Wednesday, January 6, 2016

Ramly Halal Kiosk RnR Gurun

Ramly Halal Kiosk ni terletak di RnR Gurun Kedah ni dah agak lama beroperasi.

Terletak di Gurun menghala ke utara, ia adalah pilihan untuk pengguna lebuhraya menikmati produk jenama Ramly di sini. Harga pun murah dan yang penting boleh beli semua produk Ramly dengan harga diskaun selepas jadi ahli. (dalam 20-30%) off gitu..memang murah. Kalau beli kat Tesco, Giant, Aeon tu semua memang mahal harga produk Ramly nih.

Jadi dengan kad ni, kita akan dapat potongan harga untuk produk Ramly seperti frozen food (burger, meatloaf, sosej, mince meat dll) tapi untuk fast food takdelah.
Banyak cekadak ko eh semua nak diskaun.
Cara apply kad ni simple jek- kena bagi myKad, byr yuran ahli Rm5, dan isi borang nya. tu je.

Sekali pergi memang borong semua benda bawak balik buat stok sebulan..noo I bukan pemalas sebab asik masak fast food cuma I nak save energy je.Sos, roti dan fries pun ada.

Untuk fast food byk set yang ditawarkan seperti Set Oblong, Set burger, Lasagne, Croissant, lamb chop dan roast chicken. Di datangkan dengan minuman dan potato.
Dalam restoren ni banyak jugak barang antik yang ada seperti seterika lama dan basikal. Klasik.

ni restorennya

cafe dan tempat jualan produk Ramly bersekali

antara menu



kaunter
antara menu


set Croissant..ada drink dan potato..set paling aku suka di Ramly ni. Potato dia sedap
set Oblong..dah tinggal sikit baru nak spap pic



murahkan set nya

antara produk yang dijual...murah berganda dari kat pasaraya
Contoh harga frankfurter ni..harga biasa Rm5.72..harga ahli Rm 4.77

frozen product

Mayo pun ada
Ramly member card..apply dan byr Rm5 je..dapat serta merta kad ni


gambaq kelabu asap
Overall, Ramly memang berbaloi dikunjungi dan lokasi bersebelahan Kfc. so ada jugak choice dari selalu ngadap ayam goreng je. Masa aku pergi ni, kfc nampak lengang dan Ramly lebih ramai pelanggannya. Tengok ramai yang makan lamb dan chicken chop..nampak cam sedap.

3 comments: