Saturday, February 28, 2015

Langkawi cable car

Pintu masuk..lalu jambatan gantung
Langkawi cable car merupakan yang tercuram di dunia. Terletak di Pantai Kok dalam Oriental village.
Aku amik tiket dewasa satu Rm20 dan kanak-kanak Rm15. Tunjuk myKad yer. Sesak jugak dekat sini..pengunjung ramai. Spend masa 2 jam hanya untuk beratur. tiket skycab aku amik sekali dengan skydome..ada visual ke apakah sebelum beratur  masukke kereta kabel. Tapi sebab nak cepat, aku cakap kt staf tu aku nak skip skydome. Boleh jer.

Mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.
Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi toksah berkain batik bagai.

Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak di hentian pertama.
Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelainan jenis pokok dari setiap ketinggian.

Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini.[6] Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.
di kaki Gunung Mat Chincang
Oriental village

Kaunter tiket
Promoter tiket pakej

Harga nya



panjang barisan

Dah boleh naik yey..

ngeri tau


subhanallah..dari point pertama


ni beratur untuk ke point ke puncak..


Add caption

skybridge ditutup untuk kerja maintenance

menara paling tinggi di puncak



2 comments:

  1. Gondola x berhenti ek mak? Abislah kalu kain batik tersepit... Mesti Ah Kak terkejar2... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih Mak terpikior tah-tah Ah Kak tak reti pakai kain batik haha

      Delete