Tuesday, January 26, 2016

Nak bawak travelmate baru atau tidak??



Dalam perjalanan kita mengembara, melancong dan berbackpack kadangkala kita pergi berseorangan, berdua atau beramai-ramai.

Dalam hidup aku, aku hanya travel berseorangan atau berdua. Tak lebih dari itu.
Dan bila kau selalu jugak travel, maka akan adalah 2,3,4 orang yang akan interested dengan journey kau.
Yang selalu ikuti trip kau dan bercita-cita nak join trip bersama kau.


Jika kau bawak grup bersama-sama dalam kembara, kelebihannya adalah:

1- Menjimatkan. Semua kos boleh share malah boleh sewa kereta beramai-ramai, makan, selfie dan  solat berjemaah. jeans dan baju pun boleh share kalo salah sorang bawak tak cukup, even gambo pun boleh cilok letak di blog geng yang pergi sekali nih. Beli tiket tren family ride atau grup tiket pun sangat jimat.

2- The more we are together, the merrier we'll be. Ya, yang ni banyak berlaku di hostel-hostel backpacker yang mana boleh minum beramai-ramai sambil bernyanyi dan bergelak ketawa sakan tak hengat dunia dan hostel tu bapak kau punya kekdahnya. Kalo naik tren pun satu row tu adalah grup ko punya geng.

3- Rasa hebat dan berani sebab ramai geng. Ini orang kampung den tau! Ko jangan carik pasal kang tak pesal kena pukul berjemaah. Terjadi apa-apa pun takde hal sebab susah senang ditanggung bersama. Orang bergeng ni biasalah akan tarik perhatian ramai. Rasa glamer pun adoo.

Dan banyak lagi kelebihannya yang aku tak mampu nak highlight kat sini.
Bagaimanapun adalah sedikit kekurangannya..mungkin sorang dua yang emosi lebih, oversensitip dan nak ikut kepala dia jer. pening jika geng shoping suka lepak kat mall lelama, dan geng pecinta alam suka lepak dalam hutan menghayati daun gugur feeling jiwang... yang lain boring pulak nanti. Jadi ketua grup adalah penting untuk kawal semua grup dan bersikap adil.


Dan sebagai seorang yang determine dan nak ikut kepala sendiri, trip aku adalah ikut 100% plan aku..aku yang tentukan dan rancang dalam semua trip yang pernah aku buat. Kadang ada tempat  semua orang pergi, aku tak pergi. Dan tempat orang tak pergi aku jejak. (konon...takmo habaq sebab sesat)
Dan travelmate aku pun, sorang tu je dari trip Kashmir hingga trip ke Perth, dia hanya ikut je. Tak pernah lagi tukar travelmate dan dia amat pasrah kehanginan kepala aku ni. Dengan perangai redah aku yang tak plan sangat dan spontan ikut suka Mr.Instinct aku ni.

Tetiba baru ni dia cakap ''Kiah, ada orang nak join trip kita ke China tahun depan..orangnya sempoi, tak cerewet dan geng redah macam kita''. Itu dia cakap last year masa tiket baru di book.
Aku cakap 'nanti aku pikir, bukan senang nak travel dengan kita ni'.

Kemudian baru ni dia cakap lagi hal tu..orang tu masih menunggu.. Jawapan aku, tunggu yer..dengan harapan tiket flight tu jadi mahal dan manusia yang nak ikut tu tak jadi ikut. Kejam dan sadis. Itu lebih baik dari berhati lembut depan tapi cakap dibelakang selepas kejadian. Tapi insan tu masih nak tunggu nak join trip kami.
Dari berdua mungkin jadi bertiga/berempat/berlima. Itu dah ganjil dan agak sukar nak fit dalam hotel, tuk-tuk atau duduk bersekali dalam tren.
Hingga sekarang aku belum beri jawapan.
To bring or not to bring?? Jawapan pada aku dan aku berbelah bagi. Hingga sekarang.

