Sunday, April 26, 2015

Escape Park Teluk Bahang Penang - The adventure awaits


Dalam Escape Park ni ada banyak pilihan yang boleh dicuba. Kebanyakannya berkisar tentang menggayut, monkey business dan ini baru gayut yang menguji stamina, bukan gayut henpon je.
Semua jenis climb dan gayut, tak jejak tanah dan memang uji keyakinan ko tahap mana.

sila tengok timing show yang tertera


Gecko tower..sila race untuk tengok masa terpantas
Untuk Gecko tower, masa terpantas aku catat adalah 49 saat, ughh lembab kan. aku tanya staf situ pecah rekod berapa saat, dia jawab 4 saat paling cepat. Ayoo sapalah manusia tu? ko spiderman ke cicakman?
Bagaimana pun un tuk Gecko Tower ni buat aku berpeluang aku mengenali diri lebih dalam. Dulu masa pergi teambuilding, tak terasa sebab ada trainer yang memang berada disisi kita..tapi ni ko buat semua sendiri. Staf cuma pantau keselamatan je. Dan masa kat atas Gecko tu, aku jadi tak confiden nak lepas kan tangan dan bergantung sepenuhnya pada tali. Itu buat aku terpikir bahawasanya aku ni memang tak yakin dan susah nak percaya pada orang lain. Aku was-was bila nak let go myself. Aku hanya percaya diri aku dan semuanya aku sendiri tanggung..sigh..dari aktiviti tu sebenarnya orang boleh nilai karekter ko camna dan sedikit sifat dalam diri ko yang ko tak sedar. So noted to myself, aku hanya percaya pada diri dan bukan sesiapa jua.


kids area..tots trail


rumah kampung yang nostalgia

swing baby swing


jumping jack..10-50 kg shj boleh

kite flyers preparation to boarding

nak naikkan kite flyers, ni kena kayuh basikal..so kawan2 jadi mangsa.penat woh nk tunggu naik tinggi

ini la kite flyers
acrobat

tubby racer

flying lemur..panjang treknya..melalui pokok dan hutan yang tinggi atas bukit

station untuk flying lemur atas bukit dalam hutan

rumah pokok yang banyak,imbau impian kecik-kecik nak rumah atas pokok

foxy burrow house.gelap dan diberi torch light

dipantau dgn cctv takut berlaku kejadian apa2


Souvenir shop..FM Rm13.90..mahai nokk..almaklum eco-friendly katakan
Overall memang rasa puas masukEscape Park ni..memang boleh hilang stress. Dengan binaan yang mengimbau rumah kampung dulu..
Uji diri dan lepaskan tekanan sesekali..aku dah memang stress kerja so sesuai lah dok melepak sini..tangan masih lenguh (nampak sangat ko jarang buat outdoor xtvt) dan pengsan dua hari lepas balik.
games yang ada,,pilih jgn tak pilih

Taman Rimba Teluk Bahang

Taman yang dijaga oleh Jabatan Perhutanan. Taman awam dan boleh mohon kebenaran untuk berkhemah dan buat outdoor aktiviti. Ada jugak kolam yang not bad serta lanskap yang menenangkan.
Jika nak berkhemah berkupulan, hanya perlu bayar sewa tapak khemah dan masuk tandas.
Di sini juga ada trekking base ke Bukit Bendera yang paling jauh.
Boleh memasak sendiri, ada pondok convert jadik surau dan toilet 2 biji.
Banyak gazebo yang disediakan untuk kemudahan group datang camping. Sampah akan di kutip sendiri oleh pengunjung dan buang kat bawah. Agak jauh dari parking keretanya nak ke atas camp site.
the entrance

parkking kereta kat luar

lansksap yang cantik

trekking to bukit bendera

jambatan gantung

the camp side

camp base

khemah


kolam yang panjang



Saturday, April 25, 2015

Escape Park Teluk Bahang - Introduction


Reception dan tiket

Entrance
Escape Park adalah taman tema mesra alam yang menawarkan pelbagai pilihan aktiviti lasak.
Taman ini terletak di Teluk Bahang..dari Batu Feringgi ke pekan Teluk Bahang dan berjumpa round about di situ (dekat Khaleel) dan amik pukul 9 simpang kiri. Sangat senang arah jalannya dan sebelum sampai di Taman Rimba Penang. Dekat area Butterfly farm dan sekolah Teluk Bahang.

wristband..pink untuk kanak-kanak dan blue for dewasa
you can feel the heat upon entering

court

kids zone


its a monkey business honey!
kafe
  • dekat parking

    beli tiket disini

    eco-friendly

    locker

    surau

    toilet dan bilik mandi

    no handphones please


    kedai makan

    agak cekik darah disitu

  • Operating Hours : 9am - 6pm, Tuesday to Sunday. (Mondays are closed except during school holidays)
  • Harga tiket agak mahal..walk in seperti di bawah (Rm72). Bagi group adalah lebih kurang Rm50 dewasa seorang.
  • Pengunjung akan diberi wrist band dan ada deposit RM11 yang akan dipulang bila return
  • Jika nak beli makanan dan minuman, kena top-up wristband ni..minimum RM30 (ada deposit Rm10 jadi boleh belanja Rm20 je). Makanan tak byk variety. Ada 3,4 buah kedai je nokk. Kena ingat senah oiii ni nak buat aktiviti lasak..nak bakar lemak bukan nak tambah ukuran pinggang! Harga makanan agak mahal, satu set nasi campur+ air dah Rm14.90. Nangis bawak anak ramai. Outside food not allowed.
  • Ada surau, medical room, souvenir shop (FM Rm14 satu, gila!) dan locker simpan barang (Rm10) serta private room (nak karok ke hapa)
  • Banyak pilihan aktiviti outdoor dan kena spend sehari suntuk disini. Ada team medic jugak jika apa-apa kekejangan berlaku
  •  Pakai yang sesuai..sport attire dan bawak spared baju,telekung segala.
  • Dalam ni ada banyak level outdoor..ada stage untuk beginner,extreme dll
  • Bangunan kuaters lama yang dijadikan kedai dan diguna semula secara eco-friendly, kerusi yang dibuat dari buluh dan banyak peralatan dikitar semula
  •  Kawasan taman yang luas merangkumi bukit dan hutan belantara
  • Setiap aktiviti akan dipantau oleh sseorang staf dan ada guide yang akan tolong kita
  • Banyak rumah pokok di sini dan kebanyakan permainan adalah style kampung dulu..seperti Atan leaps, foxy burrow, inspirasi dari kenangan zaman dulu-dulu semasa bermain di kampung