Backpack Medan- Dari Parapat ke Berastagi

Aku naik feri dari Samosir jam 8.45 pagi dan sampai lebih kurang 40 minit ke jeti Tigaraja, Parapat.
Feri berhenti-henti kat jeti hotel lain utk amik penumpang. 

Duduk di atas feri.. melihat tasik yang tenang.. suasana sunyi dan aman. Kocakan air tatkala bot meredah tasik sepanjang 100km ini tidak mengangggu pesona indahnya permandangan.
Menikmati hembusan bayu danau yang lembut. Memerhati nelayan atas perahu kecil menjala rezeki.

Pukul 8 lebih tapi dah terang macam pukul 11 pagi dan suasana mendung dan still sejuk. Tak berbahang. Teringat pagi tadi mandi dengan air yang dingin seperti air batu.
Perut di isi dengan biskut dari Malaysia dan air mineral. 

Hanya semua itu mampu legakan semua perasaan stresss berbulan tidak ke oversea. Ia mampu lepaskan semua bebanan fikiran. 

saat menunggu feri nikmati keindahan ini

indahnya...

feri dah sampai

tunggu feri kat jeti carolina ni

bye-bye Samosir
Turun feri je ramai orang menawarkan pakej ke Medan, Berastagi dan pelbagai urusan lagi. Semua cari pelanggan. Then ada sorang uncle ni tanya aku..
Uncle : 'kamu mau ke Berastagi kan..kamu yang dari Malaysia semalam iya kan?''
Eh uncle ni..mana dia tau aku nak pergi mana. Dia sambung lagi.
Uncle: ''Semalam kamu pergi ke kedai exchange tanya pakej ke Berastagi, ibu itu bilang dan minta saya tanya kamu mau atau tidak dan pick up kamu disini''

Ohh. Semalam masa aku tukar duit tu, aku tengok kedai tu ada buat tour ke Berastagi..so aku tanya la harga. Mahal sampai Rp150,000.(Rm50)/orang. Minta maaf la mahal..aku tak mau.
 Aku cakap mahal kat uncle tu dan then dia buka harga..dia bagi harga dua orang Rp110,000 (Rm 37). Murah gila kot..2 orang Rm 37. Okeylah..dan naik van tu share dengan 2 orang mat saleh.
Perjalanan mengambil masa 3-4 jam ke Berastagi. Dan seperti biasa jalan bengkang bengkok dan sempit serta melalui pekan-pekan kecil.

uncle ni datang pick up aku kat jeti

naik van lebih kurang macam ni
Sepanjang perjalanan akan melalui bukit bukau,kampung batak dan permandangan di jalan sisiran danau sangat cantik..subhanallah..tak sangka danau Toba secantik ni dan memanglah terubat hati aku bila visa China ditolak hari tu dengan datang sini. Trip Danau Toba ni adalah trip ubati hati yang sakit bila perancangan ke China tidak menjadi. 

Jadi, disinilah aku..menikmati semua keindahan ciptaanNYA di sudut dunia yang lain..dengan pandangan yang berbeza dan dengan hati yang lebih redha dan lebih yakin bahawa setiap pekara yang berlaku itu ada hikmah dan ganjarannya. Walau benda tu tak menjadi seperti kita rancang. Walau pekara tu akan membuatkan kita marah dan kecewa.

heningnya menikmati keindahan begini..semua pemikiran di shut down dan hanya mata yang meneroka
pulau dalam tasik
luas dan sangat tenang tasiknya

permandangan dalam perjalanan ke Berastagi..pemandu berhenti seketika utk beri masa kami menikmati semua keindahan ini










Perjalanan diteruskan lagi dan akhirnya pekan Berastagi mulai menjengah. Cuaca semakin sejuk dan ditepi jalan mulai kelihatan buah-buah tempatan dijual oleh penduduk tempatan.
Lanskap pokok pine mula menjengah tepi-tepi jalan dan  hujan mulai merintik.

