Saturday, January 23, 2016

Perth - Part 9 Caversham Wildlife Park

entrance


Akhirnya setelah puas menapak sampai jua ke Caversham Wildlife Park.
Destinasi wajib bila sampai Perth.

Caversham Wildlife Park (CWP) dimiliki dan dikendalikan oleh sebuah keluarga di Australia Barat.
David & Pat memiliki dan mengendalikan Caversham Wildlife Park dengan anak mereka David & anak perempuan Debbie.


Apabila mereka membeli taman itu pada tahun 1987, taman ini menempatkan koleksi kecil haiwan dan burung pada keluasan 5 ekar (2HA) harta. Beberapa tahun kemudian, taman ini menjadi dua kali ganda besar, apabila keluarga ini membeli hartanah yang bersebelahan dan mula menambah koleksi haiwan mereka. Pada bulan Mei 2003, keluarga ini mereka dan membina sebuah taman baru di Whiteman Park, sekali lagi, lebih daripada dua kali ganda besarnya.

CWP mempunyai kira-kira 200 spesies haiwan , dan lebih daripada 2000 binatang, burung dan reptilia. Koleksi ini menjadikan CWP  adalah taman terbesar yang memiliki  hidupan liar asli persendirian di Australia Barat.
CWP berbangga dengan pengalaman yang unik interaktif antara haiwan dan pengunjung yang paling menarik di Australia, tanpa dikomersialkan. CWP adalah tarikan bertaraf dunia di samping mengekalkan santai sentuhan Aussie.
Dalam CWP ni ada haiwan-haiwan trademark Aussie seperti kangaru, wombat, koala, burung-burung, biri-biri, banyak lagi la. Penuh orang kampung tau kalo pergi sini.

sumber : caversham website

Waktu Operasi : 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari (hanya ditutup pada hari Krismas)

Harga tiket masuk : 
Dewasa : $27 ( Rm81)
Kanak-kanak : $12 (Rm36)
Student : $19 (Rm57)- dengan kad pelajar WA
Pesara : $19

Show : 
1. Meet The Koalas - 10 pagi, 1 tengahari, 2.30 petang, 4.30 petang
2. Meet the Wombat and friends - 11 pagi, 2 petang dan 3.45 petang
3. Farm show- 10 pagi, 1 tghari, 3 petang
4. Kangaroo feeding- 9pagi hingga 5.30 petang (makanan disediakan)
5. Molly farm - 9.30pagi hingga 4.30 ptg

kedai sobenir harus pricey dari kat luar nun

direction

kedai sobenir. sini jugak tempat exit dari park
signage dalam bahasa Melayu menunjukkan peratus orang Malaysia kaki jalan. Syabas betiii

ini kafenya

tempat piknik jika bawak bekal sendiri


muka sedih asik kena layan manusia



bukan orang Malaysia je jakun tgk kangaru..aussie pun ada yang jakun jgk
makan ni, jgn nk mengada

sekawan kangaru

Masa show dalam park ni

dlm taman yang luas

merak ni kemain tayang kejelitaannya..kang aku tayang aku punya jelita baru kau tau

suasana dalam tempat aktivi kehaiwanan

mamat wombat ni yang paling glamer kat sini..baju melayu lupa nak bawak..boleh kata semua blog sal Perth ada gambo dia dan nak amik gambar dgn wombat ni kena beratur dan ada tukang amik gambo kita..dasat bajet boyfren I si Tom Cruise tu
yang ni kurang glamer
aku kalo jaga wombat kan best..

suasana sibuk sebab pakat berebut nak amik gambo

burung kakaktua hinggap di jendela..i masih muda, sekali senyum semua tergoda

sikit-sikit nak beroad sign yer......nanti kat umh aku, aku nak tampal cicak next 0.2km

membuta lagi best dari layan hangpa nih..sikit-sikit nak amik picture masuk fb..kat koala area ni jgn buat bising sgt..nnti staf tu tegur

ko hengat aku kesah ko datang dari Malaysia nun??

zzzzz....tido ats pokok lagi best dari tido atas tilam

nikmat tido hanya aku yang  tau..zzzzzzz

makan 5 minit tido 5 jam..bahagia hidup
Overall, aku berpuas hati masuk dan melawat ke sini. Berbaloi dan merasai keunikan Aussie sendiri.
Lepas pi tengok wombat-wombat tu semua, makan bekalan di tempat piknik kat sini.
Elok jika plan sediakan masa 3 jam disini, so much to do, so much to see.

18 comments:

  1. wow bestnya... bole peluk2 koala.. bole selfie2 ngan Kanggaroo muka seposen.. syiok syiokk!

    ReplyDelete
  2. wombat ngan tuan dia sama besaq la ..hahahhaa *gelak jahat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wombat tu sebenar nya halal ke x dipegang? Aduiii soklan kuuu

      Delete
  3. Perghhhh signboard tuuuu... Bahasa melayu tuuuu.... Bangga jap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bontot sekembang mangkok jamban dah ni... Bangga tak hengat!

      Delete
  4. SS datang sini layan kamgaru beromen... Kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorg tengah nak bg SS merecik hehe

      Delete
    2. oooi tak senonoh.. duduk paling depan apa.. ahaha.

      Delete
  5. confirm masuk list !!!! nak attack !! i is suka animals ni semua..
    btw Mak !! kat situ boleh pegang ke dukung koala x ? kena bayar extra pun xpe janji nak dukung.. kalo boleh confirm seharian suntuk kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh sentuh..tgk je boleh..koala ni vip hehe

      Delete
    2. part idung koala paling sentap... he he he...

      Delete
  6. Kenapa kamgaroo tu kaler putih mak

    ReplyDelete
  7. Hamboiii merak tengah show off baq ang

    ReplyDelete
  8. salam pelancongan semua, kita ada sediakan pakej bercuti ke Perth, Australia dan juga tempat tempat lain seperti Ho Chi Minh, Vietnam / seluruh Indonesia, Seoul Korea /Guangzhou, China

    kita boleh dicapai melalui whatsapp/ coll 017-5367426 insyi
    facebook: melancong murah baloi
    instagram: melancong_murah_baloi

    Terima kasih

    ReplyDelete