Tortila ayam dan ham

Oleh kerana takde entry travel mabel nak di post maka dari backpacker heart kita tukar jadi chef pulak yer.
Mau kena jual semua spender roti jala kalo asik nak travel setiap bulan.
Menu ni senang ajek, sambey makan kacang pun buat.


Bahan utama:

Kulit tortila - panas sekejap atas kuali tanpa minyak sebelum letak inti
1 pcs Isi dada ayam, potong kecik- masak
2 slice Ham potong memanjang- masak
1 biji Capsicum potong panjang atau juliene- masak
1 biji Bawang besar-hiris nipis- masak
1 biji tomato potong nipis panjang - masak
Sedikit lettuce hiris nipis memanjang

Mayonis, sos cili
Garam, lada putih dan herb (jika ada) untuk perasa

Cara:
1. Panaskan kuali, masukkan bawang, dada ayam, capsicum dan tomato.
2. Perasakan dgn lada dan garam, kemudian masukkan ham
3. Kacau dan tutup api
4. Layurkan sekejap kulit tortila atas kuali tanpa minyak.
5. Sapu sos dan mayonis atas tortila dan taburkan inti
6. Gulung seperti popia dan potong 2
7. Boleh dah makan ye

bahan-bahannya...

ham,capsicum,bawang,tomato

masak dada ayam..season salt pepper

masuk sayur bagi layu..baru masuk ham..kacau hingga masak
sapu mayonis dan sos atas kulit tortila

tabur salad dan inti ayam tadi



gulungkan bentuk silinder cenggini

boleh potong kan jadi dua

ini bento box berisi tortila

Comments

  1. Perghhhhh Makkkkk! Sedapnyaaaaa... Pernah makan kat dlm flight AA masa onway balik dari Bangkok... Pastu sampai laaa ni tak makan lagi... Merembesssss ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap la klu Mak yg masak tau..memang feveret nih

      Delete
  2. Paling terjimat ah buat benda ni. Elok sebagai menu mendiet juga kan. Tortilla wrap aku dah sebulan beli tapi still setia duk dalam chiller. Tabah jelah bila yang beli tu semakin rajin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha bukan ko memang rajin ke Bie...jgn lelama wey dlm chiller..x sodap

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam