Wednesday, December 30, 2015

Summary of 2015



Untuk tahun ni, adalah beberapa tempat yang aku berpeluang menjejakkan kaki.

Sejak tukar tempat kerja ni, memang makan hati, bos susah sangat nak lepas cuti lebih dari seminggu.
Aku cuti 2-3 hari pun dia dah macam kucing nak beranak..trip ke Perth itupun nyaris-nyaris je.. dia lepas pun sebab aku dah book tiket awal. Dan itupun sebab aku apply cuti sebelum dia supervisor aku. Grrrrrrr.

Jika tahun lepas angan-angan aku lepas my daughter sit for major exam aku nak travel sepuas hati, hasrat tu tak tercapai jugak nampaknya bila dapat bos kuku besi ala Firaun ni.
Patutnya dua hari lepas aku ada trip lawatan kerja ke K.L/ Putrajaya selama 3 hari, itupun dia tak lepas. Bayangkan trip lawatan kerja pun tak lepas, apatah lagi trip backpack aku.

Images : google
Memang travel entry aku akan jadi suram sikit bila dah kaki kena ikat nih. . Saya yang menurut perintah katakan. Kesat air mata dengan hujung lengan baju 400 ratus kali pun bos tak heran. Bagi makan nasi kangkan* pun belum tentu jalan. Jadi kuli batak memang terpaksa redhoo..jangan nak merungut, rezeki tak berkat nanti. Be positive okeh.
Highlight untuk 2015 ni adalah:

Travel list 2015:

1. Kuching Sarawak

2. Langkawi

3. Krabi, Hatyai, dan Songkhla Thailand

4. Ho Chi Minh Vietnam

5. Escape Park, Bukit Bendera dan Batu Feringghi Penang
Batu Feringghi

6. Perth Australia

Dan untuk sepanjang tahun 2015 benda yang efek pada kewangan dan harta dunia adalah:

- Bought my second home..yang ni rumah idaman..so my portion for travel adalah terganggu sedikit
- Girl got a good result for her exam, alhamdulillah
- End of the year actually nak tukar kereta sebab nak amik yang jimat petrol tapi belum tercapai lagi
- Struggling dengan kos sara hidup yang lebih mencabar

Overall, 2015 is a great and amazing year for me.



15 comments:

  1. SS hangin baca... Pe hal boss gitu? Kita amik cuti kite kot... Bukan kite berjalan amik cuti dia.. Hotakkkk diaaa lahhhhh!!!
    * Geram...

    ReplyDelete
  2. "Jadi kuli batak memang terpaksa redhoo"... Ayat nak sedapkan ati.. he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..nak berenti kerja mmg makan pasir la jwbnya hehe

      Delete
  3. Bagi je nasi bontot... keh keh keh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer ajar nk membueknya..nk tau jgk hehe bontot jgn lupa tunjuk

      Delete
  4. bos jeelllly tu jalan x ajak dia.. adeh bos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss workaholic..dia cuti setahun sekali ms raya je tau

      Delete
  5. banyak jugak tu tempat jalan =)
    ngeh3.. tak apa.. next year banyakkan lagi.. hembus2 bos tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Siti Yang Menghembus boleh tak kiki

      Delete
  6. kita punya 2016 travel list pun macam samar2 je lagi...huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke...kita tu kn dah amik tiket flight ke mana tah..hehe

      Delete