Kebaikan bawak travelmate baru ni, dia mungkin akan jadi folower aje, tak banyak songeh, tambah kenalan kita dan merapatkan silaturahim. Mungkin lepas ni jadi geng hangout sesama sambil isap vape.
Keburukan..eh kelemahan yang timbul mungkin dia tak sekepala, cerewet dengan benda yang bagi kita adalah adventure tapi bagi dia adalah menyusahkan. Mungkin pergaduhan atau selisih faham akan terjadi dan masing-masing merasakan dia betul. Masa kat obersi mungkin tahan sabar tapi sampai Malaysia abis facebook masuk dijual cerita kita yang dah memang glamer cam retis ni.
Masa aku mula travel dulu cenggitu, asik nak menempel kat orang tapi muka tebal dowh..rasa susahkan orang...last-last kuatkan tekad dan beranikan diri. Hingga jadi seperti sekarang, ko tinggalkan aku kat tempat komunis ke, port IS ke (ceh berlagaknya), kat memana insyallah boleh je aku hidup.

Mungkin aku patut jadi tour trip leader seperti blogger Travelouge ET yang guide pelancong/traveller ke Spiti India. Seperti blogger Backpacker Busuk yang guide guest ke Korea.
Dapat free trip dan dibayar untuk benda yang kita suka lakukan.
Trip ke Kashmir ramai orang tanya..dan aku pun masih kontek dengan pemilik hotel dan mountain trekker yang buat route trek ke Ladakh dan Himalaya.
Ke depan nanti mana tahu aku post blog promote uolls join trip aku...nak??

Kat obersi ada je rakyat kita yang ok , yang kerek, yang merasa hebatlah sangat duhet banyak pergi cuti jauh-jauh tapi semua tu kau boleh je trace sekilas menerusi air muka. Naluri.
Seperti trip-trip sebelum ni, bila jumpa rakyat Malaysia kat oversea, ada yang boleh jugak aku bergurau senda namun ramai yang aku tak amik pot sangat nak layan, even aku berseorangan dan mereka ramai.
Ada tau tetiba nampak aku, datang tegur dan nak hang out ikut sesama ke attraction tu..nak berteman kekdahnya. Kat Aussie dan Korea ramai la yang aku jumpa. Kat Sultanahmet boleh kata tiap ari jumpa orang Malaysia tapi semua bajet datins-datins. Paham-paham sudahlah. Sapa nak senyum kat orang sengkek backpakcer selekeh cam aku.
Aku layan cam biasa je, agen CIA memang kena sentiasa alert. Bukan prejudis tapi bila ko memang dah muka suwit bak Reese Whiterspoon nanti payah pulak, ramai sangat nak ikut dan sebenarnya bila ko solo senang untuk ko buat apa sesuka hati.

Kesabaran aku mungkin belum sampai ke tahap itu untuk melayan semua pelanggan yang kita bawak dengan service terbaik. Sebagai lone ranger dan anti-sosial itu adalah benda yang aku sukar nak merelakan.


20 comments:

  1. I'm not anti sosial... I'm anti stupid... Kah kah kah... Ada kaitan tak mak dgn entri ini? Hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboiii..anti sosial baik sikit kot dari anti stupid??

      Delete
    2. Perh.... ini duaorang arrr

      Delete
  2. SS faham dilema yang mak rasa tu... Tapi... Tak salah mencuba travel lebih dari berdua... At least try sekali... Kalu rasa ok... Boleh laa merepeat lagi... Kalu x... Teruskan berdua je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS takpe..HH sentiasa disisi hehe..kan kena bagi chance jugak kat orang yang nak ikut tu

      Delete
    2. Isu dia... sss masih x lulus kn permohonan kita untuk ikot dia travel...

      Ha ha ha...

      Delete
  3. try je lah travel dengan orang baru, mana tau boleh ngam...errr tapi kalau tak ngam, sila tinggalkan dia kat tepi jalan! Hahaha..
    Pssttt..next destination ke China ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..kijamnya cik mAdA kita..pssttt rahsia tau

      Delete
  4. CT make sure kena berteman.. kalo tak lepas la mem besar yakni MamiZ hehe..
    kena lepas syarat utama.. and i think. 4 paling ramai ah. jgn more than 4.. ehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada mummy yg caring..untungkn

      Delete
    2. Kalu more than 4.... Itu dah rombongan cik kiah! Ha ha ha...

      Delete
  5. Replies
    1. Malaysia pn best..hujan emas negeri org..

      Delete
    2. Ada chance nak jadi profesor serba tau tak?

      Delete
  6. Akak, aku rasa mmg normal kot makcik2 Malaysians g melancong mmg gitu. Nice sharing tho kak 🖒

    ReplyDelete