Monday, October 31, 2016

Caj perkhidmatan penumpang airport KLIA dan klia2 yang baru pada 2017


MAVCOM umum kadar baru Caj Perkhidmatan Penumpang

MAVCOM umum kadar baru Caj Perkhidmatan Penumpang
Gambar fail: Foto diambil pada 11 Disember 2014 menunjukkan seorang pelancong sedang melihat papan maklumat di KLIA. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memperkenalkan caj perkhidmatan penumpang (PSC- passenger service charge)
yang baharu dan lebih rendah untuk penerbangan ASEAN.

Bermula 1 Januari 2017, PSC akan dikurangkan daripada RM65 kepada RM35 untuk setiap penumpang dalam penerbangan ke mana-mana destinasi ASEAN dari semua lapangan terbang utama di Malaysia.

Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang memperkenalkan kategori PSC ASEAN dan pengenalan ini dijangka akan meningkatkan pergerakan trafik keluar dan masuk dari negara-negara serantau.

Dalam masa yang sama, MAVCOM akan mengambil langkah secara berperingkat untuk menyelaraskan kadar PSC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dalam usaha menggalakkan persaingan.

Secara permulaan, PSC ke destinasi domestik dan ASEAN akan sama rata di KLIA dan klia2, di mana PSC di kedua-dua terminal dipinda kepada RM11 bagi penerbangan domestik dan RM35 bagi penerbangan ASEAN.

Bagi penerbangan antarabangsa (kecuali ASEAN) pula, kadar PSC semasa di KLIA dan klia2 adalah RM65 dan RM32. Ia akan dipinda kepada RM73 dan RM50.

ASEAN dari semua lapangan terbang utama Malaysia
PSC Semasa dan baharu

Kedua-dua pindaan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 dan hanya akan dikenakan kepada tiket yang dikeluarkan pada dan selepas tarikh tersebut.

Tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Januari 2017 tidak dikenakan kadar baharu walaupun tarikh penerbangan dijadualkan pada atau selepas 1 Januari 2017.

Menurut MAVCOM, caj lapangan terbang penumpang di Malaysia kekal antara yang terendah di peringkat serantau dan global walaupun selepas pindaan dilaksanakan.
Dalam pada itu, MAVCOM berkata semakan terhadap PSC akan dilaksanakan dalam masa setahun dengan tujuan untuk penyamarataan kadar PSC yang lengkap.

Kali terakhir PSC disemak adalah pada 15 September 2011.

di petik dari http://www.astroawani.com/berita-bisnes/mavcom-umum-kadar-baru-caj-perkhidmatan-penumpang-121055
_______________________________________________________________________

~ Passanger service charge adalah airport tax, yang dikutip oleh syarikat penerbangan kepada setiap penumpang dan sebab itulah sebelum ini Air Asia buat rayuan untuk batal cadangan naikkan cukai lapangan terbang kat sini sebab tiket flight akan jadi lebih mahal.

~ bak kata orang yang dengki kat geng travel ni, sebelum ko pergi labur duit kat China, Vietnam dan Bandung nun, ko labur la dulu kat negara sendiri. Bayor cukai airport, cukai penumpang tu dan segala benda barulah pi soping kat tempat lain. Masalahnya den dah ponat bayar segala mak nenek cukai tu dan harga barang dalam negara tak semurah Vietnam/Indonesia atau obersi pun! 

32 comments:

  1. Jay Emm baru je forward psl PSC ni kat SS pagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org minat travel mmg cepat sgt alert benda2 camni 😬

      Delete
  2. Bermakna tiket AA dah tak jadi ticket termurah laa eh... Sebab dah ada PSC... Gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ye..byk tiket akan naik harga lepas ni..dulu caj tak sama di klia dan klia2 tapi sekarang nak disamakan sebab katanya service sama jgk di kedua epot tu

      Delete
    3. Servis sama tp servis dlm fligt mas lagi terbaik seat pun luas ada leh layan video lagi..air asia pe ada? Adeh! Kalau la mas leh bg harga murah

