Saturday, February 28, 2015

Langkawi cable car

Pintu masuk..lalu jambatan gantung
Langkawi cable car merupakan yang tercuram di dunia. Terletak di Pantai Kok dalam Oriental village.
Aku amik tiket dewasa satu Rm20 dan kanak-kanak Rm15. Tunjuk myKad yer. Sesak jugak dekat sini..pengunjung ramai. Spend masa 2 jam hanya untuk beratur. tiket skycab aku amik sekali dengan skydome..ada visual ke apakah sebelum beratur  masukke kereta kabel. Tapi sebab nak cepat, aku cakap kt staf tu aku nak skip skydome. Boleh jer.

Mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.
Pengunjung akan diminta masuk ke dalam gondola yang mempunyai 6 tempat duduk. Gondola ini tidak berhenti, jadi toksah berkain batik bagai.

Gondola akan tiba di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Pengunjung boleh menikmati keindahan puncak di hentian pertama.
Kemudian sambung perjalanan lagi 450 meter panjang ke atas dengan kereta kabel lagi untuk puncak sebenar Gunung Mat Chinchang. Pengunjung akan dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titis hujan, kabus dan kelainan jenis pokok dari setiap ketinggian.

Di puncak, terdapat pelantar tinjau dan lihatlah keindahan pemandangan Lautan Hindi dan Laut Andaman yang luas terbentang. Pulau-pulau di selatan Thailand juga jelas kelihatan dari sini.[6] Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter yang unik kerana alam sekitar tidak terjejas langsung atas pembinaan jambatan ini. Gunung batu kapur jelas menonjol. Suasana kemerahan semasa matahari terbenam beberapa minit di ufuk Lautan Hindi. Suhunya lebih sejuk 5' darjah berbanding suhu biasa.
di kaki Gunung Mat Chincang
Oriental village

Kaunter tiket
Promoter tiket pakej

Harga nya



panjang barisan

Dah boleh naik yey..

ngeri tau


subhanallah..dari point pertama


ni beratur untuk ke point ke puncak..


Add caption

skybridge ditutup untuk kerja maintenance

menara paling tinggi di puncak



Nabil Nabila Motel Langkawi

Motel ni terletak di pekan Kuah dan senang akses ke bandar. Dekat Baron hotel
Sesuai untuk grup student atau family ramai.
Motel ni takde lobi ke apa..agak sempit tapi ok lah jika pergi grup dan balik hanya untuk tido. Yang senang dekat dengan kedai 24 jam, restoren dan pantai.
Boleh lepak memalam..meriah area ni.
Motel ni tempah dengan agen. Ada bilik untuk berdua, bertiga, bereempat, berlima, berenam hingga tak tau ke seratus kot. Dia macam ala bajet dorm tapi lebih selesa. Ada bilik solat, water dispenser dan tiap bilik ada bathroom dan ekon. Oklah dengan rega.
Rumah kedai yang dijadikan motel


dekat pejabat SPAD
biliknya

bilik solat pun ado..sebab bilik tido agak sempit

bilik air..agak sempit tapi janji tak share
kawasan sekitar

Langkawi short gateaway


Percutian ke Langkawi ni hanya dalam tempoh yang pendek..pergi waktu weekend. Semalaman.
Tujuan utama nak ke muzium 3D Langkawi..tarikan terbaru kat sini..yakni yang kedua terbesar di dunia.
Lagipun dah lama tak bershoping pinggan mangkuk..buat lepas gian.(tahun lepas dah pergi kot?alasan)
Naik feri kat Kuala Perlis dan mengambil masa sekita sejam tiba di jeti Kuah.
Tapi nya kan..memang tak sempat nak pergi 3D tu..ramai sungguh manusia biarpun bukan PH.. biarpun raya cina dah abis.
Kayakah semua orang Malaysia ni? hunjug minggu pun memang langkawi penuh.
Jadinya aku sempat pergi naik cable car aje.
Dan shoping di Kuah.
Tu je? tu je? nak kata apa..pergi pun tido semalam je. Rasa macam nak hantuk kepala jgk kat Gunung Mat Cincang tuh sebab tak dapek masuk 3D muzium.
dapat naik cable car pun jadilah


Restoren Mona Ikan Bakar Kuala Perlis

nak tempah call nombor ni

kedainya
Kedai ikan bakar Mona ni antara yang paling femes kat Kuala Perlis.
Harga masih reasonable dan sedap pada tekak aku.
Ramai gila orang kat kedai ni dan layanan cekap dan cepat.
Sebelah dia ada kedai sate jadi sementara nak tunggu ikan bakar siap boleh makan sate dulu.
Kat Mona ni kalo tak nak tunggu lama, uolls boleh order dulu sesiap. Jadi dia akan siapkan meja dan sambal segala awal-awal.
Kadar harga di sini yang aku order adalah untuk 3 set:

- Siakap stim 3 set (3 ekor)
- Sotong goreng tepung
- Lala masak sambal
- Udang sambal petai (terbaik)
- Nasi putih 14 pinggan
-  Air oren 3 jag
- Sambal cicah, sambal belacan, ulam timun dll

Harganya adalah RM317.00. Jadi harga jatuh dalam Rm110 satu set. Kalo amik ketam lagi mahal kot.
kaunter pilih seafood



Macam biasa order kat kaunter seafood tu..dan diorg akan masakkan. Sotong goreng tepung ok pada aku, sambal udang pun sedap dengan petai gemuk-gemuk..siakap stim pun sedap..kira berbaloi dengan rega nya.
Dan ini yang sampai..

ikan siakap stim..hirup kuah pun sodappp
sotong goreng tepung
Lala masak sambal

Udang sambal petai
kangkung goreng belacan



sate tinggal lidi
makan tak ingat dunia