Saturday, February 13, 2016

Arked Niaga Padang Besar

Arked Niaga Padang Besar Perlis ni memang popular bagi negeri paling comel ni.
Hari tu ada tetamu dari selatan datang so kita bawak dia ke sini..perghh rambang mata dia memborong tak cukup bonet.

Di Padang Besar ni terkenal dengan barang buatan Thailand, buahan dari sana seperti guava hijau tu, kalo malas nak pergi Hat yai datang je sini. Beras pulut susu, beg/tangan/ backpack segala mak nenek semua ada. Pulut ayam pun best kat sini.

Yang terkenal kat sini seperti juga Pengkalan Kubor iaitu:

1. Makanan basah/kering- buahan segar dari siam(jambu, mangga, limau bali), beras pulut susu, biskut, coklat, kuih kering, ikan bilis, teh, pes masakan, dan byk lagi
2. Produk kecantikan- sabun beras (mandi satu badan kasik putih macam Elizbeth Tan), krim muka, lipstik dan pelembut sabun basuh baju. Murah gila sabun beras kat sini.
3. Pakaian- Kemeja, t-shirt polo tu, seluar Aflin Shauki, segala pesen ada
4. Beg- yang ni best tengok- henbag, backpack, beg sekolah, beg comel, beg syiling semua ada. Karung guni kalo nak pun boleh
5. Cadar/toto/bantal/-semua jenis hiasa rumah ada yang berkaitan bedding nih
6. Periuk/belanga/pinggan/acuan kuih- beli borong byk-byk tapi buatnya idok ler kiah oiii..buat cerita kat orang ajoooo
7. Kerongsang dan sobenir- agak popular jgk..ada FM Thailand, jadi takyah gi sana pun.. dapek jo ko nak borong sini takyah cop passport dah.

Jika nak parking masuk sekali Rm3 dan memang sesak waktu cuti sekolah/public .
Medan niaga ni ada banyak kawasan bangunan, yang agak buruk tu untuk jualan makanan kering, buah dan produk Thailand. Hanya satu floor aje dan agak usang.
Sementara yang dekat parking tu jual periuk, toto, cadar dan hiasan rumah (paling bawah dekat parking kereta)
Satu lagi arked niaga yang mana kompleks menjual kain baju, beg-beg, kerongsang, kasut dan lebih elok keadaannya dari yang lain. Yang ni besar 3 tingkat.
Then ada lagi deretan kedai jual beg-beg depan kompleks besar tu.
Kawasan perniagaan ni dibuka dari pagi (dalam kul 9 pagi hingga lewat petang) dan beroperasi setiap hari.

kawasan niaga utama


kawasan lapang depan kompleks

durian
yang buruk ni kedai-kedai jual makanan kering dan produk kecantikan
Ramai peniaga kat sini adalah orang-orang siam/thai. Nak tawar agak susah sebenarnya dan ada jugak yang kerek takleh amik gambar.
Kat sini rasa macam kat Thailand dah suasananya. Banyak motor-motort skuter akan masuk sempadan Malaysia tiap-tiap pagi terdiri dari peniaga-peniaga ni.
ni rumah kedai yg buruks itu

buah potong macam kat siam..satu paket Rm3, dua paket Rm5, 4 paket Rm10

tom yam pes,beras pulut,ikan bilis semua ada

kuih kering..3pkt Rm10

lesung buat som tam dan produk kecantikan

pokok bunga pun ado


cekelat udang yang nostalgia
telur burung putih rebutan zaman kecik-kecik dulu


sabun beras yang murah sgt..satu dozen Rm14

kekacang dan pes dari Thai
Kemudian ke komplek yang lebih besar..beg backpack dalam Rm120 kapasiti 85liter. Beg tangan range dari Rm20-100 tengok kualiti.
entrance kat sini

ada 2 tingkat

berlaga bonto kalo musim kenduri
khas untuk backpacker
beg macam-macam jenis
periuk belanga
beli kerongsang kat sini




baju bajan
takyah gi Thailand semata-mata nak beli FM..sini pun ada

FM Thailand 3 biji Rm10
Kemudian kat luar ada pulak kedai henbag..jom tengok
Geng mak Datin tak sesuai kat sini..uolls kena pergi Harrods..marhean cam aku boleh laaa

sini boleh tawar byk
Lepas tu kita gi makan pulut mangga/ayam kat kedai tepi tu.
Pulut sedap bagi aku tapi nasi goreng kurenggggg. Harga dalam Rm5 sepinggan.
makan kat sini

usha harga dulu


laici kang sejuk

order yang ni dulu

pulut mangga sedap

pulut ayam paling best

so so aje

nasi goreng tak garing
Berbaloi pergi soping rombongan cik kiah kat sini..dan kalo bawak sedara jauh-jauh, kat sini lebih berbaloi berbanding Bukit Kayu Hitam dan The Zone duty free tu.
Tapi kamera aku ni taktaulah kenapa..blurr aje kat lense tu..huduh gambo yang aku ambik semuanya.
Takpelah kamera huduh janji tuan tetap meletops. Kan???

15 comments:

  1. Hadoiiii.. Mak pi up entry ni... Buat SS jeles bergantang gantang... SS nak sgt sampai padang besaq ni... Tapi asik bertangguh je... Adeiii..

    ReplyDelete
  2. Padang besar ... perlis kan?

    Tp pangkalan kubor bukan kt kelantan ke?

    ReplyDelete
  3. ehehe lama x singgah sini.. tapi kalo singgah sure borong kacang2.. dapnyee !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila mai Cik Siti..kacang kaler apa nak semua ada

      Delete
  4. tuan blog maaf menggangu, saya pelajar yang ingin menjaki tentang arked niaga. namun saya tidak mendapat maklumat tentang tarikh terbinanya binaan ini dan kos yang diperuntukkan untuk membinanya.jasa tuan amat dihargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tak dapat bantu..mungkin dptkn maklumat dari Majlis perbandaran sana

      Delete
  5. tuan blog maaf menggangu, saya pelajar yang ingin menjaki tentang arked niaga. namun saya tidak mendapat maklumat tentang tarikh terbinanya binaan ini dan kos yang diperuntukkan untuk membinanya.jasa tuan amat dihargai

    ReplyDelete
  6. tuan blog maaf menggangu, saya pelajar yang ingin menjaki tentang arked niaga. namun saya tidak mendapat maklumat tentang tarikh terbinanya binaan ini dan kos yang diperuntukkan untuk membinanya.jasa tuan amat dihargai

    ReplyDelete
  7. tuan blog maaf menggangu, saya pelajar yang ingin menjaki tentang arked niaga. namun saya tidak mendapat maklumat tentang tarikh terbinanya binaan ini dan kos yang diperuntukkan untuk membinanya.jasa tuan amat dihargai

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Tolong sy cari owner yg jual hammork gantung

    ReplyDelete
  10. Tolong sy cari owner yg jual hammork gantung

    ReplyDelete