Tuesday, October 20, 2015

Buat visa Australia


Bagi sesiapa yang nak pergi ke Australia sebagai pelancong, pelawat, backpacker maka rakyat Malaysia perlu memohon visa. Electronic travel Authority atau ETA.


 - eVisitor dan Lembaga Travel Elektronik (ETA) adalah kebenaran untuk masuk ke Australia disediakan kepada pemegang pasport tertentu. Ditubuhkan pada tahun 1996 untuk menghapuskan keperluan bagi sesetengah orang untuk memohon visa penuh, mereka boleh memohon dalam talian, atau dalam kes-kes tertentu ETA melalui agensi pelancongan, syarikat penerbangan, pembekal perkhidmatan pakar atau pejabat visa Australia. Visa pelancongan elektronik (kelas 600) diproses oleh pejabat visa Australia dan konsulat di luar Australia tetapi rakyat negara-negara tertentu boleh memohon secara dalam talian dan aplikasi mereka, jika tempoh masa yang diminta tinggal adalah tiga bulan atau kurang, dan tidak ada maklumat atau pemeriksaan lanjut diperlukan , boleh diberikan dalam masa beberapa minit. 
https://en.wikipedia.org/wiki/Visa_policy_of_Australia

Untuk ETA ni..bukan aku buat sendiri. Aku upah orang je..email kan pada dia scan passport dan keperluan lain.
Agaknya Cik Intan di  eta.australia@yahoo.com memang dah glamour untuk sesapa yang nak ke negara Kangaru nih. Aku dapat email ni dari my sister yang dah pernah buat dgn Cik intan ni.
Emailkan berserta detail peribadi kepada beliau.

Perlu attach dalam email:
1. Flight detail,
2. Alamat,
3. Scan passport dan
4. Nombor henpon.

Satu visa berharga RM 20 jek. Transfer duit ke cash deposit machine Cimb, senang. Murah kan takyah pening kepala.
Service mereka memang cepat, aku email pagi petang dah siap dah ETA tu. Namun jika boleh buat sebulan dua awal..takut ada masalah yang kita tak pasti. Macam aku, pergi awal November buat dalam bulan August. Gila gigih. Takut ada problem.
ETA yang dah siap ni akan di email kepada kita dengan attachment dan minta kita semak semua maklumat kot ada yang tersilap. Jadi lepas dah dapat ETA, print dan masukkan dalam passport nanti. Bila status ETA 'OK to board" tu makna ok dah la ETA tu.

Rupa ETA ni simple jer...
Contoh ETA:
masuk dalam passport visa ni
ETA untuk 2 orang visitor
ETA ni tempohnya sampai setahun. Jadi nak pergi Australia banyak kali dalam tempoh setahun boleh jer.(multiple entry). Kalau visa ke China senang macam ni kan best.
Jika nak apply online kat sini https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas
Jika nak semak ETA untuk yang buat sendiri (reference number hanya utk apply online) di sini  https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas?submit=check
Bila dah hire agen ko pejam trust kat dia..dan takleh semak online.

Update : Semasa masuk Perth hari tu, imigresen tu tak tengok pun copy ETA yang aku letak dlm passport. Sebab nya dia tgk nombor passport tu je,semak online dan dah tau kemasukan kita di benarkan.

21 comments:

  1. Cemana kite nak pastikan visa kite betul2 "ONLINE" lepas submit ke agent Mak? Ahakksss... Soklan penuh teka teki... Tempat SS bayo 30 henget... Ada resit.... Lebih 10 henget tak pe... Tapi agent ada depan mata... Kot terbarai kat Airport sebab visa mmg SS senang nak khutbah cukup2 agent tu... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hayoo SS ni...suka sgt buat Mak berdebor...bab khutbah tau dah SS tu..akak sado katakan

      Delete
    2. Itu lah pengalaman SS masa 1st time nak gi Aussie dulu Makkk... Sebab SS buat visa guna "ONLINE AGENT" macam mak ni laaa... SS dok tertanya2... Ehhhhh! Gini aje ke rupa visa tu?? Siap send attach pakai notepad aje pulak tu... Hati sape laaa tak berdebor... Pastu tiba kat airport cuak sendiri takut tak lepas... Nasib baik ok! Kalu tak nangesssss guling2 laa SS melukut ditepian airport... Ahakssss....

