Backpack Medan- Jelajah Pulau Samosir

Hari ini hari ketiga di Medan.
Nyenyak tido di Hotel Carolina ni, dengan sejuk biliknya, tak perlu aircond.
Mandi pepagi pun macam kat Cameron dah. Bangun dah cerah dan kena meronda awal pagi ni sebab feri ke jeti Tigaraja ada sejam sekali je, kalo terlepas jenuh kena tunggu lagi sejam.
So sewa motor dari Carolina hotel ni. sejam Rp35,000 (Rm11) dan kena meronda dalam masa sejam je sebab nak feri akan datang pukul 8.45 pagi.

Sewa motor dia bagi helmet, dan share berdua. Minyak petrol full tank dan motor skuter. Nasib baik aku ni memang kaki rempit jadi takdelah nak takut ke apa bawak motor meronda pulau ni.
Keluar dari Carolina, amik kanan dan jumpa pekan area ni yang cater untuk pelancong. Ada kedai makan, kedai sobenir, kedai baju-baju dan banyak resort di tepi-tepi pesisir pulau. Memang cantik sangat dan akan lalu kat kampung-kampung orang Batak serta nampak la gereja-gereja depa tu.

Naik motor je berhenti amik gambar. Perah minyak motor sikit baru nak corner baring dah stop amik gambar. Bila nak pusing satu pulaunya?? Suasana pagi tenang dan rilek cara hidup orang kampung..takde kalut apa. Anjing comel banyak la.
Sampai dekat muzium Batak iaitu Raja Siallagan tu, di area Ambalita tapi tak masuk. Amik gambar dari luar je dan sambung merempit.
Sedap  bawak motor kat sini..lengang dan aman jek.

ini kiosk sewa motornya..

dapat skuter nyaman..sng nak naik,,takyah mengangkang dah

hotel sekitar carolina

kampung orang Batak..dua org penjual ni berjalan jauh gila sampai penghujung kg..ms pi kami jumpa mereka..masa balik pun jumpa mereka dah berjalan kaki berpuluh km utk jual sayur

jalan berbukit

menangkap ikan


ni depan muzium Raja Siallagan..kami tak masuk pun..


ni kat kampung Ambarita

ni tempat yg ada dalam pakej pelancong jika ko amik..akan dibawak kesini..muzium Batak

anjing rilek diatas jalan..takde sapa nak hon





antara view yang tercantik kat sini..syukur dapat nikmati semua ini 





lawa kan bukit bukau dia

kampung Batak


aman dan tenang je kat sini


rasa macam nk pergi golek kat padang rumput tu..cantik 



rumah tipikal batak

kat Ambarita ni ada jual sobenir dll..tp kami tak singgah
kubur tok nenek di sebelah rumah

serius tak sangka Samosir ni lawa sangat..tak sia-sia ngubat hati dari China dtg sini


Lepas balik dari meronda naik speda motor, pack bag dan check-out dari hotel. amik feri jam 8.45 pagi ke jeti Tigaraja untuk sambung perjalanan ke Berastagi pulak.

Comments

  1. mak ooo mak...
    nyamannya view mak...

    seriously cantik

    ReplyDelete
  2. sekali or maybe berkali-kali pandang gunung ganang dari sisi tasik/laut tu - macam ala-ala new zealand tau.

    tinggal lagi tak ada salji.

    and muka asean...

    hihihi

    tapi kalau fokus kat gunung n tasik tu mmg dah feeling dah.


    kalau jalan pepagi berkabus - haaa mak - lagi tau feeling oberC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kan..feeling NZ la sgt walau tak penah sampai sana;))

      Delete
  3. Mak kaki rempit rupanya ahaahah jgn angkat tayar depan eh 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah..dulu zaman muda rempit jgk..angkat tayar blkng je JM hehe

      Delete
  4. JM ni nama je ada lesen B2 tp dah berpuluh tahun x bonceng kalau bwk tu mau masuk longkang 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pi travel semua skill tu kena asah balik JM sb byk tempat boleh sewa motor lg murah dari amik teksi..dulu amik lesen terbang ke JM?

      Delete
  5. View sgt cantik lah kat samosir ni ish nak ajak SS dan HH ke sini lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa lekas ajak..murah pun ya..lg best klu HH kaki soping

      Delete
  6. "takyah mengangkang dah"... aduhhhh mbakkk... ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. "ngubat hati dari China"... Hadoiii laaa mak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak abis lagi dengan china punya marah tuu

      Delete
  8. Basikal sewa ada tak mak? SS boleh bawak motor... Tapi nak bawak orang tu tak berapa berani... Adehhh... Nak pi amik lesen motor si HH lak tak kasi... Dia takot SS merempit.. ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ss, jgn risau sini kereta tak byk..jalan lengang jek..bawakakn aje redah..lps tu mesti rasa confident

      Delete
  9. Salam sis.sy akan ke medan 29/4 ni.sis ada fb,sy nak tanya lg detail psl iti ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm, nanti sy post itenary dlm ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam