Wednesday, April 19, 2017

Dari KL ke Vietnam dan Noi Bai ke Old Quater Hanoi

Permulaan backpack Hanoi dengan boarding flight dari klia2 ke Noi Bai airport yang mengambil masa lebih kurang 3 jam pada jam 6 pagi dan sampai jam 8 pagi di Vietnam.
Untuk flight ni, aku takde amik seat ke apa, amik meal dan luggage share. Harga tiket dalam Rm200 seorang.
prepare utk landing di Noi Bai..berkabus

airport besar dan luas jugak
 Sampai je airport terus pergi cek imigresen, tak payah isi borang apa. Pergi dekat fast kaunter yang ASEAN Pass punya. Senang je prosesnya. Lepas cop pasport, turun eskalator untuk collect beg.
Then ko akan nampak macam barrier yang tertulis declare barang larangan atau yang bawak duit lebih USD30k.

Jadi ko lalu terus keluar airport je, tak payah nak beratur cek kastam macam kat Malaysia. Maknanya lepas collect luggage boleh terus keluar. Senang dan mudah.. tak ketat macam klia2.
Noi Bai ni ada 2 terminal- satu untuk domestik di Terminal 1 dan antarabangsa di Terminal 2.
Keluar airport je cuaca sejuk terus menyapa. Suhu masa tu adalah lebih kurang 18 celcius. Sejuk dan best.

sebelum cop pasport lalu sini dari aerobridge

dah sampai..alhamdulillah
Lepas keluar dari airport, dok pikir jugak nak naik apa ke bandar. Taxi semua ada dan kalo tgk wikitravel ada bas tapi macam lambat pulak. Then, aku nampak ada shuttle bas airport yang bergerak dari terminal 2 ke terminal 1 (domestik) dan dari sana banyak transport untuk ke bandar Hanoi yang berada dalam 45 kilometer dari airport.
Jadi aku naik shuttle bas free dari terminal 2 ke terminal 1. Sampai terminal 1, turun tangga sebelah kiri ikut orang reramai tu, dan kat bawah ada minibas menunggu penumpang untuk ke Hanoi.
Driver akan tanya ko nak turun kat mana, dan cakaplah nak turun kat Old Quater.
Tambang minibas ni dalam 40k dong (Rm8) seorang dan perjalanan dalam sejam jugak dengan kesesakan jalanraya.

yang ni dekat terminal 1..turun bas depan terminal 1 dan terus turun tangga ke bawah

turun tangga ni untuk amik minibas ke Old Quater

ini rupa minibas nya..tambang 40k vd.

seat gila sempit..depa semua kurus tak gemok macam kita

kesesakan jalanraya Hanoi


Sampai je di kawasan Old Quater, minibas tu akan drop tepi jalan. Dekat kedai jual lukisan dan barang seni. Dah nama jajahan Perancis, jadi kota Hanoi seharusnya ada pelbagai hasil seni untuk pelancong bak Paris katanya.

ni lah jalan yang minibas akan drop di Old Quater

banyak kedai lukisan, ukiran dan memang di jalan utama

Sunday, April 9, 2017

Backpack Hanoi February 2017 intro


Backpack ke Hanoi, Vietnam adalah salah satu impian aku yang dah lama.
Impian kerana selalu negara ASEAN ni ko takdelah nak berimpian sangat nak pergi, tapi sebab bajet sengkek tak mampu nak pergi Eropah maka negara serantau pun jadilah. Tapi Hanoi ni lain dari negara ASEAN yang lain. Kerana apa adik-adik??? cer jawab kalo bijak.

Ya betul, jawapannya kerana CUACA. Iklim Hanoi sejuk, nyaman dan feeling mild winter kat Eropah. Hanoi berdekatan jugak dengan sempadan China jadi angin sejuk dari sana memang dibawak ke sini. Aura Eropah terserlah di celahan bangunan zaman kolonial jajahan Perancis ini. Kalo kat tanahair memang terasa aura British tu bila lalu kat kolonial building di Penang tapi taksama sebab cuaca Hanoi sejuk dan nyaman yang lebih feeling.

