Sunday, February 21, 2016

Perth -Part 11 Malam terakhir dan keberangkatan pulang

bas berhenti sini..terminal 2
Malam ni malam terakhir di Perth. Lepas balik dari Mandurah, pergi amik beg kat hostel dan terus ke Esplanade Busport.
Naik bas 380 untuk terus ke airport. Bas ni akan berhenti di Terminal 2. Jadi kena jalan kaki sikit sebab depan tu construction work in progress. Info bas 380 ke airport:

- Bertolak dari Esplanade busport terus ke airport directly, perjalanan dalam setengah jam/40 minit
Bas paling  awal jam 4.35am dan bas akhir jam 11.25pm  (Isnin-Jumaat)
 - Bas paling awal 5.25 pagi pada sabtu/ahad
- Bas akan stop di terminal 2

Then masuk ke airport, cari port landing. Flight akan bertolak ke KL esok pagi jam 6.40 pagi.
Tak ramai orang dan bolehlah nak tido terbongkang..takyah nak kepit-kepit sangat.

jauh jgk nak jalan dari tempat bas berhenti ke sini

airport waktu malam, lengang


kastam check pepagi

lebih ketat masa nak keluar dari Perth
Tidor kat atas bangku aman damai hingga jam 5 pagi. Selesa, tanpa gangguan dan boleh mandi solat semua.Then bila dah kaunter beg buka, drop baggage dan masuk pemeriksaan kastam. Kena isi departure card jugak seperti arrival card dan ada pemeriksaan badan dan baju serta barang-barang dalam hand luggage. Lebih ketat dari nak masuk.

bye Perth


Aku percaya Perth dalam masa beberapa tahun ni akan jadi bandar mahal dgn rancaknya tourism/business centre dia
Sampai kat Klia2, benda pertama lepas collect baggage adalah pi makan Kfc order macam orang gila. Lepas geram katakan.
Mana taknya, masuk MacD Perth kat Barrack Street tu order kopi je. Secawan kopi. Order guna android touch screen kat sana. Oklah sana tak ramai sangat nak beli fast food, kalo kat sini mau fengsan beratur nak order guna screen order tu.
Cara beli MacDonald kat Perth, beratur kat touch screen order tu, order apa yang ko nak, pastu amik kertas order yg diprint tu gi beratur kat kaunter pulak dan bayar serta pick up order. Kalo kat Malaysiaku tercinta.perghh jenuh tunggu orang depan nak mengorder.. dgn yg jenis lembab IT..jap dia buat salah order,back balik.. nak add on..boleh jadi gaduh okeh.

bayang kat sini order guna apps camni,pastu gi byr kat kaunter and pick up order..perghh bopa lama nak tunggu.. nak-nak yang lembab IT mcam Mak ni

lepas gian
Selalu bila kat tanahair tengok KFC pandang tak pandang, jelak makan ayam-ayam nih..bila dah jumpa ayam tak halal yang tak boleh makan baru nak menggelupur kempunan.
Ohh alangkah indahnya balik ke tanahair tercinta..baru rasa nikmat segala yang kita tak hargai.
Dimana pun ko pergi bila jejak kaki balik Malaysia, perasaan 'I'm home' tu adalah pengubat semua.
Semanis manapun perasaan di tanah asing, tidakkan sama dengan kelegaan home sweet home.

12 comments:

  1. Hari terakhir ada airmata x mak? Hi hi hi...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Makan..nasi lemak tapi tak puas..dasar perut naga

      Delete
    2. bhahaha samalah.. CT kalo time balik selalu rasa nak order dua set makanan sebab akan lapar gilaaaa.. one is not enough meeh..

      Delete
  3. Perghhh... Mak lapo... Kalah singa... Hi hi hi...

    ReplyDelete
  4. adeh Mak.. tekak rindu KFC rupanya eheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru seminggu dah buat teruk hehe

      Delete
    2. ehehe tapi betoi la.. bila da sampai balik tu memang feeling dia lain macam sket kat benda2 makanan kat Malaysia ni..

      Delete
  5. Entry yang menarik. Enjoy reading your blog. Try tak makan kaot Charcoal Chicken kat Perth ?

    ReplyDelete