Saturday, April 2, 2016

3D muzium Art Of Paradise Langkawi

Muzium yang terletak di Art In Paradise dalam Oriental Village Langkawi (sama dgn tempat kabel car). Muzium 3D yang mempunyai kira-kira 200 lukisan itu kini dibuka setiap hari kepada pengunjung bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang dengan harga tiket RM30 bagi dewasa dan RM20 kanak-kanak pemegang MyKad. Warga asing Rm38 dewasa dan Rm28 kanak-kanak. Lokasi dia dekat sebelah tepi belakang cable car tu.

Dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Muzium 3D Art of Paradise Langkawi di Oriental Village merupakan muzium seni tiga dimensi kedua terbesar di dunia.
Aku puji  pihak pengurusan yang sentiasa memajukan Langkawi ni..bukan setakat harap pantai dan tarikan lama-lama je tapi sentiasa je ada perubahan dan pembaharuan..barulah tak boring pergi Langkawi tiap tahun pun.

Art in Paradise Langkawi

 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi

Untuk info fakta, muzium ini memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi interaktif 1 dan 2, ilusi optik, akuarium, safari, klasik, fantasi, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.
Buat mereka yang tidak tahu lokasi muzium 3D ini, ia terletak di lokasi di mana anda mahu menaiki kereta kabel.

Foto Aksi Tun Mahathir di Art in Paradise Langkawi-

Saya suka nak kongsikan beberapa gambar aksi Tun Mahathir yang jarang-jarang kita boleh nampak untuk pembaca blog ini. Ada yang kata aksi Tun Mahathir di Art in Paradise Langkawi ni kiut sangat .. hoho ... :)

 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi

 Aksi Tun Mahathir Art in Paradise Langkawi
Dipetik dari:
Tun Dr. Mahathir memanglah kiut buat macam tu. Kalo mak ni? mau orang baling telur busuk.
Okey, jom tengok apa ada kat muzium ni. Muzium ni ada 3 tingkat dan besar jugak.
Nak masuk buka kasut yer, dan akan diberi plastik dan kad. Sebab? dalam ni lantai-lantai pun di cat sekali dan kena maintain keadaan cat tu. Hengat high heel ko tak jejaskan lantai tu? Cer try pijak high heel ko kat kaki orang, cer tgk jeritan camna dia keluar. Dan utk amik gambar ni, ada point yg dia bagi utk bg gambo gambar nmpk real dan ohsem. Berdiri kat pointer sticker yang dilekat kat lantai tu.

Memang real sungguh semua lukisan dalam ni..beratur kot nk amik gambar yg cun. Cuma Mak nak pesan..dalam museum ni..jika nak posing dgn lukisan-lukisan tu yang perlukan skil lakonan. Jugak perlukan sexy back. Serius!! sebab byk gambar memerlukan ko berpusing dan tunjuk body dari belakang. Banyak angle yang memerlukan skil pusingan 90-160 darjah.
Jika body cun memang takde hal..tapi jika demok mcm aku..gambar jadi tak bopa cun.
Jadi jangan kecewa okeh jika masuk dlm ni tak seperti yang diharapkan.

entrance Oriental Village

Senang Langkawi ni..attraction di pusatkn..sinilah kabel car, 3D museum dll


Oriental Village Mac 2016
Entrance

kaunter tiket

rega tiket







cita-cita nak ke mesir lum tercapai..dpt tgk ni jadilah 
cat penuh ke lantai


Monalisa harus ada..barulah namanya seni


Einstein

genie in bottle
keluar muzium ada kedai sobenir..then ada cafe

ni kafe selepas keluar muzium..ada snack food seperti crepe durian dan sandwich

food yg ada
Memang terbaiklah art muzium ni..rugi sapa yang jejak Langkawi tak pi.
Lukisan yang sgt hidup, kagum dowh.
Memang berbaloi-baloi dgn harga tiketnya.
Dekat cafe ada signage ala "I am Amsterdam' tu..
tak berapa sesak sb awal pagi

orang beratur nak naik cable car punyalah ramai

20 comments:

  1. waahhhh langkawi dah ada menda alah art 3D ni...
    cayalah...
    saya suka saya suka ...

    haritu main kat de Curve...

    pastu tengok kawan ada ambik gambar 3D ni kat ipoh kot - tapi tak tau kat mana...

    ada rejeki p langkawi nak singgah ni ... Insya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah ada CML oiiii..mai cepat

      Delete
    2. Kali akhir g langkawi 2011... hihihi... pastu insaf x nak g dah sebab kita bantai borong coklat bnyk2 melantak sampai gemok... huhuhu

      Delete
  2. nanti nak pi jugaklah sbb tgk 3D dia ohsem sungguh.. serius nampak real..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt real..dan besar pulak tu lukisannya

      Delete
  3. Comey je Tun kan.. Moga Allah sentiasa merahmati Tun.. Amin

    ReplyDelete
  4. wow sexy back.. kena rajin pi gym dari skrg ni.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Dah banyak kali SS nengok orang pegi 3D museum dalam dan luar negeri mak... Tapi... Nape sampai skrg SS belum jejak kaki lagi mak? Why? Wny? Tell me Why?
    * Matikk laaaa Mak jadi kaunter pertanyaan.. ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS mengada-ngada tau..pdhal SS kn org seni..mestilah appreciate seni tu lebih dari jiwa kayu mak ni haaa

      Delete
    2. SS layan mural jalanan jek mak... Nak masuk entrance tricky tu tak mampu...
      * Buat2 kesat airmata... he he he..

      Delete
  6. Cer sesekali mak tepek gambo mak posing melampau... atau aksi ghairah... kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ye mummy sokong... hahahhaa komen beransur hasutan.. hahaha :p

      Delete
    2. Haha...takut pc meletup nanti..nnti semua merecik, payah..amboi mummy..babap kang sokong sgt SS tu

      Delete
    3. Cepat Mak tepek muka mak yg vogue tu... Jangan nak sorok sangat...

      Delete
  7. baru ke tempat ni.. Tun M memang sportinglah..

    ReplyDelete
  8. betul tu.. bagus Langkawi ni.. macam2 diorang buat untuk tarik pengunjung sentiasa rasa nak pegi. tapi kalo CT sampai HIG dahla.. cekelat je ehehe..

    ReplyDelete