Saturday, March 14, 2015

Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang


Seantero Malaysia taukan tempat mee udang glamer di Kuala Sepetang ni.
Maka aku pun try la sekali makan kat sini.
Parking kereta adalah hazab..siap ada Rela bagai..macam pesta makan mee udang free pulak gayanya.
Dekat sini selain kedai Mak Jah mee udang ada jugak gerai cucur pisang, ikan pekasam, dan ikan segar.
Manusia ramai gila, nak makan senang boleh buat tempahan sesiap.
ni kedainya

ramai manusia dan udang


Then jom kita tengok pulak harganya.
Standard special mee udang adalah RM13..udang lebih besar dan dalam 5,6 ekor.
Mee udang biasa udang kecik sedikit dan lebih banyak dalam 7,8 ekor camtu harganya Rm 9
Menu adalah board plastik besaq
usha reganya...murah ke mahai??
Kemudia kita tengok pulak makanannya. Ada nasi goreng yang diletak dalam pinggan bentuk sampan siap diiringi dengan kuah mee udang ye, bukan kuah sup! Haah tu la hebatnya kedai Mak Jah, ada trademark tersendiri.
nasi goreng kampung siap telur mata

nasi goreng udang yang udangnya di bawah timbunan nasi..portion banyak
kutiew goreng telur biasa
mee udang biasa

mee udang special
last tinggal yang ni aje

bayar di kaunter
Dekat kedai ni jugak ada gerai cucur udang dan pekasam.
kedai pekasam

 Gerai cucur udang dan cucur sotong. Cucur udang dicampur fish cake. satu set Rm5.sama rega dengan cucur sotong. Ni pun jenuh beratur.
cucuq udang..bayaq kat sini..takde share dgn mak jah


Verdict aku?? Mee udang Mak Jah ni takdelah power sangat bagai dikata tu. Pernah makan di tempat lain yang lebih umphhh.
Cucur udang yang kena beratur tu pun biasa je rasanya. Tapi sebab glamer kot maka jadilah tumpuan.
Dan ini bil nya:

2 comments: