Tuesday, August 16, 2016

Ole-ole yang harus di beli di Hatyai dan Songkhla/Danok

kedai sekitar Dannok..buah, pes tom yam segala dan beras pulut susu
Disini aku senaraikan barang-barang yang wajib uolls beli jika datang ke sempadan Thailand ni.
Kalo tak beli, dahhh jangan berangan nak melangkah masuk balik ke Bukit Kayu Hitam nun.
Buang karan sajork.

Monday, August 8, 2016

Chalet Segantang Garam Merbok Kedah

Chalet ni terletak di Merbok, Kedah. Chalet terapung dan agak terpencil kawasannya, jadi prepare sesiap kalo nak pergi semua bahan makanan, ubat dan lain-lain. Jalannya kena lalu tali air dan tepi paya bakau.
Oleh kerana aku teramatlah malas skrg nk update blog, maka aku copy info dari google ni.
Aku menginap di chalet ni semasa buat family day hari raya lepas..memang meriah dan happening..dgn ada kaum kerabat yang memancing, dapat byk jgk ikan sederhana besar dan buat bbq sekali. Cuma sesiapa yang ada pening dgn jalan atas air tu..memang tak dapek nk nolong. Aku pun lepas balik dari chalet ni rasa 'terapung' jugak sehari dua. Sb dgn ayunan air surut pasang dan angin tu buat ko terbuai-buai.