Dan impian backpack aku ke Hanoi adalah kerana nak ke Sa Pa, Lao Cai.(sebutan lao gai).
Di Sa Pa ni pernah turun salji dan bandar ni terletak nun di atas awan. Dah lama aku plan nak backpack ke Sa Pa ni cuma tunggu tiket murah datang menjengah dan timing baik.

Jadi sapa nak feeling sejuk tu, bolehlah datang Hanoi ni tapi make sure pada bulan Disember-February. Sejuknya memang mengalahkan Cameron Highlands kuasa seribu. Kalo waktu lain tu baru nak datang, elok ko cium ketiak hangit sendiri je kat KL nun.
Jadi mak pun bolehlah nak bawak sweater sejuk bulu dan mafla tu. Dan pakai boot. Heh.
Konon Kim K.


ini lah SaPa, bandar atas awan di pergunungan
Jadi aku book tiket pada 20 February 2017. Tiap hari check weather sejuk lagi ke tak kat sana, punyalah jakun nak feeling winter sangat. Masa aku dok check tu, suhu dalam 12celcius. Memang sejuk la .dah agak maybe boleh bajet macam kat Istanbul.

Nak pergi bulan Disember tu, aku dah ke Medan. Nak pergi bulan January, anak sibuk nak sekolah. Pilihan yang ada bulan Februari, itupun tiket pergi aku burn kerana ada masalah yang tak dapat
di elakkan. Hangus la Rm200++. Apa nak dikata. Risiko amik tiket awal gitu la.
Jadi amik tiket lain yang di lewatkan sehari, nak tukar tarikh tiket, lagi mahal macam nak pergi Alaska. Baik amik tiket baru. Nasib baik tiket baru ambil one way tu tengah promo..lega.
Cuma kuranglah sehari aku kat sana.

Dan tiket lama tu aku just book seat je, tak amik luggage, meal dan insuran so burn pun takdelah sampai terbakar jiwa raga. Sebab tu kan kalo kita book tiket awal setahun semasa promo AA free seat, amik seat je dulu. Setahun lagi tu taktau apa nak jadi. Tah hidup atau dah mati. Jadi burn pun takdelah rugi sangat. Aku dah serik amik semua all in awal-awal.
Macam-macam masalah nak pergi travel pun. Kucing, hamster, ikan laga, bos dan semua nak kena ambil kira. Dugaan backpacker veteran macam ni lah. Bukan senang nk tinggal ayam itik kat blkng umah tu.
 Tak cukup masalah visa China aritu. (dendam tak abis lagi).

Untuk ke Hanoi ni, aku memang langsung tak study. Redah style. Aku print wikitravel Hanoi, Sa Pa/ Lao Cai dan sedikit maklumat asas. Nak baca pun tak sempat.. jadi guide tu aku baca masa tunggu boarding. Hotel ke, train ke semua nak terjah. Berdoa semoga dipermudahkan.
Travel ikut hati, ikut mr.instinct dan ikut suka.
- '' instinct: the way people or animals naturally react or behave, without having to think or learn about it''

Jadi mari kita backpack ke Vietnam dengan misi menikmati musim dingin di pergunungan.
Ha long bay ke, Dong Xuan market ke semua aku tolak tepi demi Sa Pa valley ni.
Ini kali kedua aku jejak Vietnam selepas memborong di Ho Chi Minh dulu.
Dan aku sangat yakin Hanoi adalah lebih charming dari Ho Chi Minh.
Dan ternyata ramalanku benar belaka.


Wednesday, April 5, 2017

Backpack Medan- Itenary dan kos backpack ke Medan 4 hari 3 malam

masjid Raya
Danau Toba

Assalamualaikum,

Untuk entry last backpack ke Medan, Indonesia kali ni aku akan bentangkan kos sepanjang backpack aku ke Medan, Indonesia selama 4 hari 3 malam. Itenary taklah pack, aku hanya pergi ke tempat yang memang landmark iaitu Danau Toba dan Berastagi sahaja.

