedas gila..memang pedas dari kat kedai kita.

nasi goreng seafood

daging bakar dan sos yang lazat



Makan kat area kedai ni

8 comments:

  1. Makkkkk oiiiiii.... Ini makan ke melantakkkkk? He He He....

    ReplyDelete
  2. SS,
    Ni nama dia baik lantak hehe

    ReplyDelete
  3. apa nama kedai makan daging bakar kat danok tu? story sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama kedai taktau..tapi yang sebelah bangunan simpang tu. Kerusi meja dia letak di kaki lima building

      Delete
  4. Rindunya nk mkn daging bakor kt danok ni...sedap gilerrr...slurrrppp..

    ReplyDelete
  5. Opocot.... salah masuk entri...

    Hadoiii... teringi seh...

    ReplyDelete