Saturday, December 12, 2015

Cicerello's Fremantle

Restoren seafood yang musti ko try kalo pergi Perth atau Fremantle.
Kalo tak makan kat sini, tak payah nek kapai terbang mahai tu, pi makan je kat Kola Perlis nun.
Dah glamer sangat maka Mak redho makan cekik darah kat sini. Tapi berbaloi sebab memang sedap Fish n cipnya. Ikan fresh dan big portion.


Restorennya..Cicerello's Fremantle
Boleh makan kat tepi laut atau dalam restoren

dalam restoren

menu nya
Dek kerana terlampau glamer maka kekdah makan adalah secara self-service, mudah dan cepat.
Cara nak order di sini:

- Pergi kat peti sejuk dekatcounter beratur tu, amik sos cili/tartar sos sesiap

-Then amik pulak minuman..bawak tu semua ke kaunter order/cashier

-Kat cashier, order makanan je, then dia akan kira semua termasuk sos dan minuman yang kita ambil tadi serta menu yang kita order. Bayar kat situ terus. Cashier akan bagi bil dan buzzer.

-Then pergilah duduk kat mana ko suka. Dok tepi laut yang kat bawah restoren tu pun best. Tunggu buzzer bergetar

-Bila dah buzzer bergetar, pergi kat kaunter pick-up order, tunjuk bil serta serah buzzer tu balik. Amik makanan yang di order tu. Di sebelah tu ada tempat nak tambah vinegar, salt, pepper dan lain-lain. So amik salt pepper sebab cipnya tak ditabur garam sesiap.

- Then boleh makan sambil tengok burung camar yang kerjanya mengendap ko dah abih makan ke belum.
Cara order nya..mula-mula ambil sos tartar dan sos cili ni..ikut byk mana nak..satu sos container tu harga $2 (Rm6)..gila mahal hukhuk

Lepas ambil sos, ambil pulak air apa nak..air pun paling murah  sebotol 600ml harga $ 4.4 ( Rm 13.60)..air karbonat

Then pi kat kaunter order..pilih menu makanan mana nak..den amik menu paling murah sekali..backapcker tak bopa nak kaya
Beratur nak order dengan bawak air dan sos sekali. Dah order terus bayar ..cashier bagi bil dan buzzer mcm hp tu
lepas tu pergi duduk kat memana port yang uolls nak..tepi laut, dalam laut, hujung laut ke..ikut suka.Tunggu buzzer bunyi dan bila dah bunyi pi pick-up order kat kaunter pick-up/serah buzzer tu balik serta tunjukkakn bil
dah pick-up boleh makan terus..amik salt pepper tabur kat cips sb depa tak tabur macam kita sesiap
yg putih tartar sos, yang merah cili sos

Fish n Cips, boleh letak vinegar dan tambah salt pepper

Masa pi ni taklah sesak sangat
Makan sambil usha orang

Lepas makan, tengok bil utk 2 org makan adalah $ 42.80 (Rm 132.68)...itupun amik menu paling murah..yang basic Fish n Cips adalah $15...benda ni pun sampai beratus makan..cehhhh ada omeh ko apa dalam ikan nih? tapi memang portion nya besar. Dasar cheapskate bayaq mahai aku mengaruk la kejap.

13 comments:

  1. Mencekik kat sini baru boleh mengkununnnnn dengan orang Kola Perlis... kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Dah burung... Camar pulak... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  3. Kalu tak silap SS ada 2 restoran fish and chip ni.. tapi SS ske yg kat cicerellos nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Kaili's jugak tapi sini lagi umphhh

      Delete
  4. Part paling tak best bila orang aussie bwk hanjing ikut lepak kat sini.. Potong stim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mak pi takde pulak..SS selalu merecik sebab tu kena potong stim sokmo hehe

      Delete
  5. Makkk ooooo Makkk... Bukan sebab harga mahal... Tapi currency exchange cammmm haremmmmmmmmmmmm!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haremm dan geram...bila tah nak naiknya..asik kata jap je currency jatuh tapi ni dah berjaman..

      Delete
  6. aaaa sedap kan fish n chips kat Cicerello's!!tapi sos cili dia rasa pelik..hahhaha! Saya try Kailis jugak, tapi tak sedap..ikan dia macam tak fresh.

    ReplyDelete
  7. Sedap cuma x pedas hehe..kailis saya x try..ikan ni rasa manis dan tebal isinya..tq mAdA singah

    ReplyDelete
  8. ooooohemgi Mak !! haaa ceq pun panggil Mak dah ehehe..

    okay Mak.. akan anakmu ikut cakapmu.. skrang tabung Perth kita bukak dah.. tapi nak penuh bila tataula..

    ReplyDelete