Yang lain-lain tu di bandar Medan seperti Istana Maimon dan masjid Raya. Istana Maimon berbaloi jika masuk, banyak sejarahnya . Bayaran masuk 5,000 rupiah je dan katanya memang lawa kat dalam.
Cuma ritu aku tak sempat sebab last day dan kalut nak beli buah tangan.
Selingan adalah jenjalan cuci mata di Parapat, mall di Medan dan makan minum di restoren Minang.

Tempat menarik yang boleh kita lawat kat Medan ni banyak jugak macam temple-temple tu, mendaki gunung, trekking dan lain-lain. Okay, untuk itenary backpack ke Medan dan kos nya macam kat bawah:

Day 1 : 29/11/2016
Penang- Medan (30 minutes flight)

- Day 2 : 30/11/2016
Medan to Parapat (5 hours)
Parapat to Samosir Island (40minutes)
Check-in Carolina Cottages 

Day 3 : 1/12/2016
 Samosir Island tour (rental scooter)
Samosir- Parapat by ferry
Parapat to Berastagi (3 hours)
Berastagi sightseeing
Berastagi to Medan Centre (3 hours)

- Day 4 : 2/12/2016
Medan tour- Masjid Raya, Istana Maimoon, Zulaikha House
Medan to Kualanamu airport (1 hours)
Medan- Penang (30 minutes)

Dan bagi kos adalah seperti kat bawah yang mana aku genapkan mana yang sen-sen tu:

1. Tiket flight Air Asia, Penang- Medan- Penang = RM 170.00

2. Penginapan - Rp355,000 (rm 118 untuk 3 malam bahagi dua org)
Hostel macam biasa, aku main redah je check-in.
So average hotel semalam dalam Rp100,000-150,000 je semalam

3. Transportation sahred van dan becak/bentor
Untuk transport banyak jugak habis kat becak/bentor dan shared van/minibas

4. Food/ makanan/kenyang perut suka hati - Rp 100,000 (rm33)
Kos makan tak banyak sebab makan sekali dua je sehari. Memang tak lapar sangat pun dan bawak juga roti/maggi dari Malaysia. Kos makan dalam Rp30-50 ribu sehari (rm 10-16) termasuk air mineral

5. Souvenir/ shoping baju,beg dll - Rp200,000 (rm66)
Untuk beli souvenir aku berhabis lebih kurang rm66 jek. Beli bika ambon, bolu meranti dan brownis.
Adalah cenderahati seperti Fridge magnet, key chain, T-shirt, beg kecil dan lain-lain.

Untuk kos detail seperti di bawah:

1.Hari pertama: Rp185,000 (Rm62 digenapkan)

- tambang ketapi dari airport ke bandar Medan : Rp100,000 (rm34)
- Becak dari stasiun keretapi ke hotel : Rp 20,000/2= Rp10,000 ( rm3)
- Hotel Nidia Nughara : Rp150,000/2 = Rp75,000 (rm 25)


2.Hari kedua : Rp175,000 (Rm60 digenapkan)

-Becak dari Medan ke stesen Amplas- Rp50,000/2= Rp25,000 (Rm8)
- Shared van Medan-Parapat : Rp60,000 (Rm 20)
- Makan tengahari : Rp25,000  (Rm 8)
- Feri ke Samosir Rp15,000 (Rm 5)
- Hotel Carolina Samosir Rp 100,000/2 = Rp50,000 (Rm 16)

3. Hari ketiga : Rp215,000 (Rm72 digenapkan)

- Sewa sepeda motor jelajah Samosir : Rp35,000/2 = Rp17,500 (rm5)
- Feri Samosir - Parapat : Rp15,000 (rm5)
- Share van Parapat- Berastagi : Rp60,000 (rm19)
- Makan di Berastagi (bakso,jagung, air mineral) : Rp25,000 (rm8)
- Tambang minibas Berastagi- Medan : Rp20,000 (rm6)
- Tambang bentor Padang Bulan ke pusat bandar Medan : Rp50,000/2= Rp25,000 (rm8)
- Hotel Residence: Rp105,000/2=  Rp52,500 (rm18)

