Monday, November 9, 2015

Dari Kuala Lumpur ke Perth Australia

Sebelum berlepas ke Perth, tukar duhet RM yang tak bopa nak laku tu di KL Sentral.
Rate adalah Aud 1$ bersamaan dengan Rm 3.12. Adeh...sakit jiwa bila nak tukar duit tu..tukar Rm1,138 dapat Aud$ 365 aje. Untuk trip seminggu di Perth ni aku bawak hanya Rm1138 je kiah..bajet cheapskate abis.
tukar duit RM1k lebih je untuk 6 hari di sana
Perjalanan flight Air Asia dari KL ke Perth mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Penerbangan jam 12.05 tengah malam dan tiba pada jam 5.30 pagi di lapangan terbang antarabangsa Perth.
Sampai je dah cerah benderang di Perth ni macam pukul 7 pagi. Waktu di Perth sama dengan Malaysia..so senang tak perlu adjust jam.
dah sampai Aussie..pukul 5.30 pagi macam kul 8 pagi
Beratur masuk imigresen dan dia check passport,  ETA yang aku print pun dia tak minta. So simpan keratan tu. Bagi passport je kat dia. Dia semak passport dan maybe ETA dah online so senang je aku dah dapat stamp masuk Aussie. Lega..tenkiu Cik Intan agen visa ETA Australia.
Kemudian pergi collect beg dan beratur ke tempat kastam.
Aku isi arrival card declare aku bawak seafood (sardin, sambal bilis) dan grains (beras,maggi) dan tiada drug yang aku bawak sebab ubat apapun aku tak bawak.
Kastam airport pagi tu memang sibuk time tu sebab Air Asia landing sama time dengan Singapore Airline. Ramai yang beratur tunggu nak masuk.
So masa beratur tu staf kastam dia tanya aku bawak apa? Aku jwb bawak seafood dan grain seperti dalam borang arrival card tu. Dia suruh aku gi sebelah kanan, then aku letak semua beg di parking lantai yang disuruh. Datang anjing comel hidu-hidu dan kejap je dah lepas.
antara benda  aku bawak gi Aussie..
Alhamdulillah, takde strict seperti yang selalu dok dengar tu. Aku pun takde gigih nak taip segala jenis ingredients dalam kertas A4 seperti backpackers lain gigih buat tu..spesis tak bopa nak rajin sebegitu rupa. Makanan yang aku bawak masuk ke Perth adalah:

- Sardin tin (2 tin)
- Beras 1kg jenama faiza
- Perencah asam pedas, perencah ikan bakar, serbuk kunyit, perencah tom yam, perencah nasi goreng,
- Biskut cream Munchy's 1 paket besar
-Maggi asam laksa , mee goreng sedap (paket)
- Maggi cup Tom Yam, bubur nasi cup Nature's own
- Sambal ikan bilis, sambal udang, sambal sotong (semua dlm tin jenama Rex 3 tin)

Makanan berasaskan daging/ayam, santan/tenusu dan yang ada bunga cengkih tak dibenarkan. Jadi takyah berangan nak bawak kari daging Yeo's ke, perencah ayam masak merah ke atau rendang yer. Kalo ko bwk dan lepas..nasib baik tu. Aku takmo amik risiko utk benda yg terangan dah memang tak dibenarkan.
Beg aku pun kastam tu tak buka, even scan pun tak. Just anjing comel tu hidu dari luar je.
Mungkin bernasib baik dan tak semua orang akan mengalami keadaan yang sama.

semua lepas kastam..senang baq hang..
keluar dari airport ikut pintu ni

Perth Terminal 1 utk international departure dan arrival

keluar airport  nampak ni

shuttle bas diluar airport terminal 1
Keluar je airport, dingin pagi terus menyapa. Cuaca dalam 13celcius dan wauu..masih sejuk bumi Perth ni walau dah nak dekat penghujung musim bunga.

Sebenarnya bermula 1 november 2015, untuk ke bandar Perth dari airport dah tak perlu transfer dari terminal international ke terminal domestik.
Keluar dari Terminal 1 antarabangsa tu, jalan ke kanan sikit untuk ke Terminal 2, depan tu nanti ada bas bernombor 380 yang akan bawak anda terus ke bandar Perth. Tunggu kat depan hentian Terminal 2 yang ada logo bas tu.
Bayar A$ 4.50 (Rm 13.95) kepada driver bas untuk ke Esplanade Busport (nama baru stesen bas ni dah ditukar kepada Elizabeth Quay Bus Station). Tiket ni valid utk semua pengangkutan Transperth selama 2 jam tak kisah bas ke atau train namun still kena ikut zon. Dari Esplanade Busport boleh amik free bas Central Area Transit (Blue dan Green CAT shj masuk sini..yellow dan Red CAT tak) untuk ke mana-mana destinasi dalam bandar Perth dengan percuma.
Jadi takyah dah nak naik bas shuttle ke domestik airport untuk amik bas nombor 37 ke, nombor 40 ke untuk ke bandar. Dah senangkan. Yang tu maklumat lama. Jadi info yg mak bagi adalah terkini dari Perth.
So skrg ni hanya perlukan satu bas sahaja dari airport untuk ke Perth city.