      Delete
  3. Mak nak tahu tak mak... Sejak dah pandai travel sendiri... Jangan harap laaa SS nak sopink barang kehendak kat Malaysia... Orang kaya je sopink kat malaysia ni... Org semekin mcm SS ni... Bawak 100 henget after conversion boleh beli byk brg berkualiti di luar negara... Kat Malaysia? Nan hado... Bukan nak buruk kan negara sendiri... Tapi HAKIKAT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kt negara maju kalo makanan asas murah dan baju bajan memang murah..kat sini makanan asas mcm tepung,beras pun mahal..baju bajan lagi la mahal..semuanya mahal tapi gaji kecik!

      Delete
    2. Barang kat Malaysia ni banyak barang china... Tapi... Yang hampas2 ciplak je untuk org Malaysia... Kalu Mak ke China... Even barangnya ciplak... Perghhh! Berkualiti bafuck! Sebijik sejibun ciplak tapi tak nampak ciplak! Kopikucing habis! KAh Kah Kah..
      * Copycat = KopiKucing... Ha Ha Ha... Saje nak provoke Mak pegi China jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

      Delete
    3. Kahkahkah sebab tu sayur kobis pun boleh kopikucing yek? nanti lah tunggu hati mak sejuk sikit dan duit penuh balik baru berani nak apply visa tu..ku takut lebur Rm180 lagikk

      Delete
    4. tak mampu nak pergi lah macam sss...

      kirim ye lenkali kalau pergi...

      hihihi

      Delete
    5. Kalu mak nak tahu... buahan dan sayuran china tu... perghhh! Segar giler taw... Sepanjang kat Shanghai dan hangzo... we'ouls pulun buah! Especially buah limau! Bila makan melekat mulut pon bau limau... sikit pon x de bau tembikai! Kah kah kah... hadoiii!!! Saje nak bako lagi mak! Ha ha ha...

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. Limau raya cina tu ke..pergg patut depa kulit santek2..buah fresh n sedap murah..haaa bakor la berasap-rasap lps ni mak ejas JM hehe

      Delete
    8. Ahhhh! Tak kira! Nak paksa gak Mak pi China!

      Delete
  4. Minyak naik semua naik... Rakyat pon naik... naik hangin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni semua benda nak kena caj..dgn kutip gst lagi..memang cekik darah betul. Kalo kita selalu travel dan compare dgn negara lain memang kita nak memaki bafuck jgk la kan

      Delete
    2. China jgk terbaik dari segi harga brg kualiti pun bagus. Mak nak tahu x, kaalu JM beli handbag kat msia x de pin org puji cantik tp bila pegi beli kat obersea ramap pulak menegur..cantiknya bag beli mana? Hatyai, china! Mak rasa? Dah la murah cantik plak tu...msia? Cekik dara

      Delete
  5. ASEAN je murah ye mak... oo ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asean je lah yg turun..yg domestik dan international semua naik. Lps ni gi Asean je lah jwbnya

      Delete
    2. Eh klu kat klia2 pun..asean naik jgk..dari rm32 ke rm35

      Delete
    3. Nak pi myanmar kena visa jugak... cam malas laa pulak... acaner?

      Delete
    4. Visa myanmar lg mudah dr visa china kannn...bg JM yg buat hehe

      Delete
    5. Ahaksss kalau nk minta tlg buat boleh kasi upah

      Delete
  6. adeh, boleh main asean je la lepasni

    ReplyDelete
  7. Mencik laaaa pasni dah x leh ligat travel cam selalu biasa setahun paling sikit 4 destinasi mulai thn 2018 mgkin tggal 1 destinasi je setahun huhuh sedih!

    ReplyDelete
  8. Kena ikat perut lah pasni semua brg naik minyak naik nak travel lg huhuh kadar matawang naik baru verangan nk pegi europe higuh simpzn angan2 bwh tudung salji la pasni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..makin lama makin jatuh Rm kita..yg heran awai Bath tak jatuh pun mcm ni kalo betul mmg ekonomi sedunia lembab

      Delete