Tuesday, January 5, 2016

Aberdeen Lodge Backpacker Hostel Perth

Penginapan backpacker yang terletak di Aberdeen Street Perth. Dorm dan common room ok bagi aku, WiFi pun laju. Nak masak pun mudah..cuma yang kurang memuaskan adalah toilet dan bilik air.
Namun better keadaannya dari Bambu backpacker kat sebelah tu. Malam-malam adalah budak-budak backpacker muda bermain gitar, bernyanyi dan buat bising sambil minum tapi bab tu ko pun tolak ansur, dah kata nak backpack kan.


Di kawasan ni happening dengan muzik yang agak kuat dari bar kat seberang jalan nun, suasana berparti dan memang club banyak area ni. Malam minggu nampaklah awek-awek seksi dan mamat sado beratur tunggu nak masuk kelab. Cuci mata woh dok area ni.
Aku pagi-pagi memang banyak kali cuci mata tengok mamat Spain yang hot keluar pakai singket dan speedo ke toilet..so say hi je okeh dan buat macam ko pun hottest makhluk on earth jugak kekdahnya.
Mudah akses dengan Blue CAT bas, rate seperti kat bawah:

Rates Chart:

DescriptionAmountDuration
Dorms (6 beds only)$22.00 per person (weekly rate)1 night
Singles*$55.00 per room1 night
Twins / Doubles*$65.00 per room1 night
Triple*$28.00 per person1 night
Family* (max. 4 per room)$26.00 per person1 night
* Rooms with TV & fridge. Weekly rate available.

pintu masuk


tempat lepak

kadar bilik

Hostel office cum reception

info board

dorm 6 orang sebilik


common room

dapur

toilet dan bathroom agak kureng sikit

common room

view dari jendela
Lokasi hostel ni, naik bas CAT biru dan turun kat hentian Aberdeen (no.8).. depan tu je hostelnya. Dekat bus stand sangat. Boleh check di website mereka di sini http://www.aberdeenlodgebackpackers.com/
Alamatnya = 79-81 Aberdeen Street Northbridge 6000
Tel: +61 (0)8 9227 6137
map

Overall bagi aku ok hostel ni..cuma standard hostel di Perth tak sampai standard hostel Eropah yang bersih dan terjaga. Paling penting adalah toilet dan bathroom.
Dan hostel Eropah yang banyak kemudahan lebih menguntungkan.
Sebab tu kalau baca dalam Perth wikitravel, ada mention pasal keadaan hostel di Perth yang nampak ok dari luar namun terrible di dalam. Juga kadar hostel di Perth lagi mahal dari di Eropah.
Namun sebagai backpacker macam biasa kita tak cerewet dan asalkan rasa boleh terima keadaan tu semua boleh pejam mata.

12 comments:

  1. Tips dari seorang pro photographer... Kalu nak banyak gambar.. Jangan duduk kat hotel mahal.. He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..betul..boleh sedapkan ati org cheapskate nih

      Delete
  2. Murah jugak laah dorm tu... Just nak tido.. solat dan masak2 je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah jg..lgpun bkn nak 24 jam ngadap kan

      Delete
  3. toilet dia macam toilet kat Kem Bina Negara je wakakaka..

    ReplyDelete
  4. huurm yang ngintai cuci2 mata tu i loooike jugak =P

    ReplyDelete
  5. azalea. Berdasarkan cerita awak. Awak ada anak kan? Bila backpack, awak bawak tak diorang? Sebab saya ada plan nak backpack ngan wife tour europe. nak tinggalkan anak2. Tu yang nak tanya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bawak..saya pergi berdua dgn travelmate atau solo shj.

      Delete