''To and from T1/T2 precinct
Bus Route 380, fittingly named after the Airbus A380, has dedicated luggage rucks and runs daily between the Elizabeth Quay Bus Station in the Perth city centre and T1 and T2. It is a limited stops service with connections to other services available at: 
  • Elizabeth Quay Bus Station, Victoria Park Transfer Station, Burswood Train Station, Belmont Forum Shopping Centre ''
Platform bas 380 di Esplanade busport ke airport terus..takyah guna Perth connect dah

notis route baru bas dari airport ke bandar..terminal 1 takleh stop amik bas lagi sebab depan terminal 1 tengah upgrade so tunggu di terminal 2 yer..sebelah jer terminal 1 dan 2 ni..satu building la senang. Melainkan terminal 3 dan 4 tu utk domestik flight yg jauh dari airport ni
Bas 380 berhenti di Esplanade Busport..nama baru bus station ni adalah Elizabeth Quay Bus Station
Dalam terminal bas..tingkat atas..bawah untuk bas berhenti.
Bas 380 berhenti di platform D, so naik lif dan turun semula ke platform B untuk amik free CAT.
Jangan lintas kat bawah terus..ikut peraturan walau menyusahkan kerana mereka memang tulis tak boleh melintas antara platform di tempat bas lalu lalang ni.
Perth sangat lengang pada hari Ahad dan tak ku sangka Perth sangat cantik pada penghujung musim bunga (awal Nov). Bunga-bunga sangat cantik berkembang dan cuaca masih dingin dan nyaman di mana paginya cuaca dalam 12celcius, tengahari 20celcius dan malam 17c. Memang best berjalan dalam cuaca camtu walau menjelang pukul 5 ptg angin dingin mengigit kulit.
Matahari terbit di Perth pukul 5 pagi lebih dan senja pukul 6.30 petang. Memang waktu solat pun masuk awal.
Untuk trip ni, macam biasa memang aku main redah takde book hostel bagai, semua secara spontan.
Dok usha http://www.hostelworld.com/ dan tengok banyak backpackers hostel disebelah area Northbridge. Jadi itu memang tujuan kami dari Esplanade Busport menaiki Blue CAT bas ke kawasan sana.
Walau aku mula-mula macam bosan nak datang Perth ni...akhirnya aku akui Perth sangat cantik dan menawan hatiku totally.
Cuaca yang menjadi sebab aku kurang minat nak datang, akhirnya cuaca itulah yang menyamankan aku. Perth masih sejuk dan tak berbau ketiak sendiri ketika berjalan dalam penghujung musim bunga.
Jadi sapa nak datang Perth, datang musim bunga ni. (oktober-november). Hujan pun jarang time ni.

Pokok Jacaranda yang cantik banyak terdapat di bandar Perth
cantik waktu ni..
Mawar gemoks-gemoks

Northbridge area
Jacaranda berbunga ungu
Stirling Garden
saja nak bakar readers dengan gambo bunga lawa-lawa masa spring di Perth ni
cantik di musim bunga




34 comments:

  1. Zalim taw Makk statement "duhet RM yang tak bopa nak laku".... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
  2. Hanjing hidu??? Kena samak tak Makkk???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanjing tu tak mandi..bulu kering so xyah samak

      Delete
  3. Wahhhh dah senang nak pegi town... Dulu SS naik Orange Shuttle!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah senang..jgn seksa diri lagi..jom pergi lagi sekali

      Delete
  4. Perghhh!!! Memang Awesome laaa bebunga tu... Patttt Makkkk update lagi... Rindu bangat dah dengan Perthhhhh nihhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat SS..tak sangka kan Perth cantik camtu!

      Delete
  5. nak tergelak la pulok bila baca statement duit RM yg dah tak berapa nak laku tu..huhuhu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sakit ati tau nk tukar..sblm ni hanya 2.5 rm utk aud

      Delete
  6. Replies
    1. Perth memang sgt cantik waktu spring

      Delete
  7. huwaaaa lawanya view Perth dengan bebunga tu! Sy pergi bulan April takde bunga ape pun..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kena pi sekali lagi di musim bunga

      Delete
  8. Ehhh! Apsal SS baru perasan Mawar Gemok tu... Mak baru tambah gambo ke? Cehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe baru tambah..nk bakor readers tgk dan tambahkn rindu SS kat Perth

      Delete
    2. Hamboiiii...macam kedai mamak pulak ye

      Delete
    3. Cek tak tiket balik kita dn duit poket?

      Delete
  9. Nk apply visa ETA kat mana ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semak sini:
      http://azaleania.blogspot.my/2015/10/buat-visa-australia.html

      Delete
  10. Cek tak tiket pegi balik? Duit poket kita dia cek ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak check pun tiket return dan duit

      Delete
  11. maggie tu wajib tetapi kenapa siap ngan serbuk kunyit tu mama? nak goreng ikan ke ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercita-cita nk masak udang goreng kunyit tapi tak jumpa udang nya..hehe

      Delete
  12. ohhh ada anjing jugak eh...sib baik time kami hari tu just tanya je x de anjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada...kira JM lg bernasib baik dari Mak..yolah org suwet kan

      Delete
  13. ahaa..mudah sekarang nk ke airport City

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu dari dulu cenggini kan sonang..hihi

      Delete