Monday, June 15, 2015

Island Hopping Krabi

pakej berharga 400 bath ke 1000 bath (RM50-100)

Pakej untuk lompatan ke 4 pulau ni memang acara wajib ke Krabi.
Lawatan ke Krabi Thailand ni my ex-boss offer..diskaun byk utk boss pet la katakan
Pakej ni bermula dari 400bath hingga 1000 bath (Rm40-100) dan boleh pilih nak naik speed bot ke sampan kayu untuk golongan marhean macam aku. Long tail boat katanya.

sampan orang miskin aka long tail boat

Dan berbaloi jugak naik bot. pakej ni termasuk lunch, normally nasi goreng dan air mineral. Jangan risau pasal sesak, pantai di gugusan pulau Krabi ni cukup untuk menampung ratusan pelancong yang terdampar rela disitu menayangkan sixty packs.
Krabi terletak di kawasan laut Andaman dan mempunyai banyak pulau-pulau tak berpenghuni yang terjaga.

Ini adalah satu lawatan sehari popular dari Ao Nang, dalam kumpulan pulau-pulau yang paling dekat dengan pantai -  Empat pulau iaitu Koh Poda, Koh Gai (Pulau Chicken), Tub Koh dan Koh Mor; dan berhenti turun di pantai yang indah Phra Nang Cave Beach di semenanjung Railay itu. Pantai ini, tidak boleh diakses oleh jalan, dianggap sebagai salah satu sisiran pasir pantai yang paling indah di dunia.




Di Phra nang Beach ..ikon yang terkenal adalah formasi batuan ni

Pranang beach

ada jualan makanan jugak

boleh jalan ke Cave princess





Terkenal sebagai kon dalam poskad dan screen capture seluruh dunia
Pelayaran diteruskan ke destinasi kedua iaitu Pulau Ayam. Bentuk pulau berupa ayam.
Chicken island
berhenti snorkeling kat sini

snorkeling area
banyak ikan


Bawak roti untuk bagi ikan makan
Pulau ketiga adalah Tub Island. Yang terkenal kerana beting pasir bertemu dan pasir halus memutih di pesisirnya.
Tub Island..macam-macam pesen orang nak amik gambar terbaik..bergolek,berguling,semua ada





Last island adalah Koh Poda.
Makan tengahari dan boleh bentang tikar sini..ramai orang melepak dan panjang pantainya.
Koh Poda terkenal dengan pantai yang putih dan air biru; batu besar di hadapannya telah dipaparkan di poskad tidak terkira banyaknya, screeensavers dan risalah pelancongan.



makanan yang diberikan..dan diatas bot diberi buah potong..tembikai dan nenas
Island hoping ni mengambil masa lebih kurang 4-5 jam..bermula jam 9 pagi hingga ke 2-3 petang.
Bawak air mineral dan roti sebab last pulau baru dapat makan tau..lapor tunggu sampai tengahari. (dasar kuat makan). Jauh-jauh jugak nak sampai ke pulau demi pulau.

No comments:

Post a Comment