      Delete
    3. Tau tak Mak cuak tadi..terus email agen tu nak nombor reference..hehe hopefully mak boleh lepas mcm SS jugak nanti..thanks remind me

      Delete
    4. Its ok Mak... Biasanya kat airport nanti dorang cek dulu kat sistem sebelum benarkan kite fly... Tak sure plak skrg camne... Tapi sempat lagi kalu mak nak apply kat airport tu online... Sebab dah pernah jadi kat traveler lain sebelum ni... Yang penting nak apply online jam tu kena prepare kredit kad...

      Delete
    5. Mak tawakkal je ni..dok email agen minta-minta ok nanti..

      Delete
    6. hai,
      tumpang tanya..
      mcm mana nk bankin ke cik intan tu?

      Delete
    7. Cimb akaun..cash deposit atau cimb click

      Delete
    8. Guys..tumpang tanya..sy tanya ejen no reference..dia ckp xda weii..so cmana aa option dia?

      Delete
    9. Ada mcm kertas rujukan apa tak dia bg..mcm yg kt ats tu?

      Delete
  2. Assalam tuan/ puan..sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..menyambung ruma.,pasang tile,wayaring,plumbing,waterprofing,buat poch,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan,dan keje2 civik lainnya. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,ampang dan kl,nilai,bandar sri putra dan sepang.hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy d no 01129110298 ( amir)

    ReplyDelete
  3. Cik Intan!!!! dulu JM pegi aussie pun buat dari Cik Intan ni...

    ReplyDelete
  4. Urusan VISA ONLINE memang susah dan mahal biar kami urusakan. Saya bekerja di Travel Agent (Kay Anista Holidays Sdn Bhd) Urusan visa biar kami yang uruskan. Paling cepat 1 hari paling lambat 24jam. Dokumen yang diperlukan hanya muka hadapan passport bagi clear. Whats app di no +60173349218 atau email di haniff.hk@gmail.com. Harga Visa hanya RM20.00 sekiranya lebih 10 orang harga adik beradik RM10.00 free sorang hanya bayar 9 orang sahaja. PROMO CODE "VISARM20"

    ReplyDelete
  5. MASIH BUAT LAGI KE VISA TU CIK INTAN, SAYA AKAN PERGI PADA SEPTEMBER

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih buat lagi rasanya..try email

      Delete
  6. dulu pernah ada pengalaman ngeri.. pergi ke melbourne tp tak apply visa.. flight pukul 10pm, kul 7 lbh tu lenggang je pergi cek in kat lcct.. pegawai airasia tu pun tanya, you tak apply visa ke? masa tu ingatkan sama2 negara komanwel tak kena visa.. masa tu adik dh study kat sana, dia pun tak tau pasal kena apply visa sbb dia dh ada pass belajar. syukur la masa tu staf airasia tu betul2 membantu, terus dia call imegresen australia kat sana directly mohon approve cepat2 visa kitorang 1 famili 6 org. bygkn pukul 8pm lbh baru apply visa, pukul 9.30pm staf airasia tu pun ckp visa kitorang dh approve. terus masuk dlm dgn senang hati dlm keadaan masa tu duk pikir tiket semua dh burn dh..
    moral of the story, kena study betul2 dulu sebelum pergi.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..nasib baik kan..klu sy dah gelabah teruk dh jd cmtu..bagus staf AA tu

      Delete
  7. salam......nak tanya.....klau nak masuk australia ni mmang kena tunjuk tiket balik sekali ke? sbb tak pasti nak pergi berapa lama...2 atau 3 minggu....agak2 duit nak habis baru beli tiket balik....mcm mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..masa saya pergi tu dia x check pun return tiket..terpulang kpd nasib sama agknya.

      Delete