4. Hari keempat : Rp 355,000 (rm118 digenapkan)

- Bentor ke Mojopahit/Masjid Raya : Rp60,000/2 =  Rp30,000 (rm10)
- Makan sarapan/tengahari : Rp50,000 (rm 16)
- Van ke airport : Rp150,000/2 =Rp75,000 (rm25)
- Souvenir : Rp200,000 (rm66)

Jumlah keseluruhan bagi seorang backpacker 4 hari 3 malam di Medan campur tiket flight :
Rp 930,000 (Rm 310.00 ground) + Rm170 (flight) = RM 480.00

Ok, amacam, murah ke tak? Ko kena ingat jugak bahawa duit Malaysia masa ni sangat rendah tukarannya..jadi jika sebelum ni ada backpacker claim dia boleh dapat murah, untung dia lah.
Mak tak merasa lah semurah tu.
Bersedialah ye jika nak tukar currency sekarang ni, even negara yang tak mahal macam Indonesia pun kita terasa bila pergi tukar duit. Nasib den dah poie Australia dan Europe masa duit Malaysia
 1 USD baru Rm3.50.
Kalau sekarang nak pergi lagi memang pikir banyak kali la, even pergi Thailand pun dah terasa, 100 bath dah Rm 12 hengget. Rasa nak pencen travel bila ekonomi merudum macam ni. Aci dak??




Saturday, April 1, 2017

Backpack Medan- hari terakhir

Tiba masa untuk pulang ke tanahair. Kena abiskan cepat-cepat sebab ramai jugak ni dok mesej aku tanya itenary dan kos ke Medan ni.
Lepas meronda ke mall, balik ke hotel dan berehat dulu dan setelkan apa yang patut.
suasana pasar tepi jalan

hujan hari jumaat

inilah simpang raya, depan masjid raya, depan mall dan banyak hotel bajet di kawasan ni. homeless pun ramai jugak

Jadi kami ambil van aje ke airport, harga lebih kurang dengan naik public transport iaitu Rp150,000 (rm50). Van ni memang selalu bawak tour dari Malaysia dan parking Grand Livina dia kat Hotel Residence.
Kat airport  Kualanamu ni akses free wifi dan memang melepak lama pun takpe. Selesa, besar dan nak masuk balai berlepas scan bar kod di boarding pass tu.
Kualanamu airport 

lobby

free wifi at Kualanamu airport
lawa airport baru ni

departure hall


Patutlak mak-mak Indonesia marah kat staf AA kat Penang aritu masa nak boarding ke  Medan sebab dari Medan ke Penang ni tak strict langsung staf AA dia. Ko boleh je bawak beg banyak dan lebih muatan. Semua dia bagi masuk..check kastam buah persimmon aku pun lepas tau.
Dengan bika ambon, brownies berkotak-kotak diorang rilek je buat tak nampak. Aku dengan tak amik luggage, semua hand carry semata lebih dari 7 kilo. Terpulang kepada nasib sama kot.
Yang kat Penang nak strict pulak, mana tak kena maki. Dan bila tengok keadaan tak strict luggage kat sini baru aku memahami keadaan rombongan Cik Kiah. Huh.

Dan oh ya, lagi satu, last time aku ke Indonesia dulu pada tahun 2012 iaitu ke Bandung dan kena bayar cukai kepala. Tax untuk seorang (airport passanger tax) di Bandung Rm25 lebih kurang dan berbeza kadarnya di setiap airport Indonesia. Tapi sekarang ni dah tak perlu dah bayar cukai tu sebab dah include sekali dalam harga tiket flight. So memang memudahkan dan boleh terus boarding tak payah nak que bayar cukai tu. Jadi jika harga tiket flight ke Indonesia dah tak semurah dulu, itu adalah salah satu penyebabnya.
Rujuk sini https://www.merdeka.com/uang/per-1-maret-2015-penumpang-tak-perlu-bayar-airport-tax-di-bandara.html

Alhamdulillah, tiada apa yang buruk berlaku sepanjang perjalanan.
Dan aku rasa kos ke Medan adalah kos yang paling murah setakat ini untuk trip 4 hari 3 malam.
Cuma masa yang banyak diluangkan untuk perjalanan yang tak jauh mana tapi amik masa yang lama.

Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:

- Bentor ke Mojopahit/Masjid Raya : Rp60,000/2 =  Rp30,000 (rm10)
- Makan sarapan/tengahari : Rp50,000 (rm 16)
- Van ke airport : Rp150,000/2 =Rp75,000 (rm25)
- Souvenir : Rp200,000 (rm66)

Jumlah belanja hari keempat : 355,000 (rm118 digenapkan)

Selamat tinggal Medan, ada jodoh bersua lagi dengan aim nak stay kat Samosir lelama haha.



Sunday, March 26, 2017

Backpack Medan- Masjid Raya, Istana Maimoon dan Zulaika house

Hari ni dah hari yang ke empat di bandar Medan. Hari terakhir, flight petang nanti.
Pukul 6 pagi dah cerah di Medan dan waktu solat pun lebih awal.
Jadi hari ni misi aku hanya nak bersiar-siar sekitar kota Medan dan beli ole-ole untuk di bawa pulang.
Kami berjalan kaki ke Masjid Raya dan Istana Maimon yang dekat je dengan hotel.

Masjid Raya..berhadapan mall dan terletak antara jalan tersibuk di Medan

menunggu solat jumaat..aku tengok di masjid ni ramai jemaah perempuan bersolat jumaat sekali dengan lelaki berjemaah dalam masjid..agak rare jugak la

masjid Raya dalam gerimis

sesuai namanya, masjid ini memang besar dan gah

di bina pada tahun 1906

koridor


jendela kaca berlukis
ada majlis pada pagi itu


majlis pernikahan yang syahdu
Masa aku masuk ke Masjid Raya, ada majlis pernikahan di adakan. Dan bagus budak-budak lelaki yang jaga masjid ni, siap susun kasut tetamu masjid dalam hujan rintik-rintik tu. Mereka ni seumpama sukarelawan atau murid yang menuntut ilmu kat masjid tu. Kemudian berjalan kaki ke Istana Maimon.
mendung


pintu masuk


waktu melawat
Di Istana Maimoon ni kami tak masuk pun, hanya tengok dari luar je. Bayaran masuk 5,000 ke 10,000 rupiah (dah lupa) dan ada jugak persembahan kat dalam.
Istana ni binaannya berunsurkan Timur tengah, Sepanyol dan Itali. Arkitek pun Itali mari.
Katanya waris Putera keturunan ni masih hidup dan ada gambarnya dalam istana ni (lahir 2005) dan keturunan raja ni tinggal kat kawasan dalam tu jugak. Cuma diorg ni takde elaun macam Sultan kita jadi nak preserve istana tu susah la sikit. Dan diorg ni taklah kaya raya macam keturunan sultan kita yang banyak dapat keistimewaan dari kerajaan. Dah negara republik kan, sapa peduli ko raja ke rakyat? ko rajin, bijak dapat la habuan.
Jadi sapa kata kita je untung jadi rakyat Malaysia? Sultan dan Raja pun untung banyak tau.
Jadi PM Malaysia lagi banyakkkk untung.

Seperti biasa di mana-manakawasan pelancongan, mesti ada orang yang berjualan sobenir-sobenir mendekati kita. Jadi beli jugak dari mereka ni FM, keychain, beg telekung dan lain-lain di kawasan istana ni.
Lepas dah meronda kawasan istana, amik becak (Rp30,000 -rm 10)untuk pergi ke Zulaikha house. Tujuannya nak borong bika ambon, bolu meranti dan benda-benda yang sewaktu dengannya.

Ini Zulaikha House di Jalan Mojopahit

takleh amik gambar dalam ni
Selepas semua dah selesai, barulah dapat makan dengan tenang.
Balik tu pun naik becak jugak, jauh la jugak Zulaikha house ni dengan Masjid Raya.

makan kat kedai minang

makan lontong..sedapnyeee..

memang sedap dari yang ada kat Malaysia
singgah mall dulu beli stoking


suasana semasa solat jumaat di hadapan masjid raya