Monday, December 7, 2015

Periuk ajaib dan beg backpack cara kedekot

Entry ni adalah untuk geng marhaen dan mungkin takde makna bagi uolls.
Aku tujukan entry ni untuk SS dan beberapa pembaca yang pernah tanya pasal benda yang aku bawak masa backpack. Nak tunjuk periuk/beg kena post entry hehe.


Benda yang aku sentiasa bawak untuk berjimat adalah periuk nasiku..dalam nilah masak nasi, sardin, nasi goreng dan segala. Periuk nasi ni kecik aje..0.6 liter jenama pensonic. Tudungnya kaca dan tebal, setakat ni tak pecah lagi walau dibaling-baling oleh budak yang handle baggage di airport. Pandailah ko nak pack camna tak bagi pecah..bungkus dgn tola ke,kain batik ke..Masa beli tu Rm70 rasanya. Memang aku hanya guna waktu travel je. Selain tu kenalah bawak jgk tupperware dan sudu garfu utk mkn. Cawan dan lain-lain tak perlu sebab tonggang je mineral water.

Untuk makanan pulak, aku suggest korang bawak maggi asam laksa/tom yam bila travel ke tempat sejuk. Sebab nikmat sangat makan maggi tu dalam suhu dingin..maggi cup/kari/ayam/ boleh tapi menjemukan. Beli maggi asam laksa sepeket bawak..jadi apa-apa yang berlaku korang tak kalut nak cari makanan halal. Aku selalu bawak beras 1kg, sardin mackerel (jenis ikan sardin yang keras) jenama Ayam brand ni aku rekomen, sedap. Sambal sotong aku rekomen Rex punya brand selain bubur nasi Nature's Own. Kari daging Yeo's/sambal bilis Rex/sambal kerang Rex pun not bad dan kari ayam aku tak minat, muak. Then perencah seperti nasi/mihun goreng, sambal ikan bakar dll. Brahim aku jarang beli sebab pyh jgk nak jimat ruang dgn kotak2 dia tu.

Tip untuk travellers seperti aku adalah, bila kat tanahair, ko jgn mengadap maggi, sardin dan perencah pek-pek tu. So bila ko travel, kena makan benda ni, ko takkan jemu sebab ko jarang makan.
Dan makanan bukan keutamaan aku semasa travel, aku makan bak beggar semasa travel. Sebab tu boleh kurus lepas balik travel dan seluar memang loose jadiknya. (bukan cerita rekaan tau..).


kapasiti 0.6 liter

gambar periuk ajaib untuk SS
Menu yg dimasak guna periuk ajaib di obersi..nasi putih, sardin, sayur goreng dan telur mata.
Kemudian beg aku. Ada orang tanya besar mana beg aku masa aku bawak gi Europe.
Ianya beg besar, backpack yang berkapasiti  85liter. Beg tu aku beli pada tahun 2013, berharga RM100 je dan guna sampai sekarang. Ada bahagian yang aku dah jahit dan tali dah putus.
Aku bukan orang yang travel bawak travel gear yang mahal/berjenama/kualiti sgt dan sentiasa bertukar. Dasar kedekot dan duit tu lagi penting untuk jimat bagi next trip. Beg ni jenama Kabaonu..gigih nak tiru jenama Kathmandu la tuuu.
Tapi Mak tak kisah..apa ada pada jenama sebab Mak kalo pakai apapun tetap maintain stylo! (muntah hijo 40 kali).
Beg ni jika dah penuh, beratnya sekitar 15kg dan aku dah usung merata. Banyak compartment yang menyenangkan aku, sumbat last minit dan ruang dia memang puas ati.

