Saturday, February 27, 2016

Backpack Australia- Perth itenary dan kos


Di bawah ni aku senaraikan breakdown bajet yang selalu aku buat sepanjang travel nih.
Sebagai pengembara yang bercita-cita tinggi nak keliling dunia tapi duhet tak bopa nak mengizinkan maka memang kena selalu alert dengan pecahan bajet setiap kali travel. Yang ni more or less aje, jadi agak-agak je.

Sunday, February 21, 2016

Perth -Part 11 Malam terakhir dan keberangkatan pulang

bas berhenti sini..terminal 2
Malam ni malam terakhir di Perth. Lepas balik dari Mandurah, pergi amik beg kat hostel dan terus ke Esplanade Busport.
Naik bas 380 untuk terus ke airport. Bas ni akan berhenti di Terminal 2. Jadi kena jalan kaki sikit sebab depan tu construction work in progress. Info bas 380 ke airport:

- Bertolak dari Esplanade busport terus ke airport directly, perjalanan dalam setengah jam/40 minit
Bas paling  awal jam 4.35am dan bas akhir jam 11.25pm  (Isnin-Jumaat)
 - Bas paling awal 5.25 pagi pada sabtu/ahad
- Bas akan stop di terminal 2

Then masuk ke airport, cari port landing. Flight akan bertolak ke KL esok pagi jam 6.40 pagi.
Tak ramai orang dan bolehlah nak tido terbongkang..takyah nak kepit-kepit sangat.

Sunday, February 14, 2016

Perth - Part 11 Malam di Mandurah

train stesen Mandurah..train last balik ke Perth pukul 12 malam
banyak camar masih lum tido
Hari ni hari last di Perth. Esok pagi ku 6.40 pagi akan tinggalkan bumi Kangaru ni.
Tinggal beg kat hostel dan ke Freemantle untuk soping last kopek.
Balik dari Freemantle dah kul 6 petang, dah gelap tapi tetap lah gigih nak pergi Mandurah. Rupanya nak ke mandurah  ni jauh..dekat sejam jugak dalam train. Train lalu kampung, laut dan bukit bukau rendah dan agak la terpencil bandarnya. Jangan berangan nak pergi hottest club okeh.

The Sun Sets on Backpacking in Turkey-bootsnall article

 By Meghan MacIver   |   August 7th, 2012   |  
images-bootsnall

The sun is setting in Fethiye, a small town in the south of Turkey, as boats bob gently on the water under a backdrop of small green hills. Travel season is kicking off here, and some tourists are quietly taking in the view. Through the silence, a few of them start chatting amongst one another.
“They don’t even have alarm clocks”, says a young woman from Canada. “And their showers really suck.”
Another tourist nods in agreement. They are complaining about the sparse accommodation, something that has become common parlance in the new era of budget travel.

Kedai kain dan baju sekitar Ho Chi Minh

Kedai independent.
Bukan di pusat bandar.

Saturday, February 13, 2016

Arked Niaga Padang Besar

Arked Niaga Padang Besar Perlis ni memang popular bagi negeri paling comel ni.
Hari tu ada tetamu dari selatan datang so kita bawak dia ke sini..perghh rambang mata dia memborong tak cukup bonet.

Di Padang Besar ni terkenal dengan barang buatan Thailand, buahan dari sana seperti guava hijau tu, kalo malas nak pergi Hat yai datang je sini. Beras pulut susu, beg/tangan/ backpack segala mak nenek semua ada. Pulut ayam pun best kat sini.

Yang terkenal kat sini seperti juga Pengkalan Kubor iaitu:

1. Makanan basah/kering- buahan segar dari siam(jambu, mangga, limau bali), beras pulut susu, biskut, coklat, kuih kering, ikan bilis, teh, pes masakan, dan byk lagi
2. Produk kecantikan- sabun beras (mandi satu badan kasik putih macam Elizbeth Tan), krim muka, lipstik dan pelembut sabun basuh baju. Murah gila sabun beras kat sini.
3. Pakaian- Kemeja, t-shirt polo tu, seluar Aflin Shauki, segala pesen ada
4. Beg- yang ni best tengok- henbag, backpack, beg sekolah, beg comel, beg syiling semua ada. Karung guni kalo nak pun boleh
5. Cadar/toto/bantal/-semua jenis hiasa rumah ada yang berkaitan bedding nih
6. Periuk/belanga/pinggan/acuan kuih- beli borong byk-byk tapi buatnya idok ler kiah oiii..buat cerita kat orang ajoooo
7. Kerongsang dan sobenir- agak popular jgk..ada FM Thailand, jadi takyah gi sana pun.. dapek jo ko nak borong sini takyah cop passport dah.

Jika nak parking masuk sekali Rm3 dan memang sesak waktu cuti sekolah/public .
Medan niaga ni ada banyak kawasan bangunan, yang agak buruk tu untuk jualan makanan kering, buah dan produk Thailand. Hanya satu floor aje dan agak usang.
Sementara yang dekat parking tu jual periuk, toto, cadar dan hiasan rumah (paling bawah dekat parking kereta)
Satu lagi arked niaga yang mana kompleks menjual kain baju, beg-beg, kerongsang, kasut dan lebih elok keadaannya dari yang lain. Yang ni besar 3 tingkat.
Then ada lagi deretan kedai jual beg-beg depan kompleks besar tu.
Kawasan perniagaan ni dibuka dari pagi (dalam kul 9 pagi hingga lewat petang) dan beroperasi setiap hari.

kawasan niaga utama

Tuesday, February 2, 2016

Perth- Part 10 Marayau di CBD Perth

Balik dari Caversham, masih awal petang. Jadi kita ronda-ronda dulu dekat Forrest Place dan Hay street tu.
Lepak dekat depan mall situ dan terjumpa sorang perempuan Aussie ni, bangsa Croatia.Tak larat gelak aku bersembang dengan dia ni..sambil layan live band depan butik-butik mewah tu.
Georgia namanya, dia siap bagi nombor henpon dan alamat umah dia kat kami..aku bagi sobenir duhet Malaysia kat dia. Dia cakap Perth tak macam dulu, sekarang barang-barang semua dah melambung harganya.
Seronoknya melepak petang-petang kat sini, tengah layan perempuan tu, datang pulak uncle Malaysia yang nak join grup kami. Uncle Chin ni datang melawat anak dia kat Perth ni, nampak kami terus cakap Melayu. Rindu Malaysia dah la tu.
Kebetulan masa tu Margeret Factory buat promosi yogurt, dapat free..apalagi amik sorang 2,3 bekas makan sambil gossip.