Saturday, February 27, 2016

Backpack Australia- Perth itenary dan kos


Di bawah ni aku senaraikan breakdown bajet yang selalu aku buat sepanjang travel nih.
Sebagai pengembara yang bercita-cita tinggi nak keliling dunia tapi duhet tak bopa nak mengizinkan maka memang kena selalu alert dengan pecahan bajet setiap kali travel. Yang ni more or less aje, jadi agak-agak je.


Contoh breakdown:
Tiket flight : 40%
Penginapan : 25% (hostel, guesthouse)
Pengangkutan : 10% (bas, train dll)
Makan : 20%
Misc : 1% (tiket entrance dll)
Souvenir : 2% (selalu sobenir aku akan jadi 20-30%,   aku amik bhgian food punya bajet, biar aku posa di obersi asalkan ada buah tangan untuk rakan taulan, mana nak cari kwn bagus camni..untung bff aku nih)
Contigensi : 1%
Shoping : 1%

Dalam entry ini, aku akan share kos backpack di Perth selama 7 hari. Dan mana yang sikit-sikit tu aku genapkan aje so ini adalah roughly kos.
Untuk sepanjang perjalanan di Perth ni, kami gunakan pengangkutan awam dan tak sewa kereta seperti yang kebanyakan orang Malaysia buat. Naik je bas CAT dan train.
Dan tujuan utama aku ke sini nak menikmati keindahan manusia dan kotanya, tak mau rush travelling dan tak gigih pergi semua ke landmark Perth ni. Tak pergi Pinnacles dan Rottnest Island serta Wave Rock. Semakin usia tua. ko pun jadi lebih rileks, tak travel kelam kabut dan kejar sana sini sangat.
Travel berdua, share kos taxi dan hotel. Itenary kami adalah seperti berikut:

1. Day 1 : 1/11/2015
KL to Perth to Perth City

2. Day 2 : 2/11/2015
Perth city to Freemantel

3. Day 3 :
 Perth city to Kings Park, London Court, Central Business District
Perth Mint, Barrack Jetty, Swan River

4. Day 4 :
Western Australia Museum (spend 3 jam sini)..byk pameran
London Court, Perth CBD, Stirling Garden

5. Day 5 :
Caversham Wildlife Park, CBD

6. Day 6 :
Mandurah, Freemantle

7. Day 7 :  Perth - KL  (5 hrs -7/11/2015)

Dan bagi kos adalah seperti kat bawah yang mana aku genapkan mana yang sen-sen tu:

1. Tiket flight Air Asia KL-Perth - KL = RM 1050  (all in- baggage, food and pre book seat)

2. Penginapan - $144 utk 6 mlm (RM 446/pax)
Hostel macam biasa dikira ikut pax, bukan per room. So average harga dalam RM 70 -100 seorang per night. Untuk ini, kami just walk in dan bertanyakan harga sebelum check-in. Yang paling murah jadi pilihan tentunya. Area Northbridge

3. Transportation bas dan train - $30 (RM90)
Untuk transport kami guna bas berbayar, bas free (CAT) dan train Transperth.

4. Food/ makanan/kenyang perut suka hati - A$50 (RM150)
Kos makan kurang sedikit sebab kami bawak beras, sardin dan perencah dari Malaysia.
Jadi balik dari jenjalan tu terus masak dan makan. Makan untuk kat luar simple seperti roti dan sesekali makan kat luar. Nak makan puas dan kenyang masak nasi dan menu seperti udang/sotong goreng kunyit, sambal udang/ikan yang gunakan perencah Adabi dan Maggi.
Bahan basah beli kat market dan harga boleh tahan, yang penting puas dan kenyang.
Untuk makan kat luar, anggaran lebih kurang sepinggan $10 (Rm30) sekali makan, bankrup ko senah. Jadi bawak periuk nasi dan beras, maggi, dll sangat menjimatkan.
Sesekali nak merasa local food, no hal. Boleh je.

5. Misc/pelbagai - $30 (RM90)
Yang ini kos untuk tiket masuk Caversham dan pameran lain

6. Souvenir/ shoping baju - $120 (RM360)
Untuk beli souvenir aku berhabis lebih kurang $100 (Rm300  ).
Adalah cenderahati seperti Fridge magnet, key chain, T-shirt, beg kecil dan lain-lain.
Beli jaket dan baju murah-murah kat Trinity Arcade dalam $30 (Rm90)

Jadi jumlah perbelanjaan  keseluruhan kos di sana adalah $365 (RM 1095). Genapkan jadi lebih kurang RM1100 campur tiket flight Rm 1050 jadilah  Rm 2,150.

Kalau uolls boleh dapat tiket lagi murah, means lagi jimat, ada sekali tu kat stesen bas Perth aku jumpa awek Malaysia, dia bagitau dia datang Perth dengan tiket flight Rm500 je. Caih..berdarah telinga aku dengar.
Aku ni tak pernah lagilah dapat tiket murah macam Rm500 tu, kadang baca blog orang heran jugak diorang boleh dapat tiket flight murah sangat. Selalu tengok orang pergi Korea, Aussie, Jepun, Nepal diorg boleh dapat less than 1k. iskkk camna diorg boleh dapat semurah tu? sedangkan aku amik time promo jugak, tapi takde pernah dapat murah gila khinzir macam tu.
Standard aku dapat untuk ke Korea atau Perth lebih kurang 1k jugak bila campur baggage, makan segala tu. Musykil. Atau diorg ni cheapskate gila tak amk seat, mkn, baggage dan insuran??


18 comments:

  1. hahaha!! saya mungkin antara orang yg dapat tiket Perth around RM500 tu..dan memang cheapskate sebab tak ambik additional segala bagai tu. Kehkehkeh!
    - Masuk flight terus tido (x book meal)
    - Tak bawak stok makanan (x book baggage)
    - Beli travel insurance lain (x amek insuran AA)

    ReplyDelete
  2. Bertuah la dpt tido terus!cheapskte betul ni..

    ReplyDelete
  3. ha ha ha... tetiba rasa nak g perth pulak...

    ReplyDelete
  4. perhhh AA pre-book seat... flat bed kan mak?

    wahhhh... dalam mata ada cahaya... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde makna nhas..book seat biasa cuma tmbh food and luggage

      Delete
  5. Replies
    1. Ke ada lg aci yg kedekot? (jeling SS)

      Delete
  6. ehehe kita bookmark laa page ni.. nak buat rujukan.. ehehe..

    ReplyDelete
  7. uish akak memang budget bebetul naaa.. CT kadang2 tu nekad gak nak jimat bagai..
    tapi bila dah sampai.. sendiri lebur ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duhet mmg takde..kang jd pengemis lak..Siti bw spare takpe

      Delete
  8. tapi CT pun rasa.. souvenirs elok gak borong banyak2 sket.. kdg2 ada je yg terlepas pandang. tp untuk families harus yang special n mahai2 sket..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..souvenir kena lebih..kot-kot tertinggal

      Delete
  9. salam
    kalau ke perth suggest stay di city atau freemantle?
    for couple travel. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm, elok di Perth city..sng nk cover attraction places

      Delete