Monday, February 9, 2015

Restoren Sri Pumpong Alor Setar

Restoren ni terletak di dalam kawasan pekan Pumpong Alor Setar. Dekat kedai repair kereta, pejabat dan medan selera tepi jalan. Belok kiri jalan (one way).
Terkenal dan glamer sebab makanan dan lauk yang sedap. Ada ikan bakar, gulai keli/sembilang,sambal sotong, keli goreng, sambal petai, kerabu mangga..dan lauk kampung juga sesak pada lunch hour.
Yang glamer adalah tauhu sumbat dan pecal..sedap kuahnya..
Restorennya

2 lot kedai

Restoren ni buka lot kedai tambahan pada waktu lunch..sebab tak cukup nak tampung permintaan pelanggan yang nak makan. Memang bersesak la nak amik lauk..so yang makan ramai-ramai buatlah cara hidang.
kt area ni

nak parking pun seksa
Dan ini lauk pujaannya. Dengar kata Tunku Intan Safinaz suka datang makan kat sini, dengan kopi kampungnya..ada bilik khas untuk Tunku.
Patut depan kedai ada banner ' Daulat Tunku '.
Pelanggan di raja uolls.
ini lauknya
ikan bakar
sambal sotong
Gulai ikan keli
sambal petai
gulai ikan masin

sayur air rebung
sedap sangat lauk kat kedai ni
kerabu mangga dan ulaman
lauk yang mengiurkan
Aku sangat rekomen restoren ni..sambal belacan,air asam,ulam cicah semuanya cukup rasa dan terbaik.
Bagaimanapun nak bagitau sesiap, harga makanan kat sini agak mahal dari kedai biasa. Biasa 2 orang makan tu dalam Rm18-20. Mahal le sikit dari kedai kita biasa makan tu atau kedai nasi kandar. Tapi lauk dia memang berbaloi lah.

5 comments:

  1. Adusssss... Sedapnyeeee... Dah laaa lapooo...

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa...
    lama dah tak makan kt sni...
    sbb bila blik kpg ja mak reja masak makan ja...
    btw...jemput singgah blog saya ya

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa...
    lama dah tak makan kt sni...
    sbb bila blik kpg ja mak reja masak makan ja...
    btw...jemput singgah blog saya ya

    ReplyDelete