Sunday, April 26, 2015

Escape Park Teluk Bahang Penang - The adventure awaits


Dalam Escape Park ni ada banyak pilihan yang boleh dicuba. Kebanyakannya berkisar tentang menggayut, monkey business dan ini baru gayut yang menguji stamina, bukan gayut henpon je.
Semua jenis climb dan gayut, tak jejak tanah dan memang uji keyakinan ko tahap mana.

sila tengok timing show yang tertera


Gecko tower..sila race untuk tengok masa terpantas
Untuk Gecko tower, masa terpantas aku catat adalah 49 saat, ughh lembab kan. aku tanya staf situ pecah rekod berapa saat, dia jawab 4 saat paling cepat. Ayoo sapalah manusia tu? ko spiderman ke cicakman?
Bagaimana pun un tuk Gecko Tower ni buat aku berpeluang aku mengenali diri lebih dalam. Dulu masa pergi teambuilding, tak terasa sebab ada trainer yang memang berada disisi kita..tapi ni ko buat semua sendiri. Staf cuma pantau keselamatan je. Dan masa kat atas Gecko tu, aku jadi tak confiden nak lepas kan tangan dan bergantung sepenuhnya pada tali. Itu buat aku terpikir bahawasanya aku ni memang tak yakin dan susah nak percaya pada orang lain. Aku was-was bila nak let go myself. Aku hanya percaya diri aku dan semuanya aku sendiri tanggung..sigh..dari aktiviti tu sebenarnya orang boleh nilai karekter ko camna dan sedikit sifat dalam diri ko yang ko tak sedar. So noted to myself, aku hanya percaya pada diri dan bukan sesiapa jua.


kids area..tots trail


rumah kampung yang nostalgia

swing baby swing


jumping jack..10-50 kg shj boleh

kite flyers preparation to boarding

nak naikkan kite flyers, ni kena kayuh basikal..so kawan2 jadi mangsa.penat woh nk tunggu naik tinggi

ini la kite flyers
acrobat

tubby racer

flying lemur..panjang treknya..melalui pokok dan hutan yang tinggi atas bukit

station untuk flying lemur atas bukit dalam hutan

rumah pokok yang banyak,imbau impian kecik-kecik nak rumah atas pokok

foxy burrow house.gelap dan diberi torch light

dipantau dgn cctv takut berlaku kejadian apa2


Souvenir shop..FM Rm13.90..mahai nokk..almaklum eco-friendly katakan
Overall memang rasa puas masukEscape Park ni..memang boleh hilang stress. Dengan binaan yang mengimbau rumah kampung dulu..
Uji diri dan lepaskan tekanan sesekali..aku dah memang stress kerja so sesuai lah dok melepak sini..tangan masih lenguh (nampak sangat ko jarang buat outdoor xtvt) dan pengsan dua hari lepas balik.
games yang ada,,pilih jgn tak pilih

No comments:

Post a Comment