Saturday, February 28, 2015

Restoren Mona Ikan Bakar Kuala Perlis

nak tempah call nombor ni

kedainya
Kedai ikan bakar Mona ni antara yang paling femes kat Kuala Perlis.
Harga masih reasonable dan sedap pada tekak aku.
Ramai gila orang kat kedai ni dan layanan cekap dan cepat.
Sebelah dia ada kedai sate jadi sementara nak tunggu ikan bakar siap boleh makan sate dulu.
Kat Mona ni kalo tak nak tunggu lama, uolls boleh order dulu sesiap. Jadi dia akan siapkan meja dan sambal segala awal-awal.
Kadar harga di sini yang aku order adalah untuk 3 set:

- Siakap stim 3 set (3 ekor)
- Sotong goreng tepung
- Lala masak sambal
- Udang sambal petai (terbaik)
- Nasi putih 14 pinggan
-  Air oren 3 jag
- Sambal cicah, sambal belacan, ulam timun dll

Harganya adalah RM317.00. Jadi harga jatuh dalam Rm110 satu set. Kalo amik ketam lagi mahal kot.
kaunter pilih seafood



Macam biasa order kat kaunter seafood tu..dan diorg akan masakkan. Sotong goreng tepung ok pada aku, sambal udang pun sedap dengan petai gemuk-gemuk..siakap stim pun sedap..kira berbaloi dengan rega nya.
Dan ini yang sampai..

ikan siakap stim..hirup kuah pun sodappp
sotong goreng tepung
Lala masak sambal

Udang sambal petai
kangkung goreng belacan



sate tinggal lidi
makan tak ingat dunia

2 comments:

  1. Errrrrr... Ni... Bukan Mona Fendi kannn... Errrr... Kannnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yang tu dah jadi makanan ulat-ulat

      Delete