Wednesday, June 29, 2016

Restoren Redhza Bukit Kayu Hitam

Berkesempatan berbuka kat restoren Redhza Bukit Kayu Hitam hari tu.
Restoren ni kira popularlah area sini, menyajikan masakan Thai. Terletak dekat masjid Bukit Kayu Hitam dan tempat driver-driver treler lepak lepas masuk/keluar dari Danok.
Jika nak kesana, sampai simpang empat balai bomba tu (sblm UPP checkpoint) amik kiri. Terus je, jumpa masjid dan lepas tu jumpa simpang belok kiri.
Sebelum ni aku selalu jugak makan kat sini, siakap stim sedap, tom yam pun syok. Tapi ini dah agak lama tak singgah, teringin jugak bulan posa ni nak berbuka sini.

Menu yang order simple je, sebab bersederhana katakan..jadi makan ala kadar je okeh.
Menu yang di order adalah:
- Nasi putih
- Tom Yam Campur
- Som Tam mangga
- Siakap 3 rasa
- Kailan Ikan masin
- Telur bungkus
- Jeli Kelapa
- Jus tembikai

ini restorennya..dalam deretan rumah kedai yg agak usang

Monday, June 6, 2016

Ramadhan 1437h

Salam Ramadan untuk semua..semoga semua baik-baik saja untuk kita nikmati bulan berkah ni.

Sebagai seorang pemakan tegar, den bukanlah nak post entry ala imam muda kan, tapi kita nak tunjuk apa yang masuk perut hari pertama puasa tahun ni. (buruknya perangai).
First day mestilah berbuka dengan sanak sedara baru upmmh dan meriah.
Menu ada yang di beli tapi mostly food with love gitu.

menu pertama, Mee Kari 
sangat sedap mee kari ni, guna rempah faiza dan kakak den yg buat..lazat mee ni, sekelip mata dah licin