Sunday, December 27, 2015

Mona Ikan Bakar


Restoren Mona Ikan Bakar Kuala Perlis lagik..dah takde kedai lain ke ko nak promote??
Dah restoren tu je paling sodap kat tekak aku nih..lagipun kali ni menunya lain dari menu yang aku makan kecuali kan dan sayur.
Maybe last jamuan makan-makan kat sini untuk 2015.


depan deretan kedai ikan bakar

Putra Brasmana Hotel

pilihan seafood

tempat duduk

Mona pujaanku
Harga seafood yang dijual 

Ikan terdampar menuggu disunting

Ketam fresh

boleh duduk tepi laut


menunya

order sate dulu..dgn nasi impit

ikan siakap stim..sedap sgt

Pari bakar..buat syarat nak merasa..not bad

kari ketam..sedap..

udang goreng ikan masin..rasanya udang sambal lagi sedap

menu wajib sotong goreng tepung

Lala masak cili

kupang sambal

ABC spesial

air oren..satu jug Rm9

menu nya

ulam dan sambal belacan tak lupa
Baik lantak namanya ni

Jangan cakap Akak tak payung!!!

Lepas makan pergi solat kat masjid tepi laut tuh. Boleh layan sunset jugak.
Total bil semua adalah RM200 untuk 5 dewasa dan 2 kanak-kanak. Tak termasuk air, sate dan ABC tau..rega ni untuk food kat Mona ni aje. Air se jag dalam RM9, ABC satu Rm5 dan sate secucuk Rm.60 sen..ingat-ingat lupa dah.
Actualy ko boleh pilih berapa je sotong/udang ko nak atau ko kira ikut kilo. Atau dah malas sangat ko order bagitau untuk berapa orang makan, so pandailah Chef tu nak agak.
Aku kalo datang sini siap bawak basikal anak..sebab dia nak main kayuh basikal kat dataran tu sambil layan sunset. Ada pulak orang jual air bubbles tu..apalagi..kena la layankan. Bila lagi nak jadi ibu mithali.
Sambil tunggu order..layan dulu senja di Kuala Perlis.
senja at Kuala Perlis




3 comments:

  1. wow gambar sunset lawa =)
    makanan pun best2.. scroll laju2 tanak tengok sangat.. telan ailio je keje..

    ReplyDelete