Monday, May 16, 2016

PattaniThailand - part 4 Dari Pattani ke Hat Yai

Prince Songkhla University Campus Pattani
Pagi ni ronda kawasan kampus PSU ni dan meriah la pepagi dengan gerai makanan.
Dan pagi ni kena gerak ke Hatyai. Jadi dari bandar Pattani kena ke terminal bas dan agak jauh jugak la sebab terminal ni terletak di pinggir bandar. Kena amik tuktuk nak pergi sini.

Saturday, May 7, 2016

Restoren Tok Keramat Jitra

Restoren ni memang femes kat area Jitra dan kawasan sekitar.
Terletak dekat NAT (nat tu adalah pasar pagi bagi orang Kedah) Tok Jalai, restoren ni murah dan jadi tumpuan orang ramai. Banyak lauk seperti gulai utara, gulai kawah, ikan/ayam bakar, ayam goreng rangup, ulam-ulam dan sambal ada. Dan gerai western, roti canai, ice cream, durian crepe semua ada. Puding dan cake pun ada.
Self service, lepas amik nasi lauk, bawak ke kaunter dan bayar. Air ais kosong percuma. Then, pergi kaunter minuman dan ambil air. Bawak family datang berbaloi la..sebab murah berganda dan puas makan.
Restoren ni jugak amik tempahan katering dan kenduri.

ni restorennya

anak boleh usha ikan

tempat parking byk jugak
Then, jom masuk tengok makanannya dan suasana dalam.
Meriah tau kedai ni..lauk sentiasa diganti baru dan panas-panas.
luas dan byk meja

ada kiosk jual western, ice cream, durian crepe dan laim-lain


kiosk western

buffet..amik lauk dan beratur kaunter bayar

banyak lauk utara, gulai-gulai dan kari

gulai kawah
Ni kurma daging

pusing 40 kali rambang mata nak pilih lauk

ulam-ulam

keli bakar, kembong bakar dll

ayam bakar, ayam goreng..semua sedap


lepas pilih gi kaunter bayar..air ais kosong free

nasi ni semua campur limau ais dan air free adalah RM20..murah tak?? sedap oiii makan kat sini..meletup selera.

Jalan Tok Keramat(Jalan Ilmu), Kg Tok Keramat, 06000 Jitra, Kedah, Malaysia
Telefon:019-476 7388
Waktu:
 7:00 PG – 5:00 ptg

Tuesday, May 3, 2016

Pattani- part 3 Malam yang lengang

Lepas pergi masjid, kami lepak kat tepi Sungai Pattani tu, tempat tumpuan area tu. Ada menara jam, wat buddha, macam promenade di tebing sungai. Ramai jugak budak muda melepak. Fesyen pakai kopiah dok kat bangku dan pegang tangan awek kat sebelah. Mana nak cari.
Pasar malam tak dan pergi, dah tutup pulak. Rugi..

menara jam tepi sungai

kawasan jambatan

gila banyak CCTV sini..jangan buat pasal


tempat dating sini
tuk tuk merah

Sunday, May 1, 2016

Pattani part 2 - Central Mosque Pattani


Pattani (Thai ปัตตานี, Tulisan Jawi: ڤتتاني) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand yang terbentuk hasil pemecahan Kerajaan Pattani. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala selatan tenggara ikut jam) adalah NarathiwatYala dan Songkhla.
Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Patani Darussalam atau Patani Raya.
Pada asalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang merdeka. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 di tangan Burma, Dinasti Chakri yang baru ditubuhkan dan berjaya menghalau penjajah Burma dari Siam, menaruh minat untuk meluaskan pengaruhnya ke selatan termasuk Patani. Serangan pada tahun 1785 berjaya menakluki Patani.