Kalau kau tgk muka aku memanglah macam sweet seventeen tapi sebenarnya umur dah kertu. Kalo aku yang dah kertu ni boleh travel usung mak tapir ni merata, apatah lagi uolls yang muda-muda.
Yang penting berjiwa backpacker dan bersemangat kembara.
Beg ni walau tak mahal tapi tahan lasak. Cuma skrg ni dia dah uzur..next travel kena beli beg yang baru kalo takmau isi perut terbarai tengah jalan. Inilah satu-satunya beg backpack aku..takde tukar-tukar dah. Dan aku taktaulah uolls..aku memang tak pernah basuh beg backpack aku ni kecuali ada benda tumpah. Balik travel kemas dan simpan. Kalo pergi dgn tour package aku bawak beg roda je.

ini beg nya


bekas jahit..gila kedekot tuannya dan tangan tak berseni langsung nak jahit

gigih nak jahit ni..keras tau kat tempat support back nih
Inilah rupa beg backpack aku di Bratislava..terdampar ats bangku dlm kesejukan..dan ada hati pulak mamat slovak manatah nak mencurinya..haipp
Jadi ini adalah travel style kedekot tapi tetap nak feeling obersi..cabaran travel adalah pada bajet.
Ko sanggup atau tidak untuk buat segalanya demi jimatkan hanya satu sen duhet semasa travel.
Tepuk dahi, tanya poket. Its your choice and yours alone.
jenama tiruan Kathmandu




22 comments:

  1. peeergh !! ini memang bekpakers sejati aa.. tabik tabik.. CT stakat ni usung luggage je semua.. hehe maybe one day la kot bawak bag cemni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luggage ok jgk..sng tarik2 cuma tang nk hangkat tu yg penat!

      Delete
    2. penat kejap.. kuang kuang kuang..

      Delete
  2. okay bawak periuk.. adeh.. bilala CT nak buat macam ni.. tapi kat Malaysia pun mmg x makan meggi semua.. makan tu makan tp jarang2 sngt.. dats why ada skali bawak meggi pi china.. balik tinggal meggi sebab tak bersentuh pun =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis mkn resto sentiasa ke klu travel? Org kedekot mcm mak ni belasah je mkn semua tolqk batu kayu hehe

      Delete
    2. huurm stakat ni x pernah cuba masak.. maybe nxt trip =)
      aa ah x makan meggi.. bawak biskut tiger bnyk2 n cicah milo.. yg baru2 ni dok rumah kawan.. mak dia masak kami tumpang makan ehehe..

      Delete
  3. part tetap maintain stylo tu mmg tak leh blahhh! kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amacam..buleh lwn akak macho tak stylo nya hehe

      Delete
  4. "kau tgk muka aku memanglah macam sweet seventeen tapi sebenarnya umur dah kertu"... Cer tayang muka... kah kah kah..

    ReplyDelete
  5. Berselera pulak mamat slovak nak curi bag busuk mak... Kah Kah Kah.. Adoiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...yg backpack busuk tu jgk dia berkenan..kihkih...klu x dgn periuk ajaib terbang..nasib baik

      Delete
  6. Pe kata pasni mak masak spagetti macam Jay Emm... Lagi senang Mak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM taste omputih..kenyang la dia ngadap tu..tgk perut dia..kecik molek jee

      Delete
  7. Part jahit tu... Perghhh... Bag harga 100 pon dah mahal bagi SS.. My backpack macam mak ni SS beli tak sampai 100... Tak berjenama... Masih tak koyak... Tapi kalu bag troli dah sekali tuko... Itu pon dulu beli kat ekonsave je mak... Tak de jenama jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka..mana dpt murah sgt. Ni paling murah mak dpt..mak tgk travel gear SS mcm mahal2 jee

      Delete
    2. Nampaknya SS lagi kedekot haram dari Mak... Kah Kah Kah...

      Delete
    3. Nampak SS cam kayo jeeee..patut org kata org kaya mmg kedekot ;))

      Delete
  8. Ok Mak thanksss.. Akan ku cari piuk nasi 0.6l ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome..nanti masak tepek dlm blog..nk tgk jgk rupanya

      Delete