Akhirnya sampai bandar Berastagi..sejuk dan mendung

mercu tanda Berastagi

buahan segar mendominasi jalan


Turun dari van, kami berjalan ke pasar Berastagi yang menjual souvenir, buah-buahan dan makanan.
Penumpang mat saleh dalam van tadi tu dihantar ke wisma Sibayak.
Masa tu dah pukul 2 petang macam tu, masa untuk isi perut dulu.

makan kat kedai ni

kedai ni nampak bersih

ini mihun baksonya..sedap giler. letak cili byk-byk. Ada pulak kutu yang kata betul ke itu bebola daging? bukan beloba tikus atau ular? nak gempar kita la tu..jeles 

abaikan aje la video bebola ular tikus yang ko tengok kat youtube tu..pejam mata makan..

makan nasi goreng sekali..not bad...
Harga untuk 2 orang makan ialah Rp30,000(Rm 10). Murah ke mahal utntuk 2 pinggan nasi goreng dan semangkuk bakso? air tak termasuk sb air kosong free.

Comments

  1. assalamualaikum.

    hi mak.

    masya Allah.

    cantiknya view danau toba tu...

    untungnya dapat sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nhhas..Allah bg kesempatan

      Delete
  2. sebeno nya kita baca entri ni penuh berdebo.

    sebab terkenangkan ada entri blog mana mak share haritu - yang kena rompak masa naik kenderaan pak supir ni.

    Ya Allah.

    ngeri dan ngilu rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..blog tu buatkan Mak sgt berhati-hati..alhamdulillah selamat sampai pulang

      Delete
  3. Danau toba tu mmg lalu dan singgah tengok view dari view point macam tu je ke mak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danau Toba masa view nak balik..singgah jap je..kereta akan keliling view mcm ni utk balik medan

      Delete
  4. errr ye ke bebola daging diaorang tipu?

    rasanya pernah di tegur juga kat blog saya - masa saya ckp makan bakso kat jakarta.

    tapi yang bawak saya tu orang islam - so sikit yakin lah.

    tapi apa cer bebola ni sebenarnya mak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe cernya..bebola ni diorg guna daging ular, tikus utk masukkan dlm bakso..dlm video ada..geli tgk

      Delete
    2. haaaaa ayooooo...

      alamak.... harap yang saya pergi tu ok lah hendaknya.

      yang bawak tu geng dari indon yang islam and praktis islam.

      hope he bring us to right place.

      Delete
  5. tengok gambar pun rasa tenang Mak...kalau depan mata lagilah bertambah kagumnya

    ReplyDelete
  6. Ayat perenggan kedua tu dah mcm syair eh ke puisi ahaah lawak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tunggu puisi JM kat blog bersawang tu bila agaknya

      Delete
  7. Dua org rm37 tu mmg dah murah sgt tu..usang d kenang pasal trip ke china tu mak in shaa allah mgkin rezeki mak ke sana tahun depan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi HK ke... Taiwan ke... Yang tak perlukan visa... Janji keCHINAan tu ada... adehhh...

      Delete
    2. Haha..bagus SS bagi idea..nantilah tunggu hati hilang merajuk..JM takpelah visa dia lulus senang jek

      Delete
  8. Murah lah tu mkn rm10 sbb skrg rate rupiah pun tggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah ye? oklah pejam mata dgn currency skrg

      Delete
  9. Mak... Bebola bakso tu... Memang ada betulnya kat setengah Indonesia... Terutama Jakarta... Adehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geli kan..ishh xmau pi mkn kat Jakarta lah mcm tu

      Delete
  10. Kalu makan kat tempat islam... Insyallah... Halal... Sebab... Indonesia ni... Kadang susah nak kenal pasti islam ke bukan... Nampak sama jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..diorg muka sama jek..kdg nak makan rasa was-was pun buat yakin jek

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam