Backpack Medan- Dari Penang ke Medan Indonesia

Perjalanan bermula jam 6.30 petang dengan Air Asia.
Imigresen kat Penang epot ni boleh tahan garangnya..ni first time aku naik dari Penang..selalu kat klia jek. Jangkaan penerbangan ke Medan hanya dalam 30-40 minit je. Dekat.


Lepas check in semua nak masuk flight ada jugak drama staf AA kena marah dengan passenger sebab tak bagi dia bawak beg lebih. Staf tu siap timbang kot beg nak bwk nek flight. Ngeri jgk aku sebab selalu takde pun strict macam tu. Aku dah le tak amik luggage. Standard arr kalo bab maki/harass staf ni bukan bangsa kita..bangsa apa lagi kalo bukan bangsa yang harass staf MBSA tu. Orang melayu ni payah sikit la nak marah bising dan kurang ajar..kita kan berbudi bahasa lebih dari bangsa tu.

jambatan kedua penang
Bandar Medan dah bercahaya walau baru pukul 6 ptg lebih

dah sampai medan

dah sampai airport Kualanamu Medan
visa on arrival indonesia form

Selepas dalam 30-40 minit penerbangan, sampai ke Kuala Namu airport. Suasana dah gelap dan sejuk. Lepas keluar dari aerobridge tu, terus beratur untuk stamp passport. Imigresen akan minta tiket flight balik untuk semak. So print la sesiap boarding pass tu kalo nak ke sini.
Lepas cop passport, luggage scan dan pergi isi borang visa on arrival. Then serah pada imigrasen yang berdiri tunggu kat exit way tu. Mudah je, tak strict pun.

Keluar dari airport, terus nampak signage stasiun kereta api bandara..so masuk ke sini untuk naik keretapi ke bandar Medan. Jarak perjalanan dari airport ke bandar Medan dalam 40 minit perjalanan.
Saja nak merasa naik train, esok dah nak naik bas pulak. Sebenarnya naik bas lagi murah.
Harga tiket train Railink ni adalah Rp 100,000 seorang (Rm 33). Semua masih nampak baru dan bersih.
Medan adalah kota ke-3 terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya terletak di Sumatera Utara.

airport besar dan canggih.

keluar airport ada stesen keretapi untuk ke bandar Medan

jalan dari airport ke stesen keretapi ni dekat je dalam 10-15 minit

kaunter beli tiket ketapi

beli tiket kat sini

bau kedai stesen ni

jadual masa keretapi dari Airport-Medan city dan sebaliknya
stesen train ni luas..replika istana maimun di pamerkan dalam ni

suasana dalam stesen

dah beli tiket tunggu time dan scan masuk ke dalam ni macam touch LRT token tu

semua nampak baru
tiket train Railink

tukaran duit Rupiah ke RM..sekarang lagi turun ni
So, kos untuk hari ni bagi seorang backpacker ialah :
- Tiket Railink : Rp100,000 (Rm 33)
- Becak : Rp20,000/2 = 10,000 (Rm 3.3)
- Hotel : Rp 150,000/2 =Rp 75,000 (Rm 25)

Jumlah untuk hari pertama : Rp 185,000 (Rm 61.3)

Comments

  1. tu airport penang eh..lain jer..

    ReplyDelete
  2. Airport & train Medan ni cantik!

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan mudah navigate dr airport penang

      Delete
  3. Wow. Nampak begitu baru dan menarik.

    ReplyDelete
  4. Mujur dh baca entri terkini.

    Bab toilet tak ber peluntur tu...


    Errrr... krik krik krik...

    ReplyDelete
  5. harommm jek perangai smpi kena timbang bag... malaysia je pon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah SS..dari medan nasib x kena..dh la mak bwk brg byk

      Delete
  6. ketat sendat naaa airport medan ni... siap nak tix balik lak... macam laa org nak tinggal medan tu sgt... nyampah jek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia takut kita kena hembus dgn cowok medan..hehe

      Delete
  7. stesen tu bau kedai ke bau kilang mak? ha ha ha

    ReplyDelete
  8. nape diri ku merasakan Rm 61.3 tu mahal... sebab duhet mesia tak laku... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..apa nk dikata..mmg redho dgn rm yg merudum tu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam