Thursday, May 14, 2015

Vietnam Part 3- Rowing boat at Mekong Delta

Dulu masa kecik-kecik selalu belajar tentang Sungai Mekong dan Delta Mekong nih.
Sungai mekong sangat lebar dan luas di deltanya. Sungai yang berhulu di Pegunungan di Tibet itu  bermuara di Vietnam setelah melalui tujuh negara: Tibet, China, Myanmar, Laos, Kamboja, Thailand dan kemudian Vietnam. Penduduk Vietnam menikmati aliran sungai ini untuk pengangkutan sekaligus menderita akibat banjir  tahunan sungai dengan panjang mencapai 4350 km ini. Ditambah lagi dengan peningkatan paras air laut menyebabkan sering berlaku banjir di delta ini.
Perjalanan dari Ho Chin Minh ke delta ni agak jauh..sejam lebih rasanya. Melalui lebuhraya vietnam..melihat rumah-rumah di kampung yang mana kubur keturunanannya di semadikan di tengah sawah, mungkin sebagai penjaga. Kubur dibuat dari konkrit yang besar dan gah..mungkin melambangkan status keturunan.


Dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan, pelancong boleh menaiki bot menyeberangi delta ini dan ke tebing sebelah untuk bermudik dengan sampan sepanjang laluan sungai dan banyak paya bakau serta pokok nipah di laluan.
Harga untuk menikmati acara ini adalah 100k dong(Rm16), ada yang murah 60k dong dan boleh share 4 orang satu sampan. Ada 2 pendayung di depan dan belakang sampan mendayung kita.
Boleh singgah disini membeli paper candy berperisa kelapa..berharga 100k dong (Rm16) untuk 6 paket.
Ada restoren halal dan tempat jualan madu diseberang delta ni dan barangnya agak murah jugak.
Sebotol madu asli dalam Rm15-20 ringgit dan memang diorang bagi food testing. Kawan aku yang batuk pun terus baik lepas minum madu ni..wah efektif gila madu nih.
Tempat naik bot menyusuri delta




makan madu yang mujarab ni
halwa kelapa
adeh..kurusnya..ko makan apa dikkk...habaq mai

ada halal restoren dan surau


Jadi mari kita berdayung sampan di sini...
Sebelum rowing boat disini kita tengok dulu nyanyian oleh penyanyi di kedai teh dan makan buah potong disini.
nyanyian lagi anak kampung oleh penyanyi vietnam

dah dengar lagu tak reti-reti nak bagi tip???
potongan buah dan teh berperisa seperti pandan yg tawar

ini kedainya

teh tawar dan wangi


pendayung sampan yang menunggu penumpang


pokok nipah kiri kanan



2 comments:

  1. Rindu plak dengan sungai mekong ni.... Kadang sedih gak tengok org2 tua yang dayung sampan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..bersyukurlah nak dok Malaysia tercinta nihhhh

      Delete