Tuesday, September 29, 2015

Review buku 'Kembara Afghanistan' karya blogger Travelog ET

Cover buku yang cantik dan memanggil

sinopsis kembara
Setelah agak lama menyepi di blognya disini http://derubirusiti.blogspot.my/ , akhirnya blogger ET membingkaikan jejak pengalaman beliau dalam buku pertama beliau yang berjudul
 'Kembara Afghanistan'  dengan tagline '' Hidup tanpa cabaran bukan hidup namanya..".

Aku memang tak sabar nak baca buku ni..sebab selalu baca blog beliau.. tulisan beliau memang best dan pengalaman beliau berbeza dan unik bila mengembara ke tempat-tempat yang jarang dikunjungi dan berbahaya.
Aku amik masa sehari je baca buku ni.. yang setebal 181 muka surat.

Tuesday, September 22, 2015

KTM Komuter sektor Utara






Akhirnya....Orang belah Utara merasa jugak ada komuter yang menghubungkan bandar-bandar sebelah sini.
KTM Komuter, perkhidmatan komuter pinggir bandar oleh KTM, melancarkan perkhidmatan di Utara pada 11 September 2015. (bau kedai lagik senahh..)

Perkhidmatan baru itu akan menggunakan tiga kereta EMU (Kelas 83 - dua beroperasi, satu standby), berulang-alik antara Kamunting di Barat Laut Perak, Butterworth di Pulau Pinang dan Gurun di Selatan Kedah.
 Kereta api akan berjalan pada jangka masa 3 jam, dengan satu perjalanan yang berakhir di setiap arah mengambil  lebih dua jam. Kereta api dari arah sama ada akan pergi ke Butterworth sebelum meneruskan perjalanan mereka. Fakta ringkas KTM ini:

Jarak laluan : 144.3 km
Masa perjalanan : 2 jam
Jumlah stesen ; 11
Jumlah perkhidmatan : 12
Kekerapan perkhidmatan : Setiap 3 jam
Tren info : 3 gerabak, 186 tempat duduk dan memuatkan 450 penumpang
Kelajuan tren : 120km/j
Jenis tiket : Sehala, dua hala, konsesi (OKU,Kanak-kanak, warga emas), Mingguan dan bulanan

Kereta api akan singgah di semua stesen antara Kamunting - Butterworth - Gurun, iaitu :
1. Bagan Serai,
2. Parit Buntar,
3. Nibong Tebal,
4. Simpang Ampat,
5. Bukit Mertajam,
6. Bukit Tengah,
7. Butterworth,
8. Bukit Tengah
9. Bukit Mertajam
10. Tasik Gelugor
11. Sungai Petani.
12. Gurun dan sebaliknya.

 Ini juga akan pasti menjadi berita baik bagi mereka yang ingin  berulang-alik setiap hari ke Pulau Pinang untuk kerja tetapi tinggal di luar island Pulau Pinang.

Jadual seperti berikut:
klik untuk besarkan..jadual tambang dan masa
klik untuk besarkan..masa berlepas
Jadi target kita balik raya Aidiladha ni naik komuter dari Sungai Petani ke Butterworth dan terus naik feri ke Padang Kota makan mee sotong.
Aku harap Pak Hameed Mee Sotong Pata tak bercuti raya haji tahun ni.


imej Google


credit to http://railtravelstation.com/2015/09/07/komuter-utara-launching-on-11-september-2015-kamunting-butterworth-gurun/