Monday, October 12, 2015

Mee sotong Hameed Pata dan Big Bad Wolf


Trip dari Sungai Petani ke Penang ni di buat dengan menaiki pengangkutan awam..selalu hempuk bontot atas kereta dan drive jer. so kali ni kita bawa anak-anak cuba kelainan dengan naik pengangkutan awam.
- Dari Sungai Petani naik komuter ke stesen Butterworth
-Dari Butterworth naik feri ke Pulau Pinang
- Sampai belah Pulau, naik bas free CAT (Central Area Transit) sampai ke Penang Times Square


Kosnya:
-Tiket komuter SP- Butterworth RM 3.60 dewasa, RM 1.80 kanak-kanak (bawah 12 tahun)
-Tiket feri RM 1.20 dewasa dan RM 0.80 kanak-kanak
-Bas CAT free ajer...pusing keliling town dan senang takyah pikir parking
stesen komuter SP


dalam komuter
Then, sampai Butterworth setelah setengah jam perjalanan. Jalan kaki untuk naik feri (jauhh jugak..abis lemakku cairrr). Naik feri kalo takde duit syiling dia akan bagi, tukar kat kaunter tu. Sebab untuk masuk ke tempat menunggu feri kena masukkan tambang Rm1.20. baru boleh lalu macam LRT tu. Then tunggu dalam tu hingga pintu pagar feri dibuka. Feri adalah free-seated. Tak nak duduk pun takpa..amik masa dalam 15-20 minit untuk sampai ke seberang.

feri kebanggaan Pulau Pinang

Sampai jeti pulau
Sampai stesen feri, pergi ke stesen bas sebelah tu ajer lepas turun feri..dan naik bas yang tertera CAT (sebelah toilet basnya). Stesen bas Rapid Penang ni ada dua terminal bersebelahan, A untuk bas ke Teluk Bahang dll dan stesen B untuk bas ke kawasan Relau, Georgetown. CAT bas terletak di stesen A. Nak pergi makan mee sotong, naik bas CAT yang akan lalu Lebuh Pantai dan berhenti di hentian Bank Negara (nombor 5). Lintas jalan dan lepas makan boleh lepak di tepi pantai.
CAT map

hentian CAT nombor 5..nak makan mee sotong dan pergi Esplanade berenti sini

bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang

sini food court dan tempat makan mee sotong
dah upgrade dan lebih selesa

jenuh beratur nak makan mee ni..setengah jam jugak beratur


gerai Coconut shake yang fofular
gerai mee sotong Hameed Pata

Coconut shake..RM 4

mee rebus sotong..RM 7

Mee goreng sotong, RM 6

nasi goreng dan nasi campur semua ada disini
 Lepas makan, pergi ke bus stop tadi dan tunggu bas CAT. Sampai hentian ke Komtar, turun dan jalan ke Gama (sebelah kanan). Jalan terus untuk sampai ke Penang Times Square.

tujuan nak pergi sini..Big Bad Wolf

Penang Times Square




Ramai umat
buku travel..murah jer..
 Selesai semua, tunggu di hentian komtar then ke jeti. Naik bas Cat jugak..tapi kalau nak naik bas berbayar pun boleh..bas nombor 202.
stesen Butterworth..waiting Room

12 comments:

  1. Penang dah macam Aussie plak... Siap ada CAT bus.... Perghhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tu pasal..backpackers memang seronok la free

      Delete
  2. Sedapnya Mee Goreng Sotong tu..Adehhh! :(

    ReplyDelete
  3. huahua.. CT tak pernah naik CAT bus tu and lama gila x naik public transport kat Penang..

    eh hai =D hehehe main terjah je.. hai hai =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi tak naik..bkn sng nk dpt benda free kt Malaysia ;))

      Delete
  4. sedapnya mee goreng sutun
    dah lama tk gi penang

    ReplyDelete