Friday, March 27, 2015

Hotel Sentral Seaview Pulau Pinang

Hotel ni asalnya adalah Naza Hotel...dah ditukar management kot. Terletak di Tanjung Tokong..lepas sikitdari jejantas tu. Kena U-turn kat trafik light simpang empat tanjung Bunga sebab one way dan terletak di sebelah kanan dari Gurney.
Di cat warna merah kat bangunan luarnya..senang nak cam. Bertaraf 3 bintang.
Rate nya bermula Rm 250. Dan goverment rate dapat Rm192/room.
Ada kolam dan boleh turun terus ke kolam dari pool.
Breakfast start at Rm22/pax and Rm15 kanak-kanak.
hotelnya
lobi


reception

Dan ini biliknya.
twin bed





view kat luar balkoni
Kolam tepi pantai..turun tangga dan ke pantai bawah..gate buka 8pagi-8 malam
pantai depan kolam
Bagaimanapun yang tak best adalah 80% staf adalah pendatang asing. Reception adalah Philipines dan cakap Melayu pun tak faham, nk speaking je. Breakfast pepagi adalah warga Bangladesh yang goreng omellette ko..(harusnya chef amik la orang Malaysia..ramai lagi kot suka kerja kitchen ni)..housekeeping adalah Bangladesh gak, guard dari Myanmar..waiter pun dari Bangladesh..tolonglah...takkan semua bagi depa? Aku rasa ada je warga tempatan yang nak kerja reception dan chef tu.
What happen Sentral management?? nak jimat kos sangat ke??

2 comments: