Backpack Medan- Berastagi

Berastagi , yang bermaksud "kedai beras", adalah sebuah bandar dan daerah Karo Regency terletak di persimpangan di laluan utama yang menghubungkan kawasan tanah tinggi Karo Sumatera Utara ke bandar pantai Medan. bandar Berastagi adalah 70 kilometer ke selatan Medan dan kira-kira 1,300 meter di atas paras laut.

Aktiviti-aktiviti ekonomi utama di Berastagi, pusat pada buah-buahan dan sayur-sayuran pasaran yang berwarna-warni dan pelancongan. terkenal dengan buah Markisa Berastagi. Tarikan utama bandar adalah dua gunung berapi aktif; Gunung Sibayak, dengan mata air panas, dan Gunung Sinabung. Setiap gunung boleh didaki dalam satu hari, tetapi panduan yang diperlukan.
Pekan ini juga perhentian dalam perjalanan ke Lake Toba. Kumpulan etnik dan linguisitic dominan adalah Karo Batak.

map berastagi


budak SMA 

deretan kedai

lanskap berastagi
ada juga motel/guesthouse di celah-celah kediaman lereng bukit

Sibayak ni antara hotel yang mahal


jom makan jagung bakar..tapi jagung cameron lg sedap dan manis

harga untuk ronda naik kuda

gerai kraftangan

byk kuda dan najisnya
Ramai backpacker datang Berastagi kerana nak mendaki Gunung Sibayak/ Sinabung. Tapi oleh kerana aku kat sini tak sampai sehari, maka makan dan ronda sajalah kat sini. Taklah besar mana bandar Berastagi ni..infrastruktur agak teruk..tak terjaga. Satu aku note kat Indonesia ni, jalan-jalannya tak berapa elok..bila hujan berlumpur habis walau di tar.
Jadi mak soping je kat sini dan pusing sana sini.

Memang tak boleh lawan Cameron Highland la keadaan kat sini. Cameron banyak tempat menarik, ladang persendirian dan puas la berjalan. Kat sini macam takde apa sangat..agaknya kena masuk dalam lagi kot dan panjat bukit bukau baru nampak scenery lawa.
Antara yang menarik dan cantik permandangannya adalah di Bukit Kubu dan Bukit Gundaling.

Bukit Gundaling..image google

Bukit Kubu..image google

sayur dan buah segar produk popular

delima, markisa, pisang kaki dan oren semuanya manis-manis..kecuali cowok ni muka masam jekk

pasar buah Berastagi
bolehlah nak cuci mata



Selepas puas meronda bandar Berastagi, masa untuk balik ke bandar Medan naik angkot..pergghhh nak sangat adventure sampai pening kepala dengar lagu dangdut sepanjang jalan. Dahlah jem nak mampus. Dari Berastagi ke bandar Medan ni dalam 70 kilometer lebih kurang .. tapi ambil masa sampai 3-4 jam nak sampai. Takde highway ke apa.

Comments

  1. Askm Sis, sorry saya ada soalan but not related to this post. Saya ada baca your Eastern Europe trip in 2015. Nak tanya dari Istanbul ke Ruse sis naik bas apa n how to book?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm..sy naik bas huntur touriz..dan tak book. Terus pergi kat kaunter dia di Buyuk Otogar. Nak book try buka web tukey planner..semua info ada dlm tu

      Delete
  2. Laaa ingatkan ada kedai jual beras 😬

    ReplyDelete
  3. Kalau tgk kawasan bandar berastagi ni mmg patutlah Mak kat sana x sampai sehari..cukup masa utk sopink lah ye..ada jual kain pasang x mak mcm kat jakarta tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kalo ada sewa kereta mungkin boleh naik atas tgk kwsn bukit lawa tu..ini bajet ciput

      Delete
  4. Muka mamat tu masam sbb semua buah tu dah curi senyuman manis mamat tu 😜

    ReplyDelete
  5. Kalau JM lah mesti borong semua buah2 yg manis tu kecuali mamat tu tp kalau la penjual tu manis mesti JM beli sekali mamat tu ahahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jay Emm nak beli mamat tu nak buat apa?

      Delete
    2. JM nak beli bwk balik hadiah kat SS

      Delete
  6. Kiranya berastsfi transit ke tasik toba then Mak ke ke sana ke

    ReplyDelete
  7. Kalau JM dtg sini dgn SS dan HH mahu semua kedai kami tawaf jeling SS 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Toba transit Berastagi then Medan..SS dan HH kaki borong hehe

      Delete
  8. Owh...terima kasih. Lagi nk tanya sis, tiket train dari Ruse ke Brasov tu pun beli on the spot ker? Train station jauh tak dari bus stand Ruse?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. semua beli on the spot..train station sebelah bus station jek

      Delete
  9. Buahan dia nampak segar kan... Kalu SS ke sini... Mahu pulun buah markisa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua fresh! mak pulun strawberry dan pisang kaki..markisa dia sgt sweet

      Delete
  10. 3-4 jam naik angkotan memang keras ponggong laa jawapnya...

    ReplyDelete
  11. waduhhh mak...

    best nya tgk buah-buahan tu...

    murah tak mak?

    ReplyDelete
  12. sonok ni tapau buah-buahan bawak balik malaysia

    ReplyDelete
  13. bestnya boleh beli strawberi markisa bebanyak.
    balik rendam air markisa tu ... sedapppppnyeeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam