Saturday, May 16, 2015

Vietnam Part 4 - Menyusuri Sungai Saigon


Bagi pakej untuk naik cruise menyusuri Sungai Saigon, harganya RM45-70 bergantung kepada agent yang menawarkannya. Cruise ni dikenali Tau Sai Gon.
Pakej ini disediakan dengan hidangan kopi Vietnam, persembahan atas kapal serta menikmati suasana malam dan melihat bandar Ho Chi Minh dari sungainya yang menjadi nadi penduduknya dari dahulu hingga kini. Untuk pakej ini, kapal berlayar selama sejam dan berpatah balik.
Cruise yang bertiga tingkat ini besar dan ada pembahagian deck yakni paling murah dok di bawah, diserved kopi vietnam, deck kedua ada bar kecik dan deck paling atas paling mewah. Ada western food, bar dan lebih ekslusif dekorasinya. Persembahan di deck orang kaya ni jugak lebih gempak..ada tarian tango ke hapa tah..ala latin gitu.

Walau aku dok tingkat paling bawah aku tetap nak rasa VIP ala titanic..so aku naik ke deck yang lebih mewah..ada meja kosong dan buat macam kapal bapak tiri iolls.
Angin malam dari Sungai Saigon terasa sejuk dan nyaman..melihat kapal besar berlabuh..camna sungai ni boleh melabuhkan kapal yang besar tu? dalam sangatkah dasarnya?
Cahaya dari bangunan mercu Ho Chi Minh berkelipan dan alunan lagu 'Careless Whisper' yang berslangkan bahasa vietnam terasa janggal dan kurang umphh. Tiada curahan jiwa dilontarkan disitu. (pandainya dok komen...feeling Ramli MS la sangat)
Tiga deck beerti tiga band perform pada masa yang sama. Gambar tak cantik..kamera murah katakan.
pelabuhan nya sini
ni kapalnya

nak feeling jumpa Jack Dawson aka Leonardo Di Caprio

Dan,naik ke dek ini dalamannya
ni untuk dek bawah..marhean

ni dek paling atas..vip



performance ala latino



bar di dek vip

minum kopi pekat nih..gila pahit

Dan viewnya oklah pada jugak..nak kata cantik sangat tu tidaklah..sekadar mencuba kelainan.
Nak feeling romantik pun best jugak..nak naik starcruise mahai sangat.. so naik Tau Sai Gon je lah.
Boleh jugak feeling bercanda di atas kapal untuk sejam.
Melihat awek-awek vietnam yang berpakaian kelasi berkerja sebagai waitress..seksi dan nampak kemas.
malam di Saigon








4 comments:

  1. Lawonyeee view malam... Perghhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak dok cari entry SS pasal Vietnam..nape takde..

      Delete
    2. entry transfer laa mak... nak kena betulkan balik... terabur...

      Delete
    3. Oo..patut blank jer..haih bukan akak macho rajin kerrrr

      Delete