Sunday, February 14, 2016

Perth - Part 11 Malam di Mandurah

train stesen Mandurah..train last balik ke Perth pukul 12 malam
banyak camar masih lum tido
Hari ni hari last di Perth. Esok pagi ku 6.40 pagi akan tinggalkan bumi Kangaru ni.
Tinggal beg kat hostel dan ke Freemantle untuk soping last kopek.
Balik dari Freemantle dah kul 6 petang, dah gelap tapi tetap lah gigih nak pergi Mandurah. Rupanya nak ke mandurah  ni jauh..dekat sejam jugak dalam train. Train lalu kampung, laut dan bukit bukau rendah dan agak la terpencil bandarnya. Jangan berangan nak pergi hottest club okeh.

Mandurah (/ mændʒərə / atau / mændʒrə /) adalah bandar kedua terbesar di Australia Barat, terletak kira-kira 72 kilometer (45 batu) selatan ibu negeri, Perth.

Bandar ini adalah tempat tarikan pelancong. Pusat bandar di tepi pantai adalah rumah kepada pelbagai hidupan liar termasuk ikan lumba-lumba, burung undan, shags, dan banyak hidupan laut termasuk ketam manna biru yang telah menjadi sinonim dengan kawasan itu. Bandar ini juga terkenal dengan laluan air yang protected, pantai dan aktiviti menaiki bot dan memancing. Ia adalah bandar pilihan pesara di Perth.


The Noongar (atau Bibbulmun) , yang mendiami barat daya Australia Barat, menamakan kawasan Mandjar  ("tempat pertemuan") di sini. Selepas penempatan Eropah namanya ditukar, mungkin disebabkan oleh salah sebutan, untuk Mandurah.

Pada Disember 1829, Thomas Peel tiba di Australia Barat dari United Kingdom dengan pekerja, peralatan dan kedai di atas kapal Gilmore. Beliau telah membiayai perjalanan dalam pertukaran untuk pemberian tanah di Sungai Colony Swan. Satu syarat geran adalah bahawa dia tiba tidak lewat daripada 1 November 1829. Beliau tiba lewat dari tarikh tersebut maka geran tanah asalnya telah dibatalkan. Bagaimanapun, Peel berusaha membina sebuah penempatan kecil bernama Clarence selatan Sungai Colony Swan pada apa yang dikenali hari ini sebagai Woodman Point.


Cara ke Mandurah ni:

1. Amik train line Mandurah, perjalanan dalam satu jam dari Perth (line 2)
2. Turun train, keluar dan amik bas 589/588 Mandurah Stn -Foreshore-Mansurah Stn (ke Peel Street)-15 minit dari train stesen
3. Turun di hentian Eastern Foreshore tu, yang byk restoren. Lintas dan boleh ke tepi pantai The Boardwalk and Cultural Precint tu. Ada visitor centre, taman tepi laut dan restoren seaside seperti kedai churro's, Cicerellos Mandurah dan jeti

Aku berjalan tepi laut, melalui taman tepi pantai, merasai hembusan bayu Teluk Mandjar..slow je memalam ni. Tengok manusia makan churros memalam, lepak tepi laut dan takdelah nak feel sangat bandar Mandurah ni, sampai pun dah malam. Takleh explore sangat, kedai pun banyak yang tutup kecuali restoren. Nak cuci mata tak dapek jugak.

Jadi kita jenjalan sambil tengok cahaya-cahaya lampu. Nak balik tu, tunggu bas depan visitor centre.


jeti untuk naik cruise

turun kat sini, kalau taktau tanya je driver bas tu

Cicerellos Mandurah


kawasan tourist kat sini

The Boardwalk

visitor info centre

kat jeti ni byk restoren dan kedai

camar berak byk kat jeti ni

wakau malam tetap meriah

usha bontot burung depan


San Churros









11 comments:

  1. perghhhh! Blog mak loading laju gilosss! 17%!

    ReplyDelete
  2. Camar ehhh mak? Camar???? Sastera jugakkkkk mak nih... ha ha ha..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... makkk... anak mak yg baru dtg melawat...

    Ehhh suka2 ati je dak ni...

    Hi hi hi...

    Hi sis tumpang singgah...

    Ikot sss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nhas..waalaikumussalam w.b.t..ooo anak mak yang terpisah yer..tenkiu singgah

      Delete
  4. best nyer g melancong.....tips yg bgus...good job..
    http://perniagaan-yuk.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. aaaaish rasa terpanggil haih nak pi Perth ehehe..

